Biya
Biya,[1][2] bia[3] (Jawi: بيا atau بي, bahasa Inggeris: cowry atau cowrie[2] - juga diserap sebagai kowri[4]) atau gerus (Jawi: ݢروس)[5] adalah cengkerang didapati daripada siput laut dan moluska gastropod famili Cypraeidae di kawasan Lautan Hindi. Ia pernah digunakan sebagai suatu mata wang di Kepulauan Maldives, Sri Lanka, sepanjang pantai Malabar India, Borneo dan pulau-pulau Nusantara lain, dan di berbagai bahagian pantai Afrika dari Ras Hafun hingga Mozambique; mata wang ini penting dalam jaringan perdagangan Afrika, Asia Selatan, dan Asia Timur pada suatu ketika dahulu.
Kelaziman sebagai mata wang
suntingBermula lebih tiga ribu tahun yang lalu, cangkang cowrie, atau salinan cengkerang, digunakan sebagai mata wang China. Kebiasaan ini turut diabadikan dalam bahasa penulisan zaman itu di mana aksara mewakili "wang" (貝 atau 贝, bèi) berasal dari peringkasan gambar kulit biya;[6] perkataan ini turut dijadikan radikal aksara menunjukkan maksud tersirat banyak perkataan berkaitan wang yang sedia ada seperti 財/财 cái "harta", 貢/贡 gòng "ufti", 貨/货 huò "barangan", 費/费 fèi "harga" dan 買 mǎi "jual".
Kulit siput ini pernah digunakan dalam Kesultanan Kedah sebagai unit pecahan kecil mata wang dagang dari kurun ke-8 sehingga kurun ke-15.[7]
Cangkerang biya Monetaria moneta terutamanya digunakan sebagai mata wang selama berabad-abad di benua Afrika. Ia mula diketahui negara-negara Barat melalui urusan perdagangan hamba dengan kaum setempat yang memberikan berguni-guni kulit biya dalam bentuk upahan. [8] Mata wang cedi (disebut /si.di/) turut mendapat nama daripada panggilan setempat wang jenis ini.
Kegunaan lain
suntingSebagai hiasan
suntingKaum wanita masyarakat Mende di Sierra Leone menganggap biya sebagai simbol kewanitaan, kesuburan, kelahiran dan kekayaan,[9] lagi-lagi dengan bahagian bawahnya yang dilihat berupa bentuk garisan faraj atau mata.[10]
Cangkerang spesis Cypraea aurantium dipakai ketua-ketua suku warga kepulauan Fiji secara berkalung iuntuk menunjukkan pangkat mereka.[11] Kaum wanita Tuvalu turut menggunakan cengkerang ini dan spesies seumpamanya dalam kraftangan tradisional.[12]
Penghasilan kain fabrik dalam masyarakat Melayu ada juga melibatkan penggosokan kulit cengkerang ini pada kain siap diwarnakan mengemaskan kain tersebut menjadi "kain bergerus"[13] dari perkataan gerus bermaksud "menggosok licin",[14] maka hal ini memberi nama lain kepada siput ini iaitu "siput gerus".
Bahan permainan
suntingIa ada digunakan sebagai bahan pengira seumpama dadu dalam permainan berpapan seperti pachisi: enam biji kulit akan dibaling di mana garis cengkerang yang terlihat dikira sebagai satu nilai langkah yang perlu digerakkan pemain digilirkan.
Dalam kepercayaan setempat
suntingMasyarakat peribumi Ojibwe di kawasan merangkumi Tasik-Tasik Besar Amerika Utara menggunakan cangkerang ini dalam upacara pertabiban Midewiwin dilakukan mereka.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Yang, Bin (2019). Cowrie Shells and Cowrie Money: A Global History. New York: Routledge. m/s. 285. ISBN 978-113-859-3213.
- ^ a b Wilkinson, Richard James (1901). "biya". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 136. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ Hoogervorst, Tom (2012). "Southeast Asia in the ancient Indian Ocean World". University of Oxford. Unknown parameter
|degree=
ignored (bantuan); Cite journal requires|journal=
(bantuan) - ^ "cowry". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ Rujuk:
- "gerus". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
- "gerus". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia.
- ^ 貝 - zhongwen.com
- ^ Warisan Mata Wang Kedah dan Perlis. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia. 1989. m/s. 22.
- ^ Jan Hogendorn & Marion Johnson (1986). The Shell Money of the Slave Trade. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 9780521541107. Dicapai pada 29 April 2015.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- ^ Radiance from the Waters: Ideals of Feminine Beauty in Mende Art by Sylvia Ardyn Boone. Yale University Press, 1986.
- ^ Hildburgh, W. L. (1942). "Cowrie Shells as Amulets in Europe". Folklore.
- ^ Cowries as a badge of rank in Fiji. (archived)
- ^ Tiraa-Passfield, Anna (September 1996). "The uses of shells in traditional Tuvaluan handicrafts" (PDF). SPC Traditional Marine Resource Management and Knowledge Information Bulletin #7. Dicapai pada 8 February 2014.
- ^ Maznah Mohamad (1996). The Malay Handloom Weavers: A Study of the Rise and Decline of Traditional Manufacture. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 150.
- ^ Wilkinson, Richard James (1901). "gerus". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 564. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
Bacaan lanjut
sunting- Lorenz, Felix; Hubert, Alex (1999). A Guide to Worldwide Cowries. Conchbooks.
Pautan luar
sunting- Cowrie Genomic Database Project
- Genus Cypraea - Animal Diversity Web
- cowry.org – studying Hawaii's cowries