Ungku Abdul Aziz

Profesor Diraja

Yang Mulia Profesor Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 – 15 Disember 2020) merupakan seorang ahli ekonomi dan pensyarah Malaysia. Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi di Malaysia. Beliau mendapat gelaran Profesor Diraja (Royal Professor) dan satu-satunya pemegang gelaran tersebut di Malaysia. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.[1]


Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid

PhD (Waseda); Decon; DipArts; BA (UM); HonDLitt (Pitt); HonEdD (Chulalongkorn); HonLLD (Waseda); HonDLitt (Warwick); HonLLD (Strathclyde); DeEkon (Keh)(UKM); HonLLD (Buckingham)
Ungku Aziz pada 6 Ogos 2008
Naib Canselor ke-3
Universiti Malaya
Dalam jawatan
1968–1988
Didahului olehJ. H. E. Griffiths
Digantikan olehSyed Hussein Alatas
Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dalam jawatan
1956–1957
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehSyed Nasir Syed Ismail
Butiran peribadi
LahirUngku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid
(1922-01-28)28 Januari 1922
London, United Kingdom
Meninggal dunia15 Disember 2020(2020-12-15) (umur 98)
Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianSakit Tua
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
KerakyatanBritish, Malaysia
PasanganSharifah Azah Mohammad Alsagoff (k. 1946; m. 2012)
Rohayah Ahmad Bahiran @ Rahaiah Baheran
(sehingga kematiannya)
Anak-anakZeti Akhtar Aziz
PendidikanMaktab Sultan Abu Bakar
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Waseda
PekerjaanAhli ekonomi, pensyarah
Dikenali keranaSatu-satunya pemegang gelaran Profesor Diraja di Malaysia

Kehidupan awal dan keluarga sunting

Beliau merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya, Ungku Abdul Hamid Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Ibunya bernama Hamidah binti Abdullah, seorang wanita Inggeris.[2] Pada 1924, ibunya meninggal dunia ketika Ungku Aziz berusia dua tahun. Setelah dilahirkan di London, beliau dibawa pulang ke Batu Pahat, Johor. Datuknya, Ungku Abdul Majid membawanya menjelajah ke serata Eropah.[3]

Ayahnya seorang yang pintar dan pernah belajar di Universiti Cambridge dan boleh menguasai bahasa Parsi, Arab dan Sanskrit.

Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga merupakan sepupu kepada intelektual Muslim tersohor, Y.M. Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.[4][5]

Setelah isteri pertamanya meninggal dunia, beliau telah berkahwin dengan bekas Naib Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Rohayah Ahmad Bahiran @ Rahaiah Baheran.[6]

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, kemudian di Sekolah Bukit Zahrah dan seterusnya di English College, Johor Bahru, Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College, Singapura (kini Universiti Malaya) untuk mendapatkan Diploma Seni dan di Universiti Malaya, Singapore (kini Universiti Malaya di Kuala Lumpur) pada tahun 1951 untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi). Pada tahun 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Waseda, Tokyo.[7]

Kerjaya sunting

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952-1961). Pada tahun 1961-1965, beliau telah dilantik sebagai Profesor dan Dekan di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang memegang jawatan tersebut dan Naib Canselor yang paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.

Atas inisiatifnya, di Universiti tercipta Taman Botani, Muzium Seni Asia, dan sebuah kedai buku koperasi. Waktu beliau memimpin UM, pertukaran mahasiswa mula dilaksanakan antara Universiti Malaya dan Institut Bahasa-Bahasa Timur (kemudian Institut Negara-negara Asia dan Afrika) di Universiti Negara Moscow (sejak tahun 1970).[8].

Anugerah sunting

Beliau yang dianugerahkan gelaran "Profesor Diraja Ekonomi" (Pembangunan Luar Bandar) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 17 Jun 1978.

Ungku Aziz juga merupakan pengasas ANGKASA dan Yang di-Pertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971. Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

Beliau pernah memenangi Hadiah International Academic Prize of The 4th Fukuoka Asian Cultural Prizes 1993 by the City of Fukuoka.

Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005. Anugerah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 25 Jun 2005, beliau telah dianugerahkan 'Tokoh Ekonomi Melayu' oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Pada 2006, beliau menerima 'Anugerah Akademik Negara' sempena Majlis Pengisytiharan Universiti Penyelidikan dan Anugerah Akademik Negara 2006 pada 2 Ogos 2007 oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sumbangan dan jawatan sunting

Antara sumbangan, peranan utama dan jawatan yang dipegang Ungku Aziz kepada negara ialah:-

  1. Pencetus idea penubuhan, dan Yang Dipertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) (Mac 1971-)
  2. Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad (KKUM) (1968-).
  3. Fellow Kehormat, Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (1.10.2005 - 30.9.2008).
  4. Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing Council) (2006-2009).
  5. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.
  6. Pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH).
  7. Pencetus idea penubuhan dan Ketua Pengarah Pertama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  8. Mengasaskan Institut Bahasa Teikyo.
  9. Mengasaskan Universiti Malaya.
  10. Mencetuskan idea Akademi Islam.
  11. Mencetuskan idea Pusat Asasi Sains.
  12. Pengerusi Cosmopoint Sdn Bhd (25.9.1995 - 15.12.2020).
  13. Pengarah PLUS Expressways Berhad (11.3.2002 - 15.12.2020).
  14. Pengarah PLUS Berhad (9.9.1988 - 15.12.2020).

Kematian sunting

Pada hari Selasa 15 Disember 2020, beliau meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 4:30 akibat sakit tua. Jenazah beliau dimandikan di hospital tersebut sebelum dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Doktor Ismail lalu tiba pada pukul 8:50 malam.[9][10] Jenazah disembahyangi selepas solat Isyak pada pukul 8:55 malam sebelum diibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara lalu tiba pada pukul 9:15 malam.[10][11] Jenazah beliau selesai dikebumikan pada sekitar pukul 9:50 malam.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ "YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2012. Dicapai pada 15 Jun 2012.
  2. ^ Mohamed Abid. (2003). Reflections of pre-independence Malaya (dalam bahasa Inggeris). Onn Jaafar, Dato', 1895-1962. Subang Jaya, Selangor, Malaysia: Pelanduk Publications. m/s. 66. ISBN 967-978-865-2. OCLC 53896919.
  3. ^ Malaysian's Renaissance Man Turns 90 Today. - "New Straits Times", 22.01.2012
  4. ^ Syed Muhammad Naquib al-Attas Diarkibkan 14 Januari 2011 di Wayback Machine, MSA Library Online
  5. ^ Taking root, branching out, DZIREENA MAHADZIR, 1 April 2007, The Star (Malaysia)
  6. ^ Jenazah Ungku Aziz selamat dikebumikan
  7. ^ Abid, Jaafar, pp66
  8. ^ Victor A. Pogadaev. I remember meeting Ungku Aziz //New Straits Times, 15.12.2020 [1]
  9. ^ "Prof Diraja Ungku Abdul Aziz meninggal dunia". Astro Awani. 15 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-15. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  10. ^ a b Ekhwan Haque Fazlul Haque (15 Disember 2020). "Jenazah Allahyarham Prof Ungku Aziz selamat dikebumikan". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-15. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  11. ^ a b "Jenazah Prof Diraja Ungku Aziz selamat dikebumikan". Bernama. 16 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-15. Dicapai pada 16 Disember 2020.

Bibliografi sunting

  • Abu Bakar A. Hamid, K. T. Joseph. The University at Pantai Valley: Glimpses of the past. Kuala Lumpur: UM Press, 2009 ISBN 9831004744

Pautan luar sunting