Abdul Muttalib

(Dilencongkan dari Al-Mutallib)


Abdul Muttalib Syaibah ibn Hashim (Arab: عَبْد ٱلْمُطَّلِب شَيْبَة ٱبْن هَاشِم, ʿAbd al-Muṭṭalib Shaybah ibn Hāshim, c. 497 – 579) ialah datuk kepada nabi umat Islam, Nabi Muhammad.

Abdul al-Muttalib
عَبْد ٱلْمُطَّلِب
Ketua Kaum Quraisy ke-4
Tempoh memimpin497-579 CE
Didahului olehHasyim bin Abdu Manaf
Diikuti olehAbu Talib bin Abdul Muttalib
KeputeraanSyaibah ibn Hāshim
c. 497
Yathrib, Hijaz
(kini Madinah, Arab Saudi)
Kemangkatan579 (berumur 81–82)
Mekah, Hijaz
(kini Arab Saudi)
PemakamanJannat al-Mu'allā
Pasangan
Anakanda
Bahasa Arabعَبْد ٱلْمُطَّلِب شَيْبَة ٱبْن هَاشِم
KabilahBani Hashim
AyahandaHasyim (Anak lelaki Abd Manaf)

Kehidupan awal sunting

Bapanya ialah Hashim ibn 'Abd Manaf,[1]:81 leluhur bagi keturunan yang dimuliakan, Bani Hasyim, salah sebuah kabilah di Mekah, kaum Quraisy. Mereka mendakwa merupakan keturunan daripada Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Ibunya ialah Salma binti Amr, dari Bani Najjar, sebuah kabilah dari kaum Khazraj di Yathrib (lkemudiannya dipanggil Madinah)[2]. Hasyim telah meninggal dunia semasa sedang berurus niaga di Gaza, sebelum Abdul Muttalib lahir.[1]:81

Beliau telah diberikan nama "Syaibah" yang bermaksud 'orang tua' atau 'uban' disebabkan terdapat jalur putih di rambut hitamnya, dan kadang kala dipanggil Syaibah al-Ḥamd ("Uban yang dipuji").[1]:81–82 Selepas kematian bapanya, beliau dibesarkan di Yathrib oleh ibunya dan keluarga belah ibunya sehingga berusia 8 tahun ketika bapa saudaranya Muttalib ibn Abd Manaf pergi berjumpa dengannya di sana dan memohon kepada Salmah untuk beliau menjaga Syaibah. Salmah akhirnya membenarkan Syaibah pergi kepada Muttalib. Sebaik sahaja tiba di Mekah, penduduk Mekah menyangka anak yang tidak dikenali itu sebagai hamba kepada Muttalib, maka mereka menggelar Syaibah sebagai Abdul Muttalib yang bermaksud Hamba Al-Muttalib..[1]:85–86

Memimpin Bani Hasyim sunting

Apabila Muṭṭalib meninggal dunia, Syaibah menggantikan beliau sebagai Ketua Bani Hasyim. Menuruti bapa saudaranya, beliau mengambil tugas untuk menyediakan pengunjung Kaabah — orang yang melakukan haji — makanan dan minuman, mewarisi amalan nenek moyangnya kepada penduduk Mekah. Beliau memperoleh kemuliaan sebagaimana nenek moyangnya perolehi, penduduk Mekah menyayanginya dan reputasi beliau sangat baik dalam kalangan mereka.[3]:61

Datuk kepada Umar bin Al-Khaṭṭāb, Nufail ibn Abdul Uzza mengadili pertikaian melibatkan Abdul Muttalib dan Harb bin Umaiyah (bapa Abu Sufyan) dalam urusan kepenjagaan Kaabah. Nufail kemudiannya mengambil keputusan hak penjagaan Kaabah diberikan kepada Abdul Muṭṭalib

Keluarga sunting

Isteri sunting

Abdul Muttalib diketahui mempunyai enam orang isteri.

Anak sunting

Menurut Ibnu Hisham, Abdul Muṭṭalib mempunyai sepuluh anak lelaki dan enam anak perempuan.[4]:707–708 note 97 Ibn Saad pula merekodkan dua belas orang anak lelaki.[1]:99–101

Melalui Sumrah

  1. Al-Ḥārith ibn 'Abdul-Muṭṭalib.[4]:708 Beliau anak sulung dan meninggal dunia sebelum ayahnya.[1]:99
  2. Quthum.[1]:100 Nama beliau tidak direkod Ibnu Hisham.

