Boeing X-32 adalah sebuah pesawat pejuang pelbagai fungsi yang mengambil bahagian dalam pertandingan Joint Strike Fighter. Ia telah dikalahkan oleh pesawat Lockheed Martin X-35 yang mana kemudian dibangunkan menjadi F-35 Lightning II.

Boeing X-32 JSF
Pesawat Boeing X-32B yang dipamekan di Patuxent River Naval Air Museum.
Peranan Pesawat pejuang eksperimen
Pengeluar Boeing
Penerbangan sulung September 2000
Pengguna utama Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA)

Pembangunan

sunting

Sejarah

sunting

Pada 1993, the Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) telah melancarkan projek Pesawat Pejuang Ringan Mampu-Milik Bersama. Projek ini bertujuan untuk membangunkan rekabentuk yang meiliki ciri-ciri halimunan bagi mengantikan kesemua pesawat penyerang dan pejuang ringan di bawah Jabatan Pertahanan A.S, termasuk F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet, dan pesawat STOVL AV-8B Harrier II.[1] Pada masa yang sama, projek Teknologi Serangan Termaju Bersama juga telah bermulan.[2] Pada 1994, Kongres A.S telah mengarahkan kedua-dua projek ini digabungkan ke dalam Program Joint Strike Fighter.

Banyak syarikat telah mengambil bahagian dalam Fasa 1 projek ini, yang mana melibatkan rekabentuk asas pesawat untuk dihantar kepada Jabatan Pertahanan A.S. Walau bagaimanapun pada 16 November 1996, hanya syarikat Boeing dan Lockheed Martin yang telah dianugerahkan kontrak, dan yang mana setiap syarikat dibenarkan membina dua buah pesawat konsep. Di dalam kontrak ini, pesawat yang akan dibina mesti mendemonstrasikan Pelepasan dan Pendaratan Konvensional (CTOL), pelepasan dan pendaratan di atas kapal pengangkut (versi CV), dan pelepasan landasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL). Syarikat-syarikat ini juga dijangka akan memasukan demonstrasi di darat ke atas sistem-sistem yang akan digunakan oleh pesawat, sebagai contoh Konsep Sistem Senjata Diingini.

Satu kelainan yang ketara berbanding projek-projek terdahulu adalah larangan terhadap Boeing dan Lockheed Martin menggunakan dana mereka sendiri untuk membiayai pembangunan projek. Setiap syarikat telah dianugerahkan sebanyak AS$ 750 juta bagi membina dua buah pesawat – ia termasuk sistem avionik, perisian dan pekakasan. Kekangan ini mempromosikan pengenalan teknik-teknik pemasangan dan pembuatan berkos rendah, dan juga mengelakkan syarikat Boeing atau Lockheed Martin daripada memufliskan mereka dalam usaha untuk memenangi pertandingan yang sengit ini.

Spesifikasi

sunting

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 50.77 kaki (15.47 m)
  • Rentang sayap: 36 kaki (10.97 m)
  • Tinggi: (5.28 m)
  • Sayap luas: 590 kaki² (54.8 m²)
  • Berat berlepas maksimum: 38,000 lb (17,200 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney F135 turbofan lepas-bakar
    • Tujahan kering: ~26,000 lbf (117 kN)
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 35,000+ lbf (155.7+ kN)

Prestasi

  • Jarak profil misi untuk Tentera Udara Amerika Syarikat: 850 batu nautika (1,575 km)
  • Jarak profil misi untuk Tentera Laut Amerika Syarikat: 750 batu nautika (1,390 km)
  • Jarak profil misi untuk Kor Marin Amerika Syarikat/Tentera Laut Diraja British: 594 batu nautika (1,100 km)

    Persenjataan

  • 20 mm meriam M61A2, atau 27 mm meriam Mauser BK-27
  • Dalaman: 6x AIM-120 AMRAAM atau 2x AIM-120 AMRAAM dan 2x 2,000 lb (900 kg) bom panduan
  • Luar: Anggaran. 15,000 lb (6,800 kg) pelbagai jenis persenjataan di ruang simpanan luar termasuk senjata panduan, peluru berpandu anti radar, peluru berpandu udara ke permukaan dan tangki bahan api simpanan.

    Lihat juga

    sunting

    Pesawat setanding

    Senarai berkaitan

    Rujukan

    sunting

    Pautan luar

    sunting