Wikipedia:Calon rencana pilihan/Leftenan Adnan/arkib1

Leftenan Adnan (filem) (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: Fandi89 (bincang · sumbangan · log) 03:02, 28 Februari 2022 (UTC)[balas]

Leftenan Adnan merupakan sebuah filem perang drama Malaysia 2000 arahan Aziz M. Osman (gambar) dengan skrip oleh Aziz dan Mejar Ramli Abu Bakar terbitan bersama Paradigm Film dan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia. Dibintangi oleh Hairie Othman sebagai watak tajuk, Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario, ia mengisahkan perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (juga dikenali sebagai Leftenan Adnan), yang bertarung nyawanya demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Filem ini ialah projek yang telah lama dinantikan oleh Aziz. Ia diterbitkan dengan belanjawan sebanyak RM2.5 juta dengan jumlah pelakon dan krew melebihi 1,000 orang, sekaligus mencatat rekod sebagai filem paling mahal dan penerbitan terbesar dalam sejarah perfileman Melayu. Penggambaran dijalankan pada Februari dan Mac 2000 di Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Leftenan Adnan ditayangkan pada 31 Ogos 2000 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-43 dan menerima pelbagai ulasan positif serta telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.8 juta. Ia telah memenangi 2 anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 dan 4 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-15. Biarpun aspek seni filem ini diterima baik, ketetapan salah mengenai sejarahnya telah menerima kritikan. Pada tahun 2020, versi diperbaharui filem ini telah dikeluarkan bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-20.

@Fandi89: Rencana dipilih untuk bulan Mac 2022 SNN95     09:38, 4 Mac 2022 (UTC)[balas]

Terima kasih. Fandi89 (bincang) 12:02, 4 Mac 2022 (UTC)[balas]