Abdul Hadi Ismail ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bermula Januari 2023[1]

Abdul Hadi Ismail
Setiausaha Politik
kepada Menteri Besar Perlis
Dalam jawatan
Januari 2023 – Mac 2024
Menteri BesarMohd Shukri Ramli
Butiran peribadi
Lahir12 Julai 1983
Kaherah, Mesir
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Alma materMaahad Darul Quran, Rusila
Universiti Wales, Lampeter
Universiti Malaya
PekerjaanAhli politik

Sebelum dilantik sebagai setiausaha politik, beliau pernah menjadi pensyarah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).[2] Beliau juga pernah menjadi Eksekutif Sumber Manusia di Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas dan Eksekutif Kanan serta Wakil Wilayah untuk Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC) di Arab Saudi dan Afrika.[1]

Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Rakyat Jalan Haji Bolhassan, Kuching, Sarawak, Sekolah Kebangsaan Simpang, Perak, Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya[perlu rujukan] dan pendidikan menengah di Maahad Darul Quran, Rusila, Marang, Terengganu. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Wales, Lampeter (UWL) United Kingdom dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam sebelum ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) dan memperolehi Ijazah Sarjana Shariah.[1]

Di peringkat parti, beliau pernah menjadi AJK Urusan Ulama PAS Kawasan Marang (2013-2017), Ketua Penerangan PAS Kawasan Shah Alam (2017-2019), PSU 3 PAS Kawasan Shah Alam (2019-2021), AJK Pemuda PAS Kawasan Shah Alam (2017-2019) dan Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam (2019-2021).[perlu rujukan]

Beliau merupakan anak kedua[perlu rujukan] kepada pemimpin PAS, Ustaz Haji Ismail Osman dan Ustazah Hajah Suhaimah Alias[3][4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c YUSOF, AZMI (2023-01-12). "Bekas pensyarah dilantik Setpol MB Perlis". HD Premium (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-10.
  2. ^ "abdul hadi ismail | Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia - Academia.edu". unisza.academia.edu. Dicapai pada 2023-12-25.
  3. ^ "Carta Organisasi Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu 2003-2005". dmpnt.tripod.com. Dicapai pada 2023-12-26.
  4. ^ "Organisasi Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu 2011-2013". dmpnt.blogspot.com. Dicapai pada 2023-12-26.