Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail

Raja Muda Perlis

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merupakan Raja Muda Perlis. Baginda merupakan putera sulung kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. Tuanku Syed Faizuddin Putra (diputerakan pada (1967-12-30)30 Disember 1967 di Hospital Besar Alor Setar, Kedah, Malaysia).

Tuanku Syed Faizuddin Putra
توانكو سيد فائز الدين ڤوترا
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin.jpg
Raja Muda Perlis
Pemerintahan1 Ogos 2000 - kini
Didahului olehTuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Keputeraan(1967-12-30)30 Disember 1967 (Umur 53)
Hospital Besar Alor Setar, Kedah, Malaysia
PasanganTuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
(9-5-1994)
AnakandaYAM Sharifah Khatreena Nuraniah
YAM Sharifah Farah Adriana
YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra
Nama penuh
Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Nama diraja
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
KerabatIstana Arau, Arau, Perlis
AyahandaTuanku Syed Sirajuddin ibni Syed Putra Jamalulail
BondaTuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
AgamaIslam

PendidikanSunting

Baginda menuntut di Sekolah Rendah Kebangsaan Putra, Kangar, Perlis dari 1974-1979 dan peringkat menengah pada tahun 1980-1982 di Sekolah Menengah Derma, Kangar, Perlis. Baginda selepas itu menyambung pengajian di Sekolah Menengah Penang Free, Pulau Pinang pada tahun 1983. Kemudian menuntut di Carey Grammar School, Kew, Melbourne, Australia pada tahun 1984-1985. Tuanku Syed Faizuddin Putra kemudian melanjutkan pengajian dari 1986-1989 di La Trobe University, Bundoora, Melbourne, Australia dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda Ekonomi (B.Ec.).

PelantikanSunting

Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perlis pada 12 Disember 2001 selama lima tahun apabila DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia ke-12. Tuanku Syed Faizuddin Putra telah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Canselor Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang kemudian dijenamakan semula sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang pertama pada 1 September 2003 sehingga ke hari ini.

Kerabat dan KeluargaSunting

Tuanku Syed Faizuddin Putra telah mendirikan rumahtangga dengan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada 9 Mei 1994. Kini suri baginda menjadi Raja Puan Muda Perlis. Baginda dikurniakan dua orang puteri dan seorang putera, Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah, Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana dan Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis
Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Binti Khalil
(1970-03-28)28 Mac 1970 Hospital Besar Kuala Lumpur, Malaysia 51 tahun, 8 bulan dan 7 hari
Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah (1995-02-10)10 Februari 1995 Hospital Pantai Kuala Lumpur, Malaysia 26 tahun, 9 bulan dan 25 hari
Yang Amat Mulia Sharifah Farah Adriana (2001-03-04)4 Mac 2001 Zollikerberg Hospital, Zurich, Switzerland 20 tahun, 9 bulan dan 1 hari
Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra (2009-04-12)12 April 2009 Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis, Malaysia 12 tahun, 7 bulan dan 23 hari

KegiatanSunting

Baginda juga bergiat aktif dalam pelbagai bidang, Tuanku Syed Faizuddin Putra merupakan peneraju Rejimen 504 Askar Wataniah (Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia) sebagai Komander berpangkat Brigedier Jeneral. Baginda juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis. Selain itu, Baginda juga adalah Presiden DiRaja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis, Penaung bagi Persatuan Alumni La Trobe University Malaysia (PALTUM), Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Perlis, Presiden Kelab Golf Putra Perlis, Penaung DiRaja Pertubuhan Jemaah Dato'-Dato' Perlis, Penasihat DiRaja Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), Penaung DiRaja Persekutuan Besbol Malaysia, dan Penaung Persatuan Woodball Negeri Perlis.

Program KemanusiaanSunting

MAIPs PeduliSunting

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merintis cara yang unik dalam menyampaikan agihan sumbangan wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui konsep kayuhan berbasikal menjejaki dan menyantuni asnaf-asnaf di segenap pelusuk negeri Perlis. Program kayuhan DiRaja ini mempunyai pelbagai fokus yang berbeza saban tahun antaranya melibatkan isu penyalahgunaan najis dadah (2018), keciciran pelajar sekolah (2019), kesihatan (2020) selain turut mempromosikan usahawan asnaf MAIPs di bawah seliaan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM). Walaupun negara masih dilanda Covid ketika ini, pada tahun 2021 ini sahaja baginda telah melaksanakan program berkenaan sebanyak 38 kali sehingga 6 September 2021.

