The Firm (Musim 2)

The Firm ialah rancangan televisyen realiti korporat terulung di Malaysia terbitan Popiah Pictures dan ntv7. Rancangan ini diacarakan Peter Pek dan Chan Boon Yong dan diarah oleh Ng Ping Ho.

The Firm
Fail:The Firm Season 2.gif
Do They Have What It Takes?
GenreRealiti
PenciptaAnne Low, Ng Ping Ho
Dibintangi oleh
Peter Pek, Chan Boon Yong
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Inggeris
Bilangan musim2
Penerbitan
PenerbitAnne Low
LokasiLembah Klang
Tempoh siaran60 minit
Penyiaran
Saluran asalntv7
Siaran asal2 Ogos 2008 (2008-08-02) – 25 Oktober 2008 (2008-10-25)
Pautan luar
Laman sesawang

Musim kedua the Firm bersiaran di ntv7 pada 2 Ogos 2008, yang mana 14 orang profesional berebut hadiah utama berupa jawatan Pembantu Ketua Pegawai Eksekutif "the Firm" dan wang tunai RM100,000.

Peserta sunting

Pasukan Equity Asset
Pemimpin
korporat
Peter Pek Chan Boon Yong
Peserta

Heng Boon Yew, 33
Jennifer Eu Wee Fung, 25
Masami Mustaza, 24
Ngoh Choo Ann, 30
Azti Dian Fitri Azmi, 31
Anoop Raj, 28
Ridzuan Sa’ad, 24

Salasiah Abbas, 32
Noor Ain Hussin, 29
Christopher Lowe, 28
Toh Joo Lee, 22
Terence Lee Meng Chen, 32
Choi Kian You, 26
Chong Yuen Wai, 22

Episod sunting

Minggu 1 sunting

Promosi santapan sekeluarga hujung minggu di restoran C. Club, Pavilion KL

  • Ketua pasukan Equity: Anoop
  • Ketua pasukan Asset: Terence
  • Pemenang: Asset
  • Disingkirkan: tiada
  • Catatan:
    • Peter Pek memutuskan tiada sesiapa harus dipecat sekalipun kalah kali ini.

Minggu 2 sunting

Seminar mempromosikan peluang usahawan yang fasih berbahasa Inggeris menjadi rakan niaga pusat herba Easy Pha-Max.

  • Ketua pasukan Equity: Jennifer
  • Ketua pasukan Asset: Chris
  • Pemenang: Equity
  • Disingkirkan: Salasiah
  • Catatan:
    • Terence menarik diri dari pertandingan.

Minggu 3 sunting

Kedua-dua pasukan perlu menganjurkan rombongan di kilang Spritzer di Taiping, iaitu loji air mineral semulajadi terbesar dan paling bersepadu di negara. Mereka juga dikehendaki menitikberatkan kelebihan air mineral Spritzer berbanding air minuman biasa.

  • Ketua pasukan Equity: Dian
  • Ketua pasukan Asset: Ain
  • Pemenang: Equity
  • Disingkirkan: Ain
  • Catatan:
    • Chan Boon Yong berada di luar negara dan diganti oleh Emily Kok, Pengerusi syarikat kewangan IT Rentwise.
    • Anoop mengalami artritis di kakinya maka kurang turut serta dalam kegiatan.

Minggu 4 sunting

Kedua-dua pasukan dikehendaki meraih ahli-ahli baru untuk kad Visa "Tune Card" bagi pihak Tune Money, iaitu syarikat yang dipimpin Tengku Zafrul.

  • Ketua pasukan Equity: Masami
  • Ketua pasukan Asset: Yuen Wai
  • Pemenang: Asset
  • Disingkirkan: Ridzuan
  • Catatan:
    • Anoop akhirnya melarikan diri dari pertandingan, menjadikannya peserta kedua yang meletak jawatan.

