Teritip merupakan sejenis artropod yang tinggal di laut dalam subfilum Krustasea. Terdapat kira-kira 1,220 spesies teritip yang diketahui kini. Nama lainnya, "Cirripedia" adalah dari Latin, yang bermakna "kaki bergulung".

Teritip
Haeckel Cirripedia.jpg
"Cirripedia" dari Kunstformen der Natur (1904). Di tengah adalah ketam.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Subkelas:
Infrakelas:
Cirripedia

Superorder

Acrothoracica
Thoracica
Rhizocephala

Teritip dan kulit kupang yang melekat pada batu.
Pandangan dekat teritip.

Teritip biasanya melekat pada batu, badan kapal, malah pada badan paus. Teritip mampu bertahan sekiranya ia terdedah kepada udara semasa air surut. Ketika itu, ia akan menutup cangkerangnya untuk mengekalkan kelembapan badannya. Cangkerang teritip adalah tajam, oleh itu mereka yang ingin memanjat batu di tepi pantai dinasihatkan agar memakai kasut bagi mengelakkan daripada terluka.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.