Air Changan (长安航空; 長安航空; Cháng'ān Hángkōng) ialah syarikat penerbangan domestik China. Pangkalan operasi utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang, yang melayani beberapa bandar di Wilayah Shaanxi . Awalnya syarikat penerbangan bebas, Syarikat Penerbangan Air Changan bergabung dengan Syarikat Penerbangan Hainan Airlines pada Tahun 2000 dan kemudian diserap ke dalam syarikat penerbangan itu. Air Changan kembali beroperasi sebagai syarikat penerbangan bebas pada Mei 2016, menyediakan penerbangan ke empat bandar raya di China dengan tiga pesawat Boeing 737-800 .

Air Changan
Syarikat Penerbangan Air Changan
长安航空
IATA ICAO Pengenal
9H CGN CHANG AN
Ditubuhkan11 April 1992; 32 tahun yang lalu (1992-04-11)
Bermula operasi5 Januari 1993; 31 tahun yang lalu (1993-01-05)
Pangkalan
Pesawat11 (jumlah keseluruhan armada)
Destinasi43 (jumlah keseluruhan destinasi)
Syarikat indukHainan Airlines (59.43%)
Ibu pejabatRepublik Rakyat China Xi'an, Shaanxi, Republik Rakyat China
Laman webwww.airchangan.com/portal


Air Changan
Cina Ringkas: 长安航空
Cina Tradisional: 長安航空
Maksud harfiah: Syarikat Penerbangan Air Changan

Data Kod sunting

  • Kod IATA : 9H
  • Kod ICAO : CGN
  • Panggilan: Chang An

Sejarah sunting

Untuk mengembangkan ekonomi lokal dan industri penerbangan, pada Bulan September 1990, pemerintah wilayah Shaanxi dan pengeluar pesawat tempatan mulai merencanakan syarikat penerbangan tempatan, untuk beroperasi dengan tiga pesawat Xian Y-7 . Pada Tarikh 2 Mac 1992, pemerintah wilayah tersebut menamakan syarikat penerbangan itu sebagai Syarikat Penerbangan Air Changan . Pada Tarikh 11 April 1992, Syarikat Penerbangan Air Changan ditubuhkan secara rasmi, menggabungkan Syarikat Penerbangan Dapeng Airlines dengan entiti baharu. Pada Tarikh 5 Januari 1993, penerbangan pertama Air Changan beroperasi, dari Xi'an ke Yulin. Kemudian pemindahan itu akan dikendalikan oleh pemerintah wilayah tersebut sahaja, selepas pengeluar pesawat meninggalkan usaha tersebut karena peraturan baharu mulai berlaku.

Pada Tarikh 30 Ogos 2000, Syarikat Penerbangan Air Changan dibeli oleh Hainan Airlines (HNA) dan dinamakan semula sebagai Syarikat Penerbangan Chang An Airlines . Pada Tarikh 1 Julai 2002, Boeing 737-400 pertama mula beroperasi. Pada Bulan Oktober 2002, Syarikat Penerbangan Chang An Airlines, Syarikat Penerbangan Xinhua Airlines dan Syarikat Penerbangan Shanxi Airlines digabungkan menjadi Hainan Airlines.

Pada Bulan Disember 2015, Kumpulan HNA memulakan perbincangan dengan pemerintah wilayah Shaanxi mengenai pemulihan Syarikat Penerbangan Chang An Airlines sebagai syarikat penerbangan bebas. Syarikat penerbangan ini akan kembali ke fokus penerbangannya yang asal di dalam dan di luar Wilayah Shaanxi . [1] Syarikat penerbangan itu dijenamakan semula sebagai nama asalnya dan melancarkan livery sendiri. [2] Selepas menerima sijil pengendali udaranya pada Bulan April 2016, Air Changan kembali beroperasi sebagai syarikat penerbangan bebas pada bulan berikutnya pada 9 Mei. Penerbangan sulung adalah dari Xi'an ke Zhuhai . Semasa memberi water salute biasa semasa tiba di Zhuhai, pihak bomba secara tidak sengaja menyemburkan busa . Akibatnya, pesawat harus menjalani pemeriksaan keselamatan, dan penerbangan kembali dibatalkan. [3]

pada Bulan Julai 2023, di laman aeroroutes, Air Changan, ada merancang untuk menambah destinasi antarabangsa dari Xi'an ke Phuket, yang sudah dimulakan sejak 15 Julai 2023 [4].