Minggu 5 sunting

Kedua-dua pasukan dikehendaki membantu syarikat pengurusan jenama milik Peter Pek ini meningkatkan reputasi jenama restoran Bubba Gump Shrimp Company melalui acara perhubungan awam kepada pihak media yang merangkumi sesi jamu selera. Pasukan yang lebih berkesan acaranya dikira pemenang.

  • Ketua pasukan Equity: C.A
  • Ketua pasukan Asset: Kian You
  • Pemenang: Equity
  • Disingkirkan: Joo Lee
  • Catatan:
    • Juara dan naib juara musim pertama The Firm, iaitu Joel Neoh dan Ernie Chen, dijadikan ketua korporat masing-masing bagi pasukan Equity dan Asset. Pek menjadi klien sementara Chan Boon Yong tidak muncul dalam episod ini.

Minggu 6 sunting

AirAsia ialah satu-satunya penerbangan antarabangsa yang terbang ke Banda Aceh, Indonesia. Pasukan-pasukan dikehendaki mempromosikan destinasi ini bagi pihak AirAsia. Pasukan yang menganjurkan acara terbaik yang mendidik, mengubah tanggapan dan melariskan destinasi ini kepada orang umum menjadi pemenangnya.

  • Ketua pasukan Equity: Boon Yew
  • Ketua pasukan Asset: Jennifer
  • Pemenang: Asset
  • Disingkirkan: C.A.
  • Catatan:
    • Peter Pek mendapati Pasukan Equity terlebih dua orang berbanding Pasukan Asset, maka Pasukan Asset dibenarkan merampas seorang ahli dari Pasukan Equity, iaitu Jennifer.
    • Syarikat Citibank dibawakan oleh Pasukan Equity sebagai penaja, tetapi ketampilan penaja itu seolah-oleh menyelubungi jenama Air Asia.

Minggu 7 sunting

Kedua-dua pasukan perlu menjual kupon untuk mengutip dana bagi acara kebajikan Fitness First "Miracle 08" bagi membantu Mercy Malaysia, untuk usaha membantu mangsa gempa bumi China, dan rumah kanak-kanak kurang upaya Kirtarsh. Pasukan yang mengutip dana paling banyak melalui penjualan kupon dikira menang.

  • Catatan:
  • Ketua pasukan Equity: Dian
  • Ketua pasukan Asset: Yuen Wai
  • Pemenang: Equity
  • Disingkirkan: Yuen Wai
  • Catatan:
    • Ain dibawa kembali menyertai pasukan Equity dengan tujuan mengimbangi semula bilangan ahli pasukan.

Minggu 8 sunting

Tugasan kali ini adalah menghasilkan iklan satu minit yang mengetengahkan kebaikan susu Nestlé Omega Plus sebagai "satu-satunya susu yang menurunkan tahap kolesterol. Kedua-dua pasukan dijangka memberi perhatian pada setiap aspek produksi, termasuk konsep, pemilihan pelakon, penggambaran dan peyuntingan. Pasukan yang menghasilkan iklan paling kreatif dan efektif dikira menang.

  • Catatan:
  • Ketua pasukan Equity: Masami
  • Ketua pasukan Asset: Chris
  • Pemenang: Asset
  • Disingkirkan: Boon Yew

Minggu 9 sunting

Para pasukan dikehendaki mengadakan promosi produk Pensonic Pure Water System. Penilaian berdasarkan dua perkara, iaitu bilangan unit yang dijual dan keberkesanan mereka memupuk kesedaran terhadap produk; maka pasukan yang mengadakan acara promosi terbaik dikira menang.

  • Ketua pasukan Equity: Ain
  • Ketua pasukan Asset: Tiada
  • Pemenang: Asset
  • Disingkirkan: Masami
  • Catatan:
    • Pada awal rancangan, Peter Pek dan Chan Boon Yong mengumumkan bahawa para pasukan akan melapor diri terus kepada Tengku Zafrul Aziz.
    • Tengku Zafrul mengalu-alukan mana-mana peserta yang hendak menarik diri, tetapi tiada yang tampil ke hadapan. Beliau juga memberi pilihan kepada pasukan memilih ketua, ataupun tidak perlu ketua. Pasukan Asset tiada ketua sebenarnya, tetapi Kian You menawar diri untuk memimpin pasukan.
    • Pasukan Asset mendapatkan bantuan Hot FM untuk membantu mereka menyiarkan informasi acara kepada para pendengar.

