Bachok Selatan (kawasan negeri)

Bachok Selatan merupakan bekas kawasan pilihan raya negeri yang terletak di negeri Kelantan, Pantai Timur Malaysia. Bachok Selatan telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sejak tahun 1959 sehingga 1974. Kawasan pilihan raya ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.

N.15 Bachok Selantan
Kawasan pilihan raya  Kelantan
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Kelantan
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1974
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan1969
Demografi
Pemilih (1969)[1][2]10,132

Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bachok Selatan yang terakhir berkhidmat sebelum kawasan pilihan raya dibubarkan ialah Mohamed Yaacob mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).[3]

Gambaran keseluruhan sunting

Kawasan pilihan raya Bachok Selatan telah diciptakan pada tahun 1958 untuk menghadapi pilihan raya negeri pada tahun berikutnya, 1959. Bachok Selatanterletak di dalam kerusi parlimen Bachok (P.019). Kawasan pilihan raya ini berjiran dengan kawasan Bachok Utara di utara, dan Bachok Tengah di tenggara. Kawasan Pasir Puteh Utara dan Pasir Puteh Tenggara yang terletak di bawaha kawasan parliemn Pasir Puteh (P.022) masing-masing terletak di bahagian barat daya dan selatan kawasan ini. Kawasan ini berhadapan dengan Laut China Selatan menghadap ke arah timur. Penamaan kawasan pilihan raya ini sebagai Bachok Selatan dipilih kerana kedudukan geografinya di bahagian selatan kawasan parlimen Bachok.[1]

Kawasan pilihan raya Bachok Selatan mula dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada 24 Jun 1959, serentak dengan kawasan Dewan Undangan Negeri lain yang terdapat di negeri Kelantan.[4] Pada peringkat awal, sebanyak lima calon bertanding di kawasan ini iaitu, Haji Othman bin Haji Ismail dari Persatuan Islam Sa-Malaya (PAS), Haji Mokhtar bin Haji Ahmad dari Parti Negara, Nik Abdul Majid bin Nik Abdul Rahman dari parti Barisan Sosialis, Othman Adam dari Bebas serta Ismail bin Haji Ahmad dari Parti Perikatan. Sebanyak 7,732 orang pengundi yang berdaftar di bawah kawasan Bachok Selatan pada tahun itu.[5] Keputusan pemenang telah diumumkan pada 26 Jun 1959 di Berita Harian, yang di mana memaparkan Haji Othman bin Haji Ismail telah menang, memperolehi 75.9 peratus undian, berbanding saingannya Haji Mokhtar bin Haji Ahmad sebanyak 0.7 peratus, Nik Abdul Majid bin Nik Abdul Rahman sebanyak 1.8 peratus, Othman Adam sebanyak 1.1 peratus, dan Ismail bin Haji Ahmad sebanyak 20.6 peratus. Persatuan Islam Sa-Malaya (kini dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia) telah berjaya merampas wilayah DUN Bachok Selatan daripada pihak lawan pada pilhan raya pertama.[6][7][8]

Pada pilihan raya berikutnya iaitu pada tahun 1964, Haji Othman bin Haji Ismail dari PAS kembali bertanding sekali lagi di wilayah DUN Bachok Selatan. Terdapat satu saingannya kali ini iaitu, Mohamed Zain bin Abdullah dari Parti Perikatan. Terdapat 8,518 pengundi berdaftar di kerusi ini, bertambah 786 orang berbanding pilihan raya negeri pada tahun 1959. Alhasil, Haji Othman bin Haji Ismail kekal dan masih bertahan di kerusi Bachok Selatan, dengan mendapatkan majoriti sebanyak 8,55.[9][10] Namun, pada pilihan raya negeri 1969, Haji Othman bin Haji Ismail mengundur diri dan tidak bertanding. Terdapat tiga calon yang bertanding di kerusi Bachok Selatan kali ini iaitu, Mohamed Yaacob (atau Mohamed bin Haji Yacob), Datin Zainun binti Ismail serta Mohamed Zain bin Abdullah. Masing-masing mewakili parti PAS, Perikatan dan Bebas. Ini merupakan pilihan raya terakhir diadakan kerana kawasan ini akan dimansuhkan dan dipinda menjadi nama yang baharu. Kesudahannya, Mohamed Yaacob telah memenangi kerusi ini dengan mendapat undian sebanyak 49.7 peratus berbanding dengan saingannya iaitu Mohamed Zain bin Abdullah sebanyak 48.5 peratus dan Datin Zainun binti Ismail sebanyak 1.9 peratus sahaja.[1][3] Kawasan ini terus berkhidmat sehingga tahun 1973. Pada tahun 1974, kawasan Bachok Selatan tidak wujud lagi dalam kerusi Dewan Negeri kerana telah dipinda menjadi nama Jelawat. Parti PAS telah menduduki kerusi DUN Bachok Selatan selama tiga penggal Dewan Negeri selama berturut-turut tanpa kalah dari pihak saingan.[10][8]

