Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra

Tengku Mahkota Kelantan

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra (Jawi: تڠکو محمد فائز ڤيترا ابن المرحوم سلطان إسماعيل ڤيترا; diputerakan pada 20 Januari 1974 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia) merupakan Tengku Mahkota Kelantan.[fn 1]

Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan
Tengku-muhammad-faiz.jpg
Tengku Fa-iz sempena Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1437H/2015M
Tengku Mahkota Kelantan
Pemerintahan18 Oktober 2010 - kini
Didahului olehTengku Muhammad Faris Petra
KeputeraanTengku Muhammad Faiz Petra ibni Tengku Ismail Petra
(1974-01-20) 20 Januari 1974 (umur 49)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
PasanganChe Puan Sofie Louise Johansson Petra (k. 2019)
Nama penuh
Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
AyahandaSultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
BondaTengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra

Kehidupan awalSunting

Baginda telah diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 20 Januari 1974. Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ialah putera Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Baginda ialah putera kedua daripada tiga putera dan seorang puteri iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra.[1]

PendidikanSunting

Baginda memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, baginda berangkat ke London untuk menyambung pelajaran peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE'S dan 3 A-Level, baginda menyambung pengajian di Sekolah Ekonomi London. Baginda telah lulus dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Sejarah. Semasa di London, Baginda sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Bahasa dan Sastera Itali pada peringkat asas dan pertengahan.

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan baginda. Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, baginda terus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Baginda telah memilih Kolej Universiti London bagi menyambung pelajaran peringkat Sarjana dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Sejarah Purba. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, baginda telah berjaya pula memperoleh ijazah lanjutan MPHIL.

Tidak cukup dengan Ijazah Sarjana, baginda menyambung pelajaran peringkat kedoktoran falsafah pula dalam bidang yang sama. Masa lapang baginda diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, baginda sangat berminat dalam permainan bola sepak.

PelantikanSunting

Baginda telah diisytiharkan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-40 keputeraan Al-Sultan Kelantan pada tanggal 30 Mac 1989 dan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ke-17 pada 21 Jun 2009 hingga 18 Mac 2019.

Baginda telah dimasyhurkan sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan setelah dipertimbangkan oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Majlis rasmi penyerahan pelantikan Baginda sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian pada tanggal 18 Oktober 2010.

Menurut Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan, Baginda boleh dilantik sebagai pemerintah atau Pemangku Raja Kelantan sekiranya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan berada di luar negeri dalam tempoh melebihi 12 bulan ataupun tidak mampu menjalankan tugasan rasmi baginda, melebihi tempoh yang sama.

Baginda telah dipakai pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Tentera Laut D’Raja Malaysia (TLDM) pada 5 April 2013.

Pada 8 Disember 2016, baginda telah dilantik sebagai Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan apabila kekanda baginda Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Baginda merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari 16 Februari 2017 sehingga 22 November 2022.

Pada 23 November 2022, baginda telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan setelah kekanda baginda, Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Tuanku Canselor yang baharu.[2]

PerkahwinanSunting

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang merupakan warganegara Sweden di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada hari Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April 2019M.[3]

Terasul, gelaran dan lambangSunting

Gelaran hormat bagi
Tengku Muhammad Fa-iz Petra
 
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 20 Januari 1974 - 30 Mac 1979: Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Tengku Ismail Petra
  • 30 Mac 1979 - 30 Mac 1989 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra
  • 30 Mac 1989 - 18 Oktober 2010 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Bendahara Kelantan
  • 18 Oktober 2010 - 8 Disember 2016 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 8 Disember 2016 - 6 Januari 2019 : Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan
  • 6 Januari 2019 - 28 September 2019 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 28 September 2019 - kini : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan

Gelaran penuh baginda ialah: Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, D.K., S.P.M.K., D.M.K. (Kedah), PhD (UCL), Tengku Mahkota Kelantan

KeturunanSunting

PenghargaanSunting

Baginda telah dianugerahkan:[5][6]

Penghargaan KelantanSunting

Penghargaan KedahSunting

NotaSunting

  1. ^ Walaupun baginda kadangkalanya digelar pewaris nyata atas lantikan baginda sebagai Tengku Mahkota, hal ini masih belum sah secara teknikal memandangkan baginda masih boleh digantikan oleh putera Sultan Kelantan kini jika berlaku keputeraan. Bagaimanapun, perkara ini berkemungkinan besar tidak akan berlaku kerana Sultan Kelantan tidak dikurniakan putera.

RujukanSunting

  1. ^ Profil Tengku Mahkota Kelantan
  2. ^ Bernama (23 November 2022) [1] Sinar Harian.
  3. ^ Muhamaad Razis Ismail (6 April 2019). "Tengku Mahkota Kelantan nikah 19 April ini". myMetro. Dicapai pada 6 April 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Royal Ark
  5. ^ The Royal Ark, Kelantan genealogical details, p.8
  6. ^ Pro-chancellor of the University of Kelantan with orders mentions

Pautan luarSunting

Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
Kerabat Diraja Kelantan
Tarikh keputeraan: (1974-01-20)20 Januari 1974
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Muhammad V
Tengku Mahkota Kelantan
2010 – kini
Pemegang jawatan kini