Tuan Faridah Syed Abdullah

Tuan Faridah Syed Abdullah ialah seorang pengarang novel di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 21 November 1967 di Dungun, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Dungun, kemudian melanjutkan pelajaran di ITM Cawangan Perlis sehingga memperoleh Diploma Pengurusan Ladang. Tuan Faridah kemudiannya menyambung pelajarannya di ITM, Shah Alam sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan pada tahun 1995.

Selepas tamat pengajian, Tuan Faridah bertugas sebagai Eksekutif Akaun dan Pegawai Tadbir di beberapa firma sebelum mengikuti kursus Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor pada tahun 1997.

Pembabitan Tuan Faridah dalam penulisan bermula pada tahun 1983. Novel pertamanya, Pada Garis Perkenalan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1989. Selepas itu, menyusul novel-novel lain seperti Indarti (1993), dan Harapan Masih Bersemi (1993).

Guru yang sedang mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu ini juga menulis puisi dan cerpen remaja. Beliau menenangi tempat kedua dalam Peraduan Menulis Novel Remaja DBP pada tahun 1990 dengan karyanya Seteguh Karang.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.