Pencapaian Program
Bil Tahun Bilangan Kayuhan Asnaf Disantuni Jumlah Sumbangan (RM)
1 2013 56 168 67,200
2 2014 88 264 105,600
3 2015 106 264 159,000
4 2016 72 318 1,425,600
5 2017 71 2,376 2,077,800
6 2018 95 11,400 6,840,000
7 2019 76 13,440 8,064,000
8 2020 80 4,438 3,087,000
Jumlah 644 34,780 21,826,200
Data Murid Asnaf Cicir Kembali Ke Sekolah di Perlis
BIL TAHUN SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH JUMLAH
1 2018

(OGOS – DIS)

8 64 72
2 2019

(JAN – DIS)

7 141 148
3 2020

(JAN – MAC)

4 104 108
Jumlah 19 309 328

Misi Kemanusiaaan Di Luar NegaraSunting

Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail amat prihatin dengan pelbagai isu kemanusiaan di peringkat global. Baginda sentiasa mengangkat perhatian dunia untuk turut bersimpati dan bertindak demi membantu mereka yang memerlukan perhatian. Misi ini diketuai oleh Baginda sendiri bersama-sama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Difahamkan Baginda merupakan Kerabat Diraja yang pertama di dunia berangkat ke Cox’s Bazar, Bangladesh bagi menyantuni para pelarian Rohingya pada bulan Oktober 2017.

BIL TAHUN LOKASI SUMBANGAN
1 2016 Sempadan Jordan dan Syria - Bantuan makanan

- Program sekolah di lapangan

- Menaja sukarelawan anak Perlis ke Kem Pelarian

2 2017 Cox’s Bazar, Bangladesh - Membina 6 buah masjid

- Menyediakan puluhan Pam Air

- Bantuan makanan

3 2018 Baitulmaqdis, Palestin - Menaja 30 buah kerusi roda kepada Masjidil Aqsa

- Sumbangan wang ringgit

Eksesais Perbah / Op Pasir Di Bulan RamadanSunting

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) berjiwa besar terhadap pasukan keselamatan di Malaysia dengan mengetuai beberapa siri lawatan keperbatasan sempadan perairan laut antarabangsa di Sabah (Op Pasir). Tanpa mengira penat lelah di bulan Ramadan, Baginda berangkat ke pulau-pulau mengurniakan sumbangan kepada anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas pada saban tahun. Baginda turut berangkat ke hospital, masjid dan kampung-kampung di pedalaman untuk beramah mesra dengan rakyat dan dalam masa yang sama turut mengurniakan sumbangan.

BIL TAHUN/ SEKTOR KAWASAN LAWATAN OP - PASIR
1 2004

Utara Sabah

Kem Dogoton, Pulau Banggi, Pulau Jambongan, Pulau Tegaipi, Pulau Bakongan Kecil, Pulau Langkayan.
2 2006

Selatan Sabah

Pulau Menampilik, Pulau Mabul, Pulau Siamil, Pulau Bohayen, Pulau Mantabuan.
3 2007

Sarawak

Pos Jpg Lubuk Antu, Kem Sri Aman, Pos Jpg Serikin, Pos Jpg Biawak.
4 2008

Utara Sabah

Pulau Berhala, Pulau Bakungan Kecil, Pulau Jambongan, Kem Sri Kudat, Tg Simpang Mengayau
5 2009

Selatan Sabah

Kem Azumi, Pulau Tabawan, Pulau Sibuan, Pulau Omadal, Kilang Majulah Koko Tawau Sdn. Bhd.
6 2010

Utara Sabah

Pulau Berhala, Pulau Langkayan, Pulau Berlian, Pulau Tigabu, Kem Kerakit (Pulau Banggi), Tg Simpang Mengayan.
7 2011

Selatan Sabah &Terumbu Layang-Layang

Pulau Menampilik, Pulau Mabul, Pulau Danawan, Pulau Padanan, Pulau Mataking, Pulau Layang Layang, Pulau Sipadan.
8 2012

Utara Sabah

Pulau Kaniogan, Pulau Libaran, Pulau Selingan, Pulau Berhala.
9 2013

Selatan Sabah

Pulau Tabawan, Pulau Mabul, Pejabat Esscom Lahad Datu, Kg Tanduo.
10 2014

Utara Sabah

Kem Sri Kudat, Kem Kerakit (Pulau Banggi), Pulau Manawali, Pulau Limau-Limau, Pulau Mandi Darah.
11 2015

Selatan Sabah

Pulau Gaya, Pulau Bohey Dulang, Pulau Matabuan, Pulau Mataking, Pulau Bum Bum, Kem Sri Wangsa.
12 2016

Utara Sabah

Pulau Pamaguan, Pulau Libaran, Pulau Selingan, Pulau Bakungan Kecil, FOB Tun Azizan.
13 2017

Selatan Sabah

Pos  Singamata Resort, Pulau Sibuan,  Pulau Timbun Mata, Pulau Adal, FOB PL Tun Sharifah Rodziah.
14 2018

