Beyond the Boundary

Beyond the Boundary (Jepun: 境界の彼方, Hepburn: Kyōkai no Kanata, Terjemahan: Di Sebalik Batas) merupakan siri novel ringan nukilan Nagomu Torii, dan diilustrasikan Tomoyo Kamoi. Karya tersebut menjuarai pertandingan novel ringan Kyoto Animation pada 2011. Kyoto Animation telah menerbitkan tiga jilid sejak Jun 2012. Sebuah adaptasi siri televisyen anime, diterbitkan oleh Kyoto Animation, ditayangkan di Jepun antara Oktober dan Disember 2013. Sebuah episod video animasi original telah ditayangkan pada Julai 2014. Sebuah projek filem dua bahagian anime ditayangkan pada Mac dan April 2015.

Beyond the Boundary
Fail:Kyōkai no Kanata volume 1 cover.jpg
Kulit buku novel ringan jilid pertama memaparkan Mirai (kiri) dan Akihito (kanan)
境界の彼方
(Kyōkai no Kanata)
GenreAksi, Kuasa ghaib, Fantasi bandar
Novel ringan
PengarangNagomu Torii
IlustrasiTomoyo Kamoi
PenerbitKyoto Animation
Tarikh PengeluaranJun 9, 2012 – kini
Jilid3
Siri televisyen anime
PengarahTaichi Ishidate
PenerbitGou Tanaka
Riri Senami
Shigeru Saitō
Shinichi Nakamura
Skrip/PenulisJukki Hanada
Lagu/MuzikHikaru Nanase
StudioKyoto Animation
Dilesenkan oleh
Hanabee
Animatsu Entertainment
Penyiaran AsalTokyo MX, TVA, ABC, BS11, Animax
Penyiaran bahasa Inggeris
Tarikh tayanganOktober 2, 2013Disember 18, 2013
Episod12 (Senarai episod)
Animasi internet original
Beyond the Boundary Idol Trial!
PengarahTaichi Ishidate
Skrip/PenulisJukki Hanada
StudioKyoto Animation
Dilesenkan oleh
Dikeluarkan padaNovember 18, 2013Julai 2, 2014
Episod5 (Senarai episod)
Video animasi original
Daybreak
PengarahTaichi Ishidate
Skrip/PenulisJukki Hanada
Lagu/MuzikHikaru Nanase
StudioKyoto Animation
Dilesenkan oleh
Dikeluarkan padaJulai 2, 2014
Jangka masa tayangan23 minit
Filem anime
Gekijōban Kyōkai no Kanata I'll Be Here: Kako-hen
PengarahTaichi Ishidate
Skrip/PenulisJukki Hanada
Lagu/MuzikMasumi Ito
StudioKyoto Animation
Dikeluarkan padaMac 14, 2015
Jangka masa tayangan82 minit
Filem anime
Gekijōban Kyōkai no Kanata I'll Be Here: Mirai-hen
PengarahTaichi Ishidate
Skrip/PenulisJukki Hanada
Lagu/MuzikHikaru Nanase
StudioKyoto Animation
Dikeluarkan padaApril 25, 2015
Jangka masa tayangan90 minit
Portal Anime dan Manga

Ringkasan sunting

Pada suatu hari, seorang pelajar sekolah menengah tinggi Akihito Kanbara menyelamatkan rakan sedarjahnya, Mirai Kuriyama secara naluri untuk mengelakkannya membunuh diri. Setelah merayukannya, Mirai secara tiba-tibanya menusuk Akihito dengan sebilah pedang hasil darahnya dan agak terkejut untuk mengetahui bahawa Akihito ialah seorang "youmu-separa"—anak kepada makhluk ghaib, dikenali sebagai youmu, dan seorang manusia. Setelah mengetahui bahawa Mirai ialah seorang Pahlawan Dunia Arwah (Jepun: 異界士, Hepburn: Ikaishi) (Bahasa Inggeris: Spirit World Warriors)—pakar yang melindungi manusia daripada diganggu youmu—dan ahli klan memburu arwahnya yang terakhir dan masih hidup, hidup mereka berkait sesama sendiri sedang Akihito membantu Mirai meraih keyakinan untuk membunuh youmu supaya dia dapat berhenti mencuba untuk membunuhnya sebagai praktik.

