Rou Zong, Bak chang, bakcang ataupun kuih chang (Hanzi: 肉粽; pinyin: ròuzòng; Pe̍h-ōe-jī: bah-chàng) adalah satu jenis zongzi yang mempunyai tambahan daging haiwan, termasuk ternakan, buruan, ikan, babi dan/atau krustasia.[1][2]

Rou Zong / 肉粽 / Bak chang
Beberapa bungkus kuih bak chang diikat dengan benang
Nama alternatifRou Zong, Zongzi, kuih chang, bakcang, zang, nom asom, Pya Htote , "Joong", "Doong"
JenisKuih beras
Tempat asalChina
Kawasan/rantauLingkungan kebudayaan Asia Timur
Bahan utamaBeras pulut diisi beraneka inti dan dibungkus dengan daun buluh, pandan atau seumpamanya.
Keragaman/variasiLo mai gai
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Zongzi dalam kategori ini terdapat banyak jenis dan nama yang lain. Makanan ini dimasak secara berbalut daun sebelum direbus atau dikukus.[3]

Sejarah sunting

Kuih ini hidangan utama semasa perayaan Duan Wu.[4] Ia mempunyai kaitan dengan kisah lagenda yang diceritakan mengenai seorang menteri daripada Negera Chu bernama Qu Yuan yang membunuh diri di sungai tidak lama selepas diusir buang negera rajanya akibat difitnah; penduduk sekampung yang mendapat tahu kejadian ini dikatakan membaling zongzi untuk menyelamatkan mayatnya daripada dimakan ikan.[5]

Jenis sunting

Kuih bak chang di China Selatan dan Asia Tenggara biasanya dibuat berintikan daging babi, cendawan shiitake, kuning telur masin, saderi, dan halia.[6][7][8]

Ada resipi kuih bakchang yang ditukarkan jenis daging intinya dengan pilihan lebih halal dalam kalangan penganut Islam masyarakat tersebut.[9]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris) "Nyonya Chang" di "HuangKitchen.com"
  2. ^ (Inggeris) "Rice Dumpling" di "ChineseAmericanFamily.com"
  3. ^ Roufs, T.G.; Roufs, K.S. (2014). Sweet Treats around the World: An Encyclopedia of Food and Culture. ABC-CLIO. m/s. 81. ISBN 978-1-61069-221-2. Dicapai pada 5 November 2016.
  4. ^ Tchea, Michelle (12 Jun 2022). "Why do we eat zongzi during Dragon Boat Festival? The history behind the rice dumpling, plus 10 ways it's prepared throughout Asia". South China Morning Post.
  5. ^ Xiao Fan (April 2014). "The Legend Behind Zongzi". Artifacts. University of Missouri (9). Dicapai pada 6 Jun 2022.
  6. ^ "Selamat Hari Bacang, Hari Festival Duan Wu dan Happy Dragon Boat Festival". Bisniswisata. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  7. ^ "Bacang, Kuliner". encyclopedia.jakarta-tourism.go.id. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  8. ^ Rosana, Fransisca (18 Jun 2018). "Apa Beda Bakcang di Cina dan Indonesia?". Tempo. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  9. ^ Yap, Johari (12 Mei 2019). "Sedapnya bak chang halal". Sinar Harian.