Utara Sabah

Pulau Mandi Darah, Pulau Tigabu, Pulau Malawali, Pulau Balambangan, Kapal Bunga Mas 5.
15 2019

Selatan Sabah

Pulau Manang Pilik, Pulau Siamil, Pulau Omadai, Pulau Bum Bum, Pulau Sebatik.
16 2020

Utara Sabah

Dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19
17 2021

Selatan Sabah

Dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19
Program Titian Kasih Di Sabah
BIL TAHUN SEKOLAH YANG DILAWATI KAWASAN
1 2016 Kolej Vokasional Sandakan

SMK Eloputra

SMK Merpati

Sandakan
2 2017 Kolej Tingkatan 6

SMK Tawau

MRSM Tun Mohamad Fuad Stephens

Tawau
3 2018 SMK Abdul Rahim

SMK Abdul Rahim II

Kudat
4 2019 SMK Jalan Apas

SMK Titingan

Tawau
Sumbangan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis Kepada Hospital-Hospital Sepanjang Lawatan Di Sabah
BIL TAHUN HOSPITAL YANG DIKUNJUNGI JENIS SUMBANGAN
1 2017 Hospital Tawau Incubator, Electronic Balances Operation, Otoacoustic Emission, AABR.
2 2018 Hospital Kudat Mobile Donor B.E., Vital Sign Monitor, Multi Parameter Patient Monitor, Syringe Pump, Digital Baby Scale with Height Rod, Multi Parameter Patient Monitor & Inch, Jewett Braces & Lumber Braces.
3 2019 Hospital Semporna LED Phototherapy, Baby Scale, Digital Baby Scale, Digital Column Scale with BMI Function, Pico Smokerlyzer, Multi Parameter Patient Monitor, Suction Unit.

KeagamaanSunting

Program Ziarah Mahabbah Ke 6 Wilayah Andaman, ThailandSunting

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang sentiasa berfikiran ke hadapan telah menjalinkan kerjasama strategik antara MAIPs dan Majlis Agama Islam di 6 Wilayah Andaman, Thailand. Jalinan ini melibatkan kerjasama dalam beberapa kepentingan bersama seperti Pengajaran Bahasa Melayu, Pengukuhan Tulisan Jawi, Pengurusan Zakat, Isu-isu Nikah Cerai dan Pembangunan Sosio Ekonomi Ummah.

Program Marhabah dan Seminar di Selatan Thailand
BIL TAHUN LOKASI PROGRAM
1 2015 Krabi
2 2016 Phuket
3 2017 Phang Nga Dan Nakhorn Sitammarat
4 2018 Trang
5 2019 Ranong
6 2020 Krabi
7 2021 Dibatalkan akibat penularan wabak Covid-19

PendidikanSunting

Program Titian Kasih MegaSunting

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis mempamerkan kasih sayang Baginda dengan rakyatnya dengan mengilhamkan Program Titian Kasih. Program ini berkonsepkan sesi penyampaian ceramah kepada semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 di seluruh Negeri Perlis. Slogan utama program ini ialah 'Perlis Hebat Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan'.  Antara objektif utama program Titian Kasih ini ialah:

a.         Mewujudkan hubungan mesra antara Raja dan Rakyat

b.         Menanam sikap setia rakyat kepada Raja.     

c.         Memupuk semangat cinta terhadap negara dalam kalangan pelajar.

d.         Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap isu-isu semasa.

Program Titian Kasih
BIL TAHUN KAWASAN BILANGAN PELAJAR
1 2015 Arau 3570
2 2016 Padang Besar 3280
3 2017 Kangar 5245
4 2018 Arau 4512
5 2019 Padang Besar 3221
6 2020 Kangar 4779
Jumlah 24607

Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang (Towards Excellence Self Esteem Development) Untuk Pelajar Terbaik / Cemerlang Dan Pengawas Terpilih Sekolah Menengah Negeri PerlisSunting

Fokus Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di dalam mentransformasikan 'Rakyat Perlis Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan' telah mengilhamkan bengkel pembinaan jati diri untuk semua pelajar terbaik dan pengawas terpilih seluruh  negeri Perlis setiap tahun. Pelbagai aktiviti telah dirangka antaranya ialah Sesi Motivasi Pembelajaran, Program CSR di Rumah-rumah Kebajikan dan juga Sesi Riadah.

