Syed Hussein Alatas

Profesor Dato' Dr. Syed Hussein Alatas (17 September 192423 Januari 2007) ialah salah seorang pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 1968 serta juga ahli intelektual yang banyak menyumbangkan ilmu kepada masyarakat Malaysia. Beliau adalah antara tokoh angkatan lama yang telah mempelopori dan mengasaskan perkembangan ilmu sosial, khususnya sosiologi, di Malaysia sejak pertengahan 1950-an sebelum kemerdekaan Malaysia dan meneruskan usaha gigih mengembangkan ilmu tersebut sehingga akhir hayatnya.


Syed Hussein Alatas

DSPN (Pulau Pinang)
Syed Hussein Alattas ialah salah seorang pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), parti yang agak berjaya dalam Pilihan raya umum 1969.
Naib Canselor ke-4
Universiti Malaya
Dalam jawatan
Mei 1988 – Januari 1991
Didahului olehUngku Abdul Aziz
Digantikan olehMohd Taib Osman
Presiden pertama Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
1968–1971
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehLim Chong Eu
Butiran peribadi
Lahir(1924-09-17)17 September 1924
Bogor, Indonesia
Meninggal dunia23 Januari 2007(2007-01-23) (umur 82)
Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikGERAKAN (1968–1972)
PEKEMAS (1973–1978)
BEBAS (1978–2007)
PasanganZaharah Abdullah
Anak-anak3
Alma materUniversiti Amsterdam

Biografi ringkas sunting

Dilahirkan di Bogor, Indonesia, Syed Hussein memperoleh ijazah Doktorandusnya (ijazah Sarjana) pada tahun 1956 dan ijazah kedoktorannya pada tahun 1963, kedua-duanya daripada Universiti Amsterdam, Belanda.

Kerjaya akademik Syed Hussein bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka di mana beliau bertugas sebagai ketua bahagian penyelidikan sejak dari tahun 1958. Syed Hussein kemudian berkhidmat dengan Universiti Malaya sebagai pensyarah dan ketua jurusan budaya di Jabatan Pengajian Melayu antara tahun-tahun 1963 - 1967 sebelum dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura antara tahun 1967 hingga 1978.

Apabila Profesor Diraja Ungku Aziz bersara sebagai Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Alatas telah mengisi jawatan itu dari 1988 sehingga 1991. Selepas satu masa, beliau berkhidmat pula di Universiti Kebangsaan Malaysia selama kira-kira 10 tahun sejak 1995, mula-mula di Pusat Pengajian Umum, kemudian di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, dan terakhir di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sebagai Profesor dan Fellow Utama.

Karya Syed Hussein tentang amalan rasuah masih digunakan sebagai buku teks di banyak universiti di luar negara. Selain itu, Syed Hussein juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (Pekemas) apabila Parti Gerakan menyertai Parti Perikatan pada tahun 1972. Bagaimanapun, Pekemas jatuh pada tahun 1978 selepas pembelotan besar-besaran.

Syed Hussein meninggal dunia pada pukul 9.30 malam 23 Januari 2007, akibat serangan sakit jantung.[1]

Legasi pemikiran sunting

Pada 6 Ogos 2009, Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.Raja Nazrin Shah telah melancarkan tiga buku beliau iaitu:

  1. Mitos Peribumi Malas
  2. Intelektual Masyarakat Membangun
  3. Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi [2]

Rujukan sunting