Dalam Beyond the Boundary, youmu (Jepun: 妖夢, Hepburn: yōmu, mimpi syaitan) merupakan makhluk ghaib yang wujud sepanjang jalan cerita dan hanya boleh dinampakkan oleh orang yang memiliki kuasa ghaib. Mereka dikatakan sebagai kewujudan luaran permusuhan manusia seperti emosi buruk yang termasuk kebencian, cemburu dan niat jahat dan oleh itu selagi manusia wujud, selagi itulah youmu wujud. Mereka boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa dengan sesetengah daripada mereka memiliki wajah manusia. Terdapat juga kes yang jarang berlaku apabila seorang youmu dan seorang manusia berteman dan melahirkan anak yang dikenali Youmu-separa (Jepun: 半妖, Hepburn: Han-Yō, "syaitan separa"). Kebanyakan youmu adalah jinak dan wujud bersama manusia yang tidak menyedari kewujudan mereka. Bagaimanapun, ada masanya kelakuan youmu mengganggu keseimbangan, dan Pahlawan Dunia Arwah telah dihantar untuk membunuh mereka. Setelah mati, seekor youmu menghasilkan sebuah Batu Youmu (Jepun: 妖夢石, Hepburn: Yōmu Ishi, Youmu Stone) yang boleh dinilai dan diperdagangkan, dan menawarkan sumber keuntungan untuk Pahlawan Dunia Arwah.

Senarai Watak sunting

Watak Utama sunting

Akihito Kanbara (Jepun: 神原 秋人, Hepburn: Kanbara Akihito)
Disuarakan oleh: Kenn, Mei Tanaka (muda) (Bahasa Jepun), Clint Bickham[1][2] (Bahasa Inggeris)
Akihito merupakan seorang pelajar sekolah menengah tingkatan lima yang berambut pendek dan berwarna keemasan yang merupakan seorang youmu separa yang hidup abadi, anak seekor youmu dan seorang manusia. Dia mempunyai kekuatan untuk memulihkan sebarang lukanya dengan cepat walhal masih mengalami kesakitannya. Disebabkan hal inilah Mirai menggunakannya sebagai latihan untuk membantunya mengharungi ketakutan untuk membunuh youmu. Dia merupakan ahli kelab literasi. Dia mempunyai daya tarikan terhadap gadis berkaca mata dan menunjukkan pujian yang spontan terhadap Mirai serta sering diusik oleh Mitsuki. Jika badan manusia Akihito mendapati dirinya dalam keadaan yang sangat lemah, youmu separanya yang tidak aktif akan muncul, menukarkan badannya menjadi sebuah wajah yang liar dan mengerikan dan seterusnya akan mengamuk. Youmu separa Akihito sangat kuat, membolehkannya untuk mengatasi sangkar ghaib dan halangan yang cuba mengandunginya selain mempunyai kuasa musnah yang mencukupi untuk memusnahkan apa sahaja landskap yang mengelilinginya. Berikutan transformasi youmu, Akihito terjunam dalam keadaan kemurungan kerana hampir membunuh Hiroomi dalam amukan masa dahulu. Youmu separa Akihito memiliki kuasa musnah yang terbesar dalam kalangan semua youmu dan selalu dirujuk kepada "Beyond the Boundary" (Di Sebalik Batas).
Mirai Kuriyama (Jepun: 栗山 未来, Hepburn: Kuriyama Mirai)
Disuarakan oleh: Risa Taneda (Bahasa Jepun), Krystal LaPorte[3][1] (Bahasa Inggeris)
Mirai merupakan seorang pelajar sekolah menengah tinggi tahun pertama berambut pendek dan berwarna merah jambu keemasan yang bergaya bob serta memakai cermin mata yang bertepian merah, menyebabkan Akihito memanggilnya seorang 'gadis cantik yang bercermin mata' sehingga membuatnya berasa kecewa. Dia memiliki kebolehan untuk mengawal darah, yang sangat unik walaupun dalam skop Dunia Arwah. Penggunaan kebolehannya yang terlalu lebih menyebabkannya mengalami anemia yang teruk dan pada masa yang sama menyebabkannya berasa diasingkan dan kelihatan cuba membunuh diri dengan melompat dari atas bumbung sekolah menengah tinggi sehingga diselamatkan oleh Akihito. Dia dipanggil untuk membunuh Akihito tetapi telah jatuh cinta dengannya. Dia selalu diejek kerana seringkali memaparkan kemalangan hidupnya dalam blog dan akaun Twitternya. Dia selalu mengungkapkan perkataan "Menyusahkan" (Jepun: 「不愉快です」, Hepburn: "Fuyukai desu") untuk menyifatkan kebanyakan keadaan, terutamanya kenyataan Akihito.
Mitsuki Nase (Jepun: 名瀬 美月, Hepburn: Nase Mitsuki)
Disuarakan oleh: Minori Chihara (Bahasa Jepun), Monica Rial[4][1] (Bahasa Inggeris)
Hiroomi Nase (Jepun: 名瀬 博臣, Hepburn: Nase Hiroomi)
Disuarakan oleh: Tatsuhisa Suzuki, Ayane Sakura (muda) (Bahasa Jepun), Adam Gibbs[5][1] (Bahasa Inggeris)

