Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) ialah syarikat penerbitan buku dan majalah Malaysia san anak syarikat milik penuh Kumpulan Utusan. Ditubuhkan pada 1 Oktober 2003, ia bermula sebagai Jabatan Majalah di Jabatan Pengarang Utusan Melayu. Sejarah penerbitan majalahnya bermula pada 1941 apabila majalah Melayu pertama diterbitkan iaitu majalah Mastika. Peranan yang dimainkan oleh majalah seiring dengan peranan akhbar meniup semangat nasionalisme Melayu berjuang untuk kemerdekaan negara ini. UKSB memainkan peranan sebagai penerbit majalah-majalah inovatif dan berinformasi keluaran Kumpulan Utusan untuk semua lapisan umur masyarakat Malaysia termasuk Brunei dan Singapura.

Berikutan pembubaran Kumpulan Utusan dan penutupan Utusan Malaysia pada 9 Oktober 2019, Utusan Karya dan semua majalah terbitannya dihentikan operasinya.[1][2][3]

Majalah terbitan sunting

Antara majalah yang diterbitkan oleh Utusan Karya:

  1. Wanita
  2. SAJI
  3. URTV
  4. Mastika
  5. Hijab Fesyen
  6. Al-Islam
  7. I-Sihat
  8. Harmoni
  9. Iman
  10. Infiniti
  11. Majalah Hai
  12. Intisari

Rujukan sunting

  1. ^ "Utusan Group ceases operations, staff told to vacate offices by 1pm Wednesday (Oct 9)". The Star. 9 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  2. ^ "End of the road for Utusan". Free Malaysia Today. 9 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  3. ^ "Utusan Melayu henti operasi perniagaan". Utusan Malaysia. 9 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 9 October 2019.

Pautan luar sunting