Arturo Vidal

Chilean footballer

Arturo Erasmo Vidal Pardo (lahir 22 Mei 1987) merupakan pemain bola sepak Chile yang kini bermain untuk Barcelona dan pasukan kebangsaan Chile. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Arturo Vidal
Maklumat peribadi
Nama penuh Arturo Erasmo Vidal Pardo
Tarikh lahir (1987-05-22) 22 Mei 1987 (umur 36)
Tempat lahir Santiago, Chile
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Barcelona
Nombor 22
Kerjaya remaja
Melipilla
Colo-Colo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2007 Colo-Colo 36 (2)
2007–2011 Bayer Leverkusen 117 (15)
2011–2015 Juventus 124 (35)
2015–2018 Bayern Munich 79 (14)
2018– Barcelona 55 (9)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Chile B20 14 (8)
2007– Chile 115 (28)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 Mac 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2019

Kerjaya kelab sunting

Colo-Colo sunting

Vidal membuat debut profesional pada perlawanan akhir Kejohanan Apertura 2006 menentang musuh tradisi, Universidad de Chile, Colo-Colo menang 2-1 dan menjuarai kejohanan itu. Vidal menjaringkan tiga gol untuk Colo-Colo pada kempen Copa Sudamericana 2006. Penampilan beliau telah menarik perhatian dari kelab Eropah.

Bayer Leverkusen sunting

Vidal meninggalkan Colo-Colo pada musim 2007 untuk berpindah ke Bayer Leverkusen pada musim panas. Beliau juga memaparkan aksi terbaik di Piala Dunia B-20 FIFA 2007 dan itu merupakan salah satu alasan jurulatih Bayer, Rudi Völler membeli Vidal yang baru berusia 20 tahun.[1] Kedua-dua kelab itu bersetuju dengan harga $11 juta dan Bayer membayar $7.7 juta.

Vidal terlepas perlawanan pertama musim akibat kecederaan dan membuat debut pada 19 Ogos 2007, tewas kepada [Hamburger SV|Hamburg]]. Pada musim 2008-09, beliau mengalami kecederaan ketika menentang VfL Bochum pada 8 Mac dan terpaksa direhatkan sepanjang bulan itu. Beliau kemudian kembali dan menjaringkan gol ketika menang 4-1 ke atas Mainz pada separuh akhir Piala Jerman tetapi tewas kepada Werder Bremen pada perlawanan akhir.

Pada musim 2010-11, beliau membantu kelabnya menduduki tempat kedua Bundesliga dan merupakan pemain terbanyak melakukan hantaran sebanyak 11 kali.[2]

Juventus sunting

Selepas musim yang baik pada 2010-11, Vidal dikaitkan perpindahan ke Bayern Munich. Pada 22 Julai 2011, beliau berpindah ke Juventus sebanyak 10.5 juta dengan kontrak lima tahun. Beliau membuat debut untuk Juventus pada perlawanan pembukaan liga menentang Parma. Beliau menjaringkan gol pada kemunculan pertamanya enam minit selepas menggantikan Alessandro Del Piero, Juventus menang 4-1.

Pada 19 September 2012, Vidal menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan menentang Chelsea, seri 2-2.[3] Selepas bermain untuk Juventus menjulang trofi Serie A, beliau diundi pemain tahunan oleh peminat di laman web; juventus.com.[4]

Pada 27 November 2013, Vidal menjaringkan hatrik ketika menentang FC Copenhagen pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Beliau menjaringkan gol dengan dua tendangan penalti dan satu tandukan. Itu merupakan hatrik pertama dalam kerjayanya. Beliau menjadi pemain pertama Juventus yang melakukan hatrik di Liga Juara-Juara sjeak bekas pemain Juventus, Filippo Inzaghi menentang Hamburg pada 2000.[5]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Vidal (kiri) pada aksi Piala Dunia 2014 menentang Brazil.

Vidal membuat debut untuk pasukan kebangsaan Chile pada perlawanan perashabatan menentang Venezula. Beliau termasuk dalam skuad Marcelo Bielsa pada kempen kelayakan Piala Dunia 2010 dengan bermain 11 perlawanan dan menjaringkan satu gol. Beliau termasuk dalam senarai akhir 23 pemain ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Vidal menjaringkan lima gol dalam 11 perlawanan pada kempen kelayakan Piala Dunia 2014 dan masuk dalam senarai akhir skuad Chile ke Piala Dunia FIFA 2014.[6]

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
5 September 2009 Santiago, Chile   Venezuela
1–0
2–2
Kelayakan Piala Dunia 2010
2
17 November 2010 Santiago, Chile   Uruguay
2–0
2-0
Persahabatan
3
4 Julai 2011 San Juan, Argentina   Mexico
2–1
2–1
Copa América 2011
4
2 Jun 2012 La Paz, Bolivia   Bolivia
2–0
2–0
Kelayakan Piala Dunia 2014
5
7 Jun 2013 Asunción, Paraguay   Paraguay
2–0
3–1
Kelayakan Piala Dunia 2014
6
11 Jun 2013 Santiago, Chile   Bolivia
3–1
3–1
Kelayakan Piala Dunia 2014
7
6 September 2013 Santiago, Chile   Venezuela
3–0
3–0
Kelayakan Piala Dunia 2014
8
11 Oktober 2013 Barranquilla, Colombia   Colombia
1–0
3–3
Kelayakan Piala Dunia 2014
9
14 Oktober 2014 Antofagasta, Chile   Bolivia
2–2
2–2
Persahabatan

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Colo-Colo
Juventus

Individu sunting

  • Pemain Tahunan Chile: 2010
  • Pasukan All-Star Bundesliga: 2010–11
  • Pemain Terbaik Juventus: 2012–13
  • Pasukan Tahunan Serie A: 2012–13, 2013–14

Rujukan sunting

  1. ^ "Vidal eyes Bayer and Chile glory". fifa.com. 2 April 2008. Dicapai pada 17 January 2011.
  2. ^ "Vidal's thirst for silverware". fifa.com. 18 January 2011. Dicapai pada 29 September 2012.
  3. ^ "Story so far: Juventus". uefa.com. 14 December 2012.
  4. ^ "Vidal scoops Juventus player of the year award". juventus.com. 10 May 2013. Dicapai pada 13 May 2013.
  5. ^ "Champions League - Vidal treble earns Juventus first three points". Eurosport. 27 November 2013. Dicapai pada 29 November 2013.
  6. ^ "Top scorers". FIFA. Dicapai pada 16 October 2013.

Pautan luar sunting