Wikipedia:Papan kenyataan

Papan kenyataan di Wikipedia ialah tempat di mana para penyunting boleh bertanyakan soalan, dan memohon bantuan daripada penyunting yang faham akan dasar dan garis panduan yang dirangkum dalam setiap papan kenyataan. Ia boleh digunakan bagi masalah-masalah khusus yang dialami penyunting ketika menambah baik dan menyelenggara rencana Wikipedia. Penggunaan papan kenyataan juga satu langkah awal yang baik dalam meyelesaikan percanggahan di Wikipedia. Papan kenyataan sebaiknya digunakan bagi isu yang ringkas dan perlukan perhatian segera.

Papan kenyataan bukan tempat untuk memohon perubahan dasar-dasar Wikipedia sedia ada. Bagi hal tersebut, perkara itu boleh dibawa bincang di laman perbincangan dasar-dasar yang terbabit. Papan kenyataan juga bukan tempat untuk mencari penyunting untuk bekerjasama dengan anda.

Sekiranya anda memerlukan bantuan lazim berkenaan penciptaan dan penyuntingan rencana Wikipedia, cuba Wikipedia:Soalan. Para penyunting baharu boleh melihat Wikipedia:Menyumbang kepada Wikipedia sebagai satu tempat mula berguna. Jika anda inginkan maklum balas terhadap satu-satu rencana yang anda rancang atau telah anda ubah secara ketara, anda boleh pergi ke meja bantuan.

Jika anda memiliki soalan berkenaan satu-satu subjek ensiklopedia, anda boleh ajukan soalan di Wikipedia:Meja rujukan.

Lihat juga sunting