Urusan korporat sunting

Syarikat Penerbangan Hainan Airlines memegang kepentingan sebanyak 83.3% dalam syarikat penerbangan, meningkat sebanyak 21.9% berikutan pembelian saham 1.01 bilion yuan pada Bulan September 2015. [5]

Destinasi sunting

setakat tahun 2022[6].

Asia sunting

Asia Tenggara sunting

  Negara Thai

Asia Timur sunting

  Republik Rakyat China

Armada sunting

 
Sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Air Changan dengan siri Boeing 737-800 pada Tahun 2012, memakai livery penggabungan pra-Hainan Airlines
 
Tiga daripada pesawat Boeing 737-800 yang diparkir berturut-turut pada Tahun 2016. Pesawat paling jauh memakai gelaran Air Changan, sementara bahagian tengah ketiga memakai gelaran Chang An Airlines.

Setakat September 2019, Syarikat Penerbangan Air Changan mengoperasikan jenis pesawat berikut:[7][8]

Armada Air Chang'an
Pesawat Dalam Perkhidmatan Tempahan Penumpang Nota
Boeing 737-800 11
Boeing 737 MAX 2 tbd
Total 11 0

Galeri Armada Syarikat Penerbangan Air Changan (9H) sunting

Dikendalikan sebelum ini sunting

Syarikat Penerbangan Air Changan sebelum ini mengendalikan pesawat berikut: [9] [10] [11]

  • Airbus A319
  • Boeing 737-400
  • Boeing 737-700
  • Bombardier Dash 8 Q400
  • Embraer 190
  • Fairchild-Dornier 328-300
  • Xian MA60
  • Xian Y-7

Rujukan sunting

  1. ^ "HNA Group to Restore Chang An Air as Independent Carrier". China Aviation Daily. 27 December 2015. Dicapai pada 8 February 2016.
  2. ^ Ge, Lena (19 April 2016). "Revived Air Changan Unveils Brand New Livery". China Aviation Daily. Dicapai pada 4 June 2016.
  3. ^ "Video: Air ChangAn Inaugural Flight Grounded Due to Foam Canon Salute Instead of Water". China Aviation Daily. 9 May 2016. Dicapai pada 4 June 2016.
  4. ^ a b "CHANGAN AIRLINES ADDS PHUKET SERVICE FROM MID-JULY 2023". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 14 Julai 2023. Dicapai pada 4 Ogos 2023. Changan Airlines this week plans to launch international scheduled service, where it plans to operate Xi’An – Phuket nonstop service. The airline currently lists 3 weekly flights between 15JUL23 and 19AUG23, with Boeing 737-800 aircraft.
  5. ^ "China's Air ChangAn Returns to Independent Operations". China Aviation Daily. 6 April 2016. Dicapai pada 4 June 2016.
  6. ^ "HAINAN AIRLINES / HNA GROUP CARRIERS NW22 NETWORK ADDITIONS". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 11 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
  7. ^ "Global Airline Guide 2019 (Part One)". Airliner World. 2019: 9.
  8. ^ http://www.xmyzl.com/?mod=jidui_show&id=177&typeid=41
  9. ^ Flight International, 3–9 October 2006
  10. ^ :: 长安航空公司 ::. travel.news.cn. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-07. Dicapai pada 2016-07-11.
  11. ^ 新舟60介绍. CAAC. Dicapai pada 2016-07-11.

Lihat Juga sunting

Pautan luaran sunting