Wajah Kekasih
"Wajah Kekasih" ialah single kedua daripada penyanyi pop Malaysia, Siti Nurhaliza dan ia dimuatkan dalam album kedua, menyusuli "Aku Cinta Padamu". Lagu ini digubah oleh Adnan Abu Hassan dan Hani MJ.
"Wajah Kekasih" | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza | ||||||||
daripada album Siti Nurhaliza | ||||||||
Dilancarkan pada | 4 April 1997 | |||||||
Dirakamkan pada | 1996 | |||||||
Format | Single CD, keluaran siaran radio | |||||||
Genre | Pop | |||||||
Panjang | 5:16 | |||||||
Syarikat | Suria Records | |||||||
Penulis | Adnan Abu Hassan, Hani M.J | |||||||
Penerbit | Adnan Abu Hassan | |||||||
Kronologi single Siti Nurhaliza | ||||||||
| ||||||||
sunting · sunting di Wikidata |
Komposisi dan lirik sunting
Berdurasi selama 5 minit dan 16 saat, Wajah Kekasih ialah sebuah lagu berentak balada yang dicipta oleh Adnan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Hani M.J.
Muzik video sunting
Muzik video lagu ini menjalani penggambarannya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Siti Nurhaliza mengenakan busana putih dalam muzik video ini. Seperti dalam muzik video Jerat Percintaan, Siti juga mengalirkan airmatanya pada penghujung muzik video Wajah Kekasih.
Persembahan secara langsung sunting
Wajah Kekasih dinyanyikan secara langsung oleh Siti semasa menjayakan persembahannya dalam rancangan televisyen muzikal terbitan RTM, Hiburan Minggu Ini. Lagu ini juga dipersembahkan secara langsung oleh Siti menerusi konsert sulungnya yang diadakan pada 30 Oktober 1999.
Senarai runut sunting
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Wajah Kekasih" | 5:16 | |
Kedudukan carta sunting
Carta (1997) | Kedudukan carta |
---|---|
Radio Muzik | 8 |
Muzik Muzik | 1 |
Anugerah sunting
Anugerah Juara Lagu sunting
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1998[1][2] | "Wajah Kekasih" | Lagu Balada Terbaik | Tercalon |
Rujukan sunting
- ^ "Nurhaliza dan Adnan kuasai juara lagu". Utusan Malaysia Online. 11 November 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-17. Dicapai pada 24 Ogos 2010.
- ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (8 Disember 1998). "Juara Lagu dikuasai irama Malaysia". Utusan Malaysia Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-17. Dicapai pada 24 Ogos 2010.
Pautan luar sunting
- Lirik lagu Wajah Kekasih di LyricsMode.com