Sejarah perwakilan sunting

Penggal Tahun Ahli Parti
Bachok Selatan
Kawasan baru dicipta
pertama  1959–1964     Othman Ismail PAS
ke-2  1964–1969
ke-3  1969–1969 Mohamed Yaacob
Dewan digantung (1969-1971)
ke-3  1971–1974     Mohamed Yaacob PAS
Kawasan dimansuhkan, digantikan dengan Jelawat

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya negeri Kelantan 1969
Parti Calon Undian % ∆%
PMIP Mohamed Yaacob 3,669 49.7
Perikatan Mohamed Zain bin Abdullah 3,584 48.5
Bebas Datin Zainun binti Ismail 135 1.9
Jumlah undian sah 7,388 100.0
Jumlah kertas undi ditolak 390
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 7,778 76.8
Pemilih berdaftar 10,132
Majoriti 85
PMIP kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Kelantan 1964
Parti Calon Undian % ∆%
PMIP Haji Othman bin Haji Ismail 3,760 56.4
Perikatan YMohamed Zain bin Abdullah 2,905 43.6
Jumlah undian sah 6,665 100.0
Jumlah kertas undi ditolak 302
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 6,967 81.1
Pemilih berdaftar 8,518
Majoriti 855
PMIP kekal Peralihan
Sumber
Pilihan raya negeri Kelantan 1959
Parti Calon Undian % ∆%
PMIP Haji Othman bin Haji Ismail 4,498 75.9
Perikatan Ismail bin Haji Ahmad 1,220 20.6
Parti Negara Haji Mokhtar bin Haji Ahmad 40 0.7
Barisan Sosialis Nik Abdul Majid bin Nik Abdul Rahman 105 1.8
Bebas Othman Adam 65 1.1
Jumlah undian sah 5,928 100.0
Jumlah kertas undi ditolak 95
Kertas undi tidak dikembalikan N/A
Keluar mengundi 3,511 95.0
Pemilih berdaftar 7,732
Majoriti N/A

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Neger12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi 12 Negeri Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  2. ^ "Perikatan dan PAS berhadap2an" [Perikatan dan PAS berhadap-hadapan]. Berita Harian. 13 April 1969. m/s. 1. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  3. ^ a b Abdullah Zakaria Ghazali; Adnan Haji Nawang; Lee Kam Hing (1997). Malaysia, tokoh dulu dan kini. Penerbit Universiti Malaya. ISBN 9789831000298. Dicapai pada 15 Jun 2016.
  4. ^ G. W Rothery (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia) (30 April 1959). "Notices – Election Ordinance 1958 (No 33 of 1958) Elections (Conduct of Elections) Regulations, 1959" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 10. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  5. ^ a b "Nama2 Chalun Pilehan Raya Negeri Kelantan" [Nama-Nama Calon Pilihan Raya Negeri Kelantan]. Berita Harian. 24 Jun 1959. m/s. 2. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  6. ^ a b "Keputusan Penoh Pilehan Raya Di-Negeri Kelantan" [Keputusan Penuh Pilehan Raya di Negeri Kelantan]. Berita Harian. 26 Jun 1959. m/s. 2. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  7. ^ Mohammad Agus Yusoff (1994). Politik Kelantan selepas pilihanraya umum 1990. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. m/s. 27. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  8. ^ a b Mohd. Zain bin Saleh (1996). The Kelantan Royal Family [Kerabat Diraja Kelatan] (dalam bahasa Inggeris). Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. m/s. 97, 109–110. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  9. ^ a b "The Battle for The State Assemblies" [Persaingan untuk Dewan Undangan Negeri] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 27 April 1964. m/s. 12. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  10. ^ a b c "Malaysia General Election 1964 | Kelantan State Assembly" [Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 | Dewan Undangan Negeri Kelantan] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2017. Dicapai pada 12 Ogos 2021.

Pautan luar sunting