Annuar Rapaee
Dr. Haji Annuar bin Rapaee (lahir 18 November 1963) ialah seorang pakar kardiologi dan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) bagi N55 Nangka.[1] Beliau merupakan salah seorang Menteri Muda dalam Kabinet Negeri Sarawak yang dirombak pada tahun 2017.
Annuar Rapaee | |
---|---|
الحاج أنور بن رباعى | |
Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak | |
Memegang jawatan 19 Julai 2017 | |
Menteri | Sim Kui Hian |
Gabenor | Abdul Taib Mahmud |
Ketua Menteri | Abang Johari Tun Openg |
Didahului oleh | Jerip Susil |
Kawasan pilihan raya | Nangka |
Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi Sarawak | |
Memegang jawatan 8 Mei 2017 | |
Menteri | Michael Manyin Jawong |
Gabenor | Abdul Taib Mahmud |
Ketua Menteri | Abang Johari Tun Openg |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Penyelidikan Sains dan Bioteknologi) | |
Dalam jawatan 19 Mei 2016 – 7 Mei 2017 | |
Gabenor | Abdul Taib Mahmud |
Ketua Menteri | Adenan Satem Abang Johari Tun Openg |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk N55 Nangka | |
Memegang jawatan 16 April 2011 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 5,302 (2011) 7,617 (2016) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Sibu, Sarawak, Malaysia | 18 November 1963
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Haniza Zainal Abidin |
Anak-anak | Irynaa Annuar Irfan Annuar |
Alma mater | Universiti Malaya Universiti Hospital St. James Leeds, UK Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Pakar kardiologi |
Laman web rasmi | www |
Kehidupan awal dan pendidikanSunting
Annuar memulakan pendidikan sekolah rendah beliau di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandaran Sibu No. 3 dari tahun 1970 hingga 1975. Beliah kemudiannya meneruskan pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rosli Dhoby dari tahun 1976 hingga 1981.[2] Selepas menamatkan sesi persekolahan, Annuar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) dari tahun 1981 hingga 1983 dalam matrikulasi Pusat Asasi Malaya.
Annuar kemudian melanjutkan pengajian tinggi di UM sehingga tahun 1988 selepas beliau menerima Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS). Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah di St James's University Hospital, Leeds, United Kingdom dan menerima ijazah Master Perubatan (MMed) Perubatan Dalaman. Setelah menamatkan pengajian di UK, beliau kembali ke Malaysia untuk meneruskan latihan perubatannya. Beliau sekali lagi melanjutkan pengajian pascasiswazah dalam bidang Sarjana dalam Kardiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari tahun 1998 hingga 2001.
Pada tahun 2004, Annuar ke Jerman to menjalani Latihan Pendahuluan Sub Kekhususan di Institut Jantung Berlin Jerman. Beliau ialah pakar dalam bidang pengimejan resonans magnetik (MRI) jantung dan telah melatih beberapa ahli kardiologi lain semasa bertugas di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan di Hospital Serdang di Selangor.
Annuar berkahwin dengan Dr. Haniza Zainal Abidin dan mempunyai dua orang anak.[3]
Kerjaya politikSunting
Kerjaya politik beliau bermula apabila beliau dicalonkan sebagai calon N49 Nangka (2011) untuk menggantikan Dato' Awang Bemee Awang Ali Basah yang tidak berhasrat untuk dicalonkan semula.[4] Pada pilihan raya umum Sarawak tahun 2011, beliau dipilih sebagai ADUN Nangka yang baharu mengalahkan calon PKR Norisham Mohamed Ali oleh majoriti sebanyak 5302 undian.[5]
Pada pilihan raya umum Sarawak tahun 2016, beliau berjaya mempertahankan kerusi N55 Nangka dengan majoriti yang banyak iaitu 7617 undian mengalahkan calon PKR Abdul Raafidin Majidi dan calon STAR Simon Tiong.[6]
Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak pada 19 Mei 2016, dalam satu majlis yang diadakan Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan jawatan sebagai Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi.[7]
RujukanSunting
- ^ Sibu Chinese NGO's give wish list to Dr Annuar. 8 Jun 2012. The Borneo Post
- ^ "Ex-SMK Rosli Dhoby students to hold reunion dinner". The Borneo Post. 8 Oktober 2016. Dicapai pada 27 Februari 2020.
- ^ "Arkib disalin". Diarkib daripada yang asal pada 24 September 2014. Dicapai pada 2015-03-03.
- ^ http://www.sarawaklive.com/2015/08/dr-annuar-calon-dun-nangka-pilihan-raya_1.html
- ^ http://sumandakbayu.blogspot.my/2011/04/10-muka-baru-calon-bn-pbb.html
- ^ http://www.theborneopost.com/2016/05/08/dr-annuar-wins-nangka-with-7617-vote-majority/
- ^ http://klxpress.com.my/sarawak/14961-perlantikan-menteri-muda-lengkapkan-barisan-kabinet-baru-negeri-sarawak.html