BIL TAHUN LAWATAN AKADEMIK
1 2010 Pesta Konvokesyen USM
2 2011 Rumah Orang Tua Uzur Green Lane, Pulau Pinang
3 2012 Persatuan Kanak-Kanak Celebral Palsy Spastik, Pulau Pinang
4 2013 Rumah Orang Tua Uzur Green Lane, Pulau Pinang
5 2014 Persatuan Kanak-Kanak Celebral Palsy Spastik, Pulau Pinang
6 2015 St. Nicholas Home, Pulau Pinang
7 2016 Pusat Kanak-Kanak Terencat Akal, Seberang Prai Utara
8 2017 Rumah Orang Tua Uzur, Green Lane, Pulau Pinang
9 2018 Persatuan Kanak-Kanak Celebral Palsy Spastik, Pulau Pinang
10 2019 Rumah Orang Tua Jubli Perak

Kem Jati Diri Untuk Pelajar-Pelajar Terpilih Sekolah Menengah Seluruh Negeri Perlis Anjuran Bersama Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Dengan Kerjasama Rejimen 504 Askar Wataniah (AW)Sunting

Pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan ditempatkan di Rejimen 504 AW, Kem Bukit Keteri, Perlis dalam meningkatkan jati diri pelajar selama tiga hari dua malam. Ilham yang dicetuskan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ini baru sahaja bermula pada tahun 2019 dan akan menjadi program tahunan.

Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAPSunting

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyahut aspirasi universiti dalam memperkenalkan (MPP) UniMAP di persada antarabangsa sebagai sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia sejajar dengan strategi ‘Keterlihatan Antarabangsa Yang Menyerlah’. Sehubungan dengan itu Baginda mengetuai sendiri delegasi diiringi Naib Canselor dan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP mendedahkan barisan kepimpinan pelajar tentang kepelbagaian budaya masyarakat-masyarakat dunia.

Lawatan Akademi Dan Strategik Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Malaysia

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai Komander Rejimen 504 AW juga Penaung DiRaja PALAPES mengetuai delegasi lawatan di dalam meneroka bidang pengurusan, latihan dan modul pentadbiran untuk pasukan simpanan serta sukarela. Lawatan ini turut juga disertai oleh IPTA-IPTA seluruh Malaysia.

AnugerahSunting

P.A.T. daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin - 2010

D.K. daripada Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulliail - 2001

S.P.M.P daripada Raja Perlis, DYMM Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail - 1998

KehormatSunting

Anugerah Bintang Gagah Berani (B.G.P.) Pertahanan Awam - 2020

Anugerah Tokoh DiRaja Inspirasi Autisme (Bank Rakyat) - 2018

Doktor Kehormat Sains Pengurusan (Universiti Yala Rajabath), Thailand - 2016

Doktor Honoris Causa Pendidikan, La Trobe. University, Bundoora, Melbourne, Australia - 2010

Sayap Kehormat Polis DiRaja Thailand -2015

Insignia Kehormat Polis Diraja Malaysia untuk Skuad Khas Senjata dan Bahan Letupan - 2012

Sayap Polis DiRaja Malaysia - 2010

Special Warfare Command Wing Angkatan Tentera DiRaja Thailand - 2010

Anugerah DiRaja Pengakap Malaysia - 2009

Sayap Penerjunan dan Beret Kehormat (10 Briged Para) Tentera Darat Malaysia - 2004

PerananSunting

Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Komander, Rejimen 504 Askar Wataniah (R504AW), Tentera Darat Malaysia

Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis

Presiden Kelab Golf Putra (KGP) Perlis

Penasihat DiRaja Yayasan Tuanku Fauziah (YTF)

Penaung Persatuan Alumni La Trobe University Malaysia (PALTUM)

Penaung Persekutuan Besbol Malaysia (MBF)

Penaung Manchester United Supporters Club – (Malaysia Chapter)

Penaung Pertubuhan Jemaah Dato’-Dato’ Perlis

Penaung Pertubuhan Ba’alawi Malaysia

Penaung Persatuan Kebajikan Al-Nidaa Malaysia

Penaung Persatuan Woodball Perlis (PWPs)

Penaung Smart Reader Kids Islamic (Smart Tadris)

NEGARA YANG DILAWATI
ASEAN Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei D.S., Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar
TIMUR / ASIA TENGAH China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Korea Selatan, Jepun, India, Sri Lanka, Maldives, Pakistan, Bangladesh, Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Azerbaijan
TIMUR TENGAH Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Jordan, Bahrain, Kuwait, Oman, Palestin
OCEANIA Australia, New Zealand
AFRIKA Afrika Selatan, Mesir, Mauritius, Maghribi, Tunisia
AS/AMERIKA TENGAH Amerika Syarikat, Mexico, Cuba, Republik Dominica
AMERIKA SELATAN Argentina, Brazil, Chile
EROPAH England, Scotland, Ireland, Sweden, Denmark, Norway, Finland, Belanda, Jerman, Belgium, Luxembourg, Leichstentein, Switzerland, Perancis, Monaco, Sepanyol, Portugal, Austria, Republik Czech, Romania, Slovakia, Croatia, Itali, Greece, Russia, Turki, Ukraine, Poland, Cyprus, Bosnia Herzegovina, Georgia, Hungary, Hollysee           

RujukanSunting