Zamioculcas

(Dilencongkan dari Zamioculcas zamifolia)

Zamioculcas adalah genus tumbuhan berbunga dari keluarga Araceae, yang mengandungi satu spesies tunggal iaitu Zamioculcas zamiifolia. Ia adalah sejenis tumbuhan renek tropika tempatan di timur Afrika dari selatan Kenya sampai ke timur laut Afrika Selatan. Pokok ini turut digelar pokok wang (money plant), pokok ZZ, pokok duit atau duit-duit, pokok "ong", dan pokok dolar. Pokok ini sering dijadikan tanaman hiasan, terutamanya lantaran rupa yang menarik dan mudah dijaga.[1][2]

Pokok wang
Pokok wang dalam pasu.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Zamioculcas
Spesies:
Z. zamiifolia
Nama binomial
Zamioculcas zamiifolia

Pokok wang adalah jenis beracun. Beberapa sumber mendakwa pokok ini berupaya mengakibatkan kanser tetapi tiada pengesahan saintifik ditemukan.[3]

Penerangan sunting

 
Jambak bunga pokok wang.

Pokok wang tumbuh meliar di hutan malar hijau kering atau lembap, hutan jarang, dataran rumput dan belukar dataran semak. Pokok ini mempunyai umbi berdiameter sekitar 3-4 cm panjang, kuat dan berkayu. Tangkai daun (petiole) hijau dengan tompok melintang, dan 15-35 cm panjang. Helai daun (blade) adalah 20-40 cm panjang dengan daun kecil terletak hampir bertentangan, berjarak, berbentuk bujur lonjong kadang-kadang bujur panah, dan berwarna hijau tua berkilat.

Tangkai induk (peduncle) 3-20 cm panjang dan terletak hampir menegak. Seludang (spathe) adalah 5-8 cm panjang dan bertekstur kasar, berwarna hijau hingga putih, atau kuning. Tongkol (spadix) adalah 5-7 cm panjang, berbentuk langsing di dasar, dengan stigma kekuningan. Berinya putih, dilitupi kelopak dan lebih dari 1.2 cm lebar dengan satu atau dua benih. Benih berwarna perang, leper dan mempunyai panjang sekitar 0.8 cm.[4]

Varieti sunting

  • Zamioculcas zamiifolia Zenzi
  • Zamioculcas zamiifolia Raven
  • Zamioculcas zamiifolia Super Nova

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Pencinta ALAM & PENCIPTANYA (3 Mei 2010). "Pokok 'Ong'... Bawa Rezeki atau Sumber Rezeki..." Inspirasi Alam (Blogspot). Dicapai pada 11 Disember 2021.
  2. ^ "Zamioculcas Schott". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  3. ^ Editor (20 Disember 2015). "Tiada Bukti Pokok 'Duit-Duit' Penyebab Kanser". Majalah Sains. Dicapai pada 11 Disember 2021. ... setakat ini belum ada kajian dan bukti saintifik menunjukkan bahawa pokok duit-duit berkenaan adalah penyebab penyakit leukemia.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  4. ^ "Zamioculcas zamiifolia (Lodd.) Engl". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. Dicapai pada 12 Disember 2021.