Taufik Hidayat

Taufik Hidayat (lahir 10 Ogos, 1981, Bandung, Jawa Barat, Indonesia) merupakan pemain badminton perseorangan Indonesia dan memiliki ketinggian 175 cm. Beliau merupakan juara dunia 2005 dan juara Olimpik terkini bagi acara perseorangan lelaki. Beliau juga merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia enam kali (1999, 2000, 2002, 2003, 2004 dan 2006).[2]

Taufik Hidayat
Badminton-taufik hidayat.jpg
Maklumat peribadi
Negara Indonesia
Lahir (1981-08-10) 10 Ogos 1981 (umur 41)
Bandung, Jawa Barat, Indonesia
Tinggi175 cm (5 ka 9 in)
Berat65 kg (143 lb)
Cakat tanganKanan
JurulatihMulyo Handoyo
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi1
Ranking semasaBersara (2014[1])

Latar belakang kerjayaSunting

Ketika Taufik masih muda, beliau menyertai kelab badminton SGS di Bandung. Setelah sekian lama menjalani latihan bersama Iie Sumirat, Taufik mempelajari kekeliruan gerak geri badan dan karakter dan juga taktik permainan ketika berada di jaring.

Olimpik 2004Sunting

Hidayat beraksi di Sukan Olimpik 2004, menewaskan Hidetaka Yamada dari Japan dan Wong Choong Hann dari Malaysia pada dua pusingan awal. Pada pusingan suku akhir, Hidayat menentang Peter Gade dari Denmark 15-12, 15-12. Hidayat layak ke separuh akhir, yang mana beliau menentang Boonsak Ponsana dari Thailand 15-9, 15-2. Bermain pada perlawanan penentuan pingat emas, beliau menumpaskan Shon Seung Mo dari Korea Selatan 15-8, 15-7 untuk memenangi pingat emas.

2005: Kejohanan DuniaSunting

Pada Ogos 2005, beliau menumpaskan pemain nombor satu dunia Lin Dan dari China, 15-3, 15-7 dalam pertemuan perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Dunia IBF 2005.

2006 - 2007: Emas Sukan Asia dan Asia Tenggara keduaSunting

Hidayat memenangi pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Asia 2002 Busan dan 2006 Doha. Beliau juga memenangi Kejohanan Asia 2007, dan dua pingat emas perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 1999 Bandar Seri Begawan dan 2007 Nakhon Ratchasima.

Olimpik 2008Sunting

Hidayat bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2008, tetapi tersingkir pada pusingan kedua oleh Wong Choong Hann dari Malaysia.

Olimpik 2012Sunting

Buat kali keempat, Hidayat menyertai Sukan Olimpik Musim Panas, yakni di Sukan Olimpik Musim Panas 2012 tetapi dia tersingkir pada pusingan 16 oleh Lin Dan dari China. Media popular ada kalanya menumpukan perhatian kepada persaingan yang dirasakan antara Hidayat dan pemain China Lin Dan, merujuk kepada kedua-duanya sebagai "seteru utama".[3][4][5] Ini ialah kali terakhir Hidayat menyertai Sukan Olimpik Musim Panas.

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan anak perempuan Agum Gumelar, Ami Gumelar, pada 4 Februari 2006. Mereka mempunyai seorang anak perempuan pada awal Ogos 2008, bernama Natarina Alika Hidayat. Dia dilahirkan sejurus sebelum dia pergi bertanding ke Kejohanan Dunia.[6]

Pada Disember 2012, Hidayat secara rasmi membuka pusat latihan badminton bernama Taufik Hidayat Arena (THA) di Ciracas, Jakarta Timur yang diuruskannya.[7]

Penyertaan pasukan IndonesiaSunting

PencapaianSunting

  • 6 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Indonesia (1999, 2000, 2002, 2003, 2004, dan 2006)
  • 2 gelaran perseorangan lelaki Sukan Asia (2002 dan 2006)
  • 1 gelaran perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia (2005)
  • 1 gelaran perseorangan lelaki Badminton Sukan Olimpik (2004)
  • 2 gelaran Piala Thomas bersama Pasukan Kebangsaan Badminton Indonesia (2000 dan 2002)
  • 3 gelaran perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia (2000, 2004 and 2007)
  • 2 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Singapora (2001, 2005)
  • 1 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Malaysia (2000)
  • Memenangi Terbuka Brunei Open ketika berusia 16 tahun

Rekod lawan terpilihSunting

Rekod menentang finalis Siri Super, atlet separuh akhir Kejohanan Dunia serta suku akhir Olimpik.[8]

RujukanSunting

  1. ^ BWF Profile - Taufik HIDAYAT
  2. ^ Defeat by Lin Dan fuels Taufik’s aim to be world’s No.1 player, BWFSuperSeries.com, 19 January 2007
  3. ^ "Lin Dan: Arch rival in Doha not Taufik". China Daily. 1 December 2006. Dicapai pada 23 January 2010.
  4. ^ "Taufik says unable to communicate with Lin Dan". Chinaview.com.cn. Xinhua News Agency. 6 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2008. Dicapai pada 23 January 2010.
  5. ^ "Taufik Hidayat to meet Chinese Lin at Japan Open". Antara. 15 October 2006.
  6. ^ "Biography Taufik Hidayat". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 August 2013. Dicapai pada 30 August 2013.
  7. ^ Monalisa; Sidik, Jafar M (10 December 2012). "Taufik Hidayat buka "Taufik Hidayat Arena"". www.antaranews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 4 December 2020.
  8. ^ "Taufik HIDAYAT | HEAD TO HEAD ANALYSIS | Profile". BWF Tournament Software. Dicapai pada 2021-07-31.

Pautan luarSunting