Melalui Fatimah

  1. Al-Zubair.[4]:707 Beliau seorang penyair.[1]:99 Beliau meninggal dunia meninggalkan dua orang anak lelaki dan perempuan.:101[5]:34–35
  2. Abu Talib, lahir sebagai Abdu Manaf,[1]:99[4]:707 Bapa Khalifah Ali.[6] Beliau kemudiannya menjadi Ketua Bani Hashim.
  3. Abdullah, bapa Nabi Muhammad.[1]:99[4]:707
  4. Umm Hakim al-Baidak,[1]:100[4]:707 nenek belah ibu kepada Khalifah Uthman ibn Affan.[5]:32
  5. Barrah,[1]:100[4]:707 ibu kepada Abu Salamah.[5]:33
  6. Arwa.[1]:100[4]:707
  7. Atikah,[1]:100[4]:707 salah seorang isteri Abu Umaiyah ibn Al-Mughirah.[5]:31
  8. Umaimah,[1]:100[4]:707 ibu Zainab binti Jahsy dan Abdullah bin Jahsy.[5]:33

Melalui Lubnā

  1. Abdul Uzzā, atau lebih dikenali sebagai Abu Lahab.[1]:100[4]:708

Melalui Halah

  1. Ḥamzah,[4]:707 yang syahid dalam Pertempuran Uhud.[1]:100
  2. Ṣafiyyah.[1]:100[4]:707
  3. al-Muqawim.[4]:707
  4. Hajl.[4]:707

Melalui Natilah

  1. Abbas,[1]:100[4]:707[7] yang menjadi leluhur kepada pengasas Khilafah Abbasiyah.
  2. Ḍirār,[4]:707 meninggal dunia sebelum Islam.[1]:100
  3. Jahl, meninggal dunia sebelum Islam[perlu rujukan]
  4. Imran, meninggal dunia sebelum Islam[perlu rujukan]

Melalui Mumannaah

  1. Musab, menurut Ibn Saad, beliau juga dinamakan al-Ghaydāq.[1]:100 Beliau tidak direkodkan oleh Ibn Hisham.
  2. al-Ghaydaq, meninggal dunia sebelum Islam[perlu rujukan]
  3. Abdul Kaabah, meninggal dunia sebelum Islam.[1]:100
  4. al-Mughira,[1]:100 beliau juga dinamakan al-Ghaydaq.

Kematian sunting

Anaknya, Abdullah meninggal dunia empat bulan sebelum kelahiran Nabi Muhamad. Kemudiannya beliau menjaga menantunya Aminah. Aminah meninggal dunia enam tahun selepas kelahiran Muhammad, dan Abdul Muttalib pula menjaganya selama dua tahun sehingga meninggal dunia pada 578 Masihi. Makam Syaibah boleh ditemui di Perkuburan Jannatul Mualla di Mekah.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w Muhammad ibn Saad. Kitab al-Tabaqat al-Kabir. Translated by Haq, S. M. (1967). Ibn Sa'ad's Kitab al-Tabaqat al-Kabir Volume I Parts I & II. Delhi: Kitab Bhavan.
  2. ^ "Banu Najjar". Dicapai pada 20 October 2018.
  3. ^ Muhammad ibn Ishaq. Sirat Rasul Allah. Translated by Guillaume, A. (1955). The Life of Muhammad. Oxford University Press.
  4. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q Abdulmalik ibn Hisham. Notes to Ibn Ishaq's Sirat Rasul Allah. Translated by Guillaume, A. (1955). The Life of Muhammad. Oxford: Oxford University Press.
  5. ^ a b c d e Muhammad ibn Saad. Kitab al-Tabaqat al-Kabir. Translated by Bewley, A. (1995). The Women of Madina. London: Ta-Ha Publishers.
  6. ^ Muhammad ibn Saad. Kitab al-Tabaqat al-Kabir vol. 3. Translated by Bewley, A. (2013). The Companions of Badr, p. 20. London: Ta-Ha Publishers.
  7. ^ al-Tabari, Muhammad ibn Jarir (1998). Tarikh al-Rusul wa'l-Muluk: Biographies of the Prophet's Companions and Their Successors. 39. Albany: State University of New York Press. m/s. 24.

Pautan luar sunting