Pahlawan Dunia Arwah sunting

Shizuku Ninomiya (Jepun: 二ノ宮 雫, Hepburn: Ninomiya Shizuku)
Disuarakan oleh: Akeno Watanabe (Bahasa Jepun), Amelia Fischer[1] (Bahasa Inggeris)
Yayoi Kanbara (Jepun: 神原 弥生, Hepburn: Kanbara Yayoi)
Disuarakan oleh: Hiromi Konno (Bahasa Jepun), Luci Christian[1] (Bahasa Inggeris)
Izumi Nase (Jepun: 名瀬 泉, Hepburn: Nase Izumi)
Disuarakan oleh: Ayako Kawasumi (Bahasa Jepun), Carli Mosier[1] (Bahasa Inggeris)
Maya Minegishi (Jepun: 峰岸 舞耶, Hepburn: Minegishi Maya)
Yu Mashiro (Jepun: 真城 優斗, Hepburn: Mashiro Yu)

Bahagian Pemerhatian sunting

Miroku Fujima (Jepun: 藤真 弥勒, Hepburn: Fujima Miroku)
Disuarakan oleh: Masaya Matsukaze (Bahasa Jepun), Houston Hayes[1] (Bahasa Inggeris)
Ukyo Kusunoki (Jepun: 楠木 右京, Hepburn: Kusunoki Ukyo)
Kikyō Nagamizu (Jepun: 永水 桔梗, Hepburn: Nagamizu Kikyō)

Watak Lain sunting

Ayaka Shindō (Jepun: 新堂 彩華, Hepburn: Shindō Ayaka)
Disuarakan oleh: Naomi Shindō (Bahasa Jepun), Molly Searcy[1] (Bahasa Inggeris)
Ai Shindō (Jepun: 新堂 愛, Hepburn: Shindō Ai)
Disuarakan oleh: Yuri Yamaoka (Bahasa Jepun), Brittney Karbowski[1] (Bahasa Inggeris)
Yui Inami (Jepun: 伊波 唯, Hepburn: Inami Yui)
Disuarakan oleh: Sayuri Yahagi (Bahasa Jepun), Sara Ornelas[1] (Bahasa Inggeris)
Sakura Inami (Jepun: 伊波 桜, Hepburn: Inami Sakura)
Disuarakan oleh: Moe Toyota (Bahasa Jepun), Caitlynn French[1] (Bahasa Inggeris)
Iori Ichinomiya (Jepun: 一ノ宮 庵, Hepburn: Ichinomiya Iori)
Kana Shinozaki (Jepun: 篠崎 夏菜, Hepburn: Shinozaki Kana)

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l "Beyond the Boundary Anime's Full English Dub Cast Revealed". Anime News Network. September 16, 2015. Dicapai pada September 16, 2015.
  2. ^ "Beyond the Boundary's English Dub Casts Clint Bickham as Akihito Kanbara". Anime News Network. August 31, 2015. Dicapai pada August 31, 2015.
  3. ^ "Beyond the Boundary's English Dub Casts Krystal LaPorte as Mirai Kuriyama". Anime News Network. September 8, 2015. Dicapai pada September 8, 2015.
  4. ^ "Monica Rial Cast as Mitsuki Nase in Beyond the Boundary English Dub". Anime News Network. August 19, 2015. Dicapai pada August 26, 2015.
  5. ^ "Beyond the Boundary's English Dub Casts Adam Gibbs as Hiroomi Nase". Anime News Network. August 25, 2015. Dicapai pada August 26, 2015.

Pautan luar sunting

Templat:Kyoto Animation