Minggu 10 sunting

  • Tarikh siaran: 4 Oktober 2008
  • Jenama: Majlis Persatuan-Persatuan Warga Tua Kebangsaan Malaysia (NASCOM)
  • Projek: Menganjurkan hari terbuka di rumah NASCOM di Setapak. Objektifnya ialah memupuk kesedaran dan juga mengutip dana NASCOM. Penilaian diberi berdasarkan prestasi setiap individu.
  • Disingkirkan: Kian You
  • Catatan:

Minggu 11 sunting

Setiap perserta diberi RM500 untuk membuka perniagaan di Pasar "Arts, Bric-a-Brac and Craft" (ABC) anjuran Sunrise dengan tujuan merangkul keuntungan terbanyak. Perserta yang paling banyak mengaut hasil terselamat dari penyingkiran.

Ain Jennifer dan Chris

  • Catatan:
    • Jennifer mengaut untung sebanyak RM172, Dian RM375, Chris RM168 dan Ain RM676. Maka Ain terselamat dari penyingkiran di bilik lembaga.
    • Buat pertama kalinya musim ini, CEO mengumumkan penyingkiran dua orang sekaligus.

Minggu 12 sunting

  • Tarikh siaran: 18 Oktober 2008
  • Jenama: Breast Cancer Welfare Association and Rumah Hope

Dua orang finalis, Ain dan Dian, dikehendaki menganjurkan acara mengumpul derma bagi menampung dua badan kebajikan. Ain menganjurkan acara futsal selebriti tajaan Adidas untuk mengumpul dana rumah kanak-kanak Rumah Hope, sementara Dian mengadakan acara mengumpul derma yang juga dihadiri selebriti tajaan Samsung, untuk Persatuan Kebajikan Kanser Payudara.

Episod kedua terakhir memaparkan temubual bersama keluarga kedua-dua finalis, serta tertumpu pada persediaan kedua-dua finalis sementara pelaksanaan acara disiarkan di episod terakhir sekali. Calon-calon yang tersingkir dahulu dibawa kembali untuk membantu mereka berdua. Jennifer, Joo Lee, Kian You dan Yuen Wai membantu Ain; sementara Masami, Ridzuan dan Chris menyertai Dian.

Minggu 13 sunting

  • Tarikh siaran: 25 Oktober 2008 - Season finale
  • Jenama: Breast Cancer Welfare Association dan Rumah Hope

Dalam episod inilah Dian dan Ain melaksanakan acara mengutip derma masing-masing. Ramai sekali selebriti yang hadir termasuk Adibah Noor, Jonathan Putra, Andrew Westwood, Azzah Yasmin Yusof, Nell Ng, Chelsia Ng, Baki Zainal, Azura Zainal dan Henry Golding. Soo Kui Jien dan Phat Fabes sepatutnya hadir juga, tetapi Soo menolak kerana kesilapan dalam perancangan Dian, sementara Phat Fabes kurang sihat.

Di perjumpaan terakhir mereka di bilik lembaga, Tengku Zafrul memberi ulasan beliau mengenai kedua-dua finalis, disusuli calon-calon lain yang membantu mereka tadi yang ditanya pendapat siapa yang patut menang. Setelah lama berbincang, Tengku Zafrul mengisytiharkan Azti Dian Fitri Azmi, 31, menang.

  • Catatan:
    • Pasukan Ain menyambut hari jadi Jennifer.
    • Tengku Zafrul dan Peter Pek menghadiri kedua-dua acara sementara Chan Boon Yong menghadiri acara Dian.

Pautan luar sunting