Tanah runtuh Cameron Highlands 2011

Tanah runtuh Cameron Highlands 2011 berlaku pada jam 5.45 petang, hari Ahad, 7 Ogos 2011 di kampung Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di daerah Tanah Tinggi Cameron, Pahang, Malaysia yang berpunca daripada hujan lebat selama satu jam tanpa henti. Tanah runtuh berlaku ketika mereka sedang menyiapkan juadah untuk berbuka puasa dan menunggu waktu berbuka.

Tanah runtuh Cameron Highlands 2011
Tarikh7 Ogos 2011
Masa5:45 petang (Waktu Piawai Malaysia, UTC+8)
LokasiKampung Sungai Ruil, Tanah Tinggi Cameron, Pahang, Malaysia
PenyebabTanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat berterusan
Kematian7
Kecederaan5

Enam buah rumah Orang Asli suku Semai tertimbus dan tiga rumah lagi terbenam terus. Tujuh mangsa maut termasuk empat wanita dan 3 parah (2 lelaki dan 1 wanita). Mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata mempunyai 45 rumah yang didiami kira-kira 1,300 penghuni dan juga perkampungan Orang Asli paling lama wujud di sini. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sedia pada 8 Ogos 2011.[1]

Operasi menyelamat sunting

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus membabitkan 120 anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.[2]

Rujukan sunting