Bukhari Che Muda (1957–10 November 2013) merupakan eksekutif media Malaysia yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi TV9 dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah.[2]

Bukhari Che Muda
Kelahiran1957
Meninggal dunia10 November 2013 (umur 56)
PekerjaanEksekutif media
Pangkat
PasanganSuriyati Daud
Anak-anak4

Pendidikan sunting

Beliau menamatkan pengajian ijazah dalam bidang penyiaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dan memperoleh Executive MBA dari Beme University of Applied Sciences, Switzerland dan Cambridge International Diploma in Management.[2]

Kerjaya sunting

Bukhari memulakan kerjayanya sebagai wartawan di Berita Harian pada 1982, kemudian menyertai TV3 pada 1984 dengan tanggungjawab menubuhkan operasi Bilik Berita. Apabila Media Prima Berhad melancarkan TV9 pada 2006, beliau ditugaskan mengetuai stesen baharu itu untuk memperkenalkan kepada masyarakat penjenamaan dan kandungan TV yang disasarkan kepada penonton Melayu pelbagai lapisan umur.[2]

Bukhari juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi TV9 sebelum memegang jawatan sebagai Anggota Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah.[2]

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia akibat penyakit barah pada 10 November 2013 pada usia 56 tahun.[3][4] Beliau meninggalkan isteri Datin Suriati Daud dan empat anak. Jenazah dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk solat jenazah pada 12 tengah hari dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. [2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Bukhari dilantik CEO Alhijrah". Berita Harian. 9 Disember 2009. Dicapai pada 29 Mac 2014.
  2. ^ a b c d e "CEO TV Alhijrah Bukhari Che Muda Meninggal Dunia". mStar Online. 11 November 2013. Dicapai pada 29 Mac 2014.
  3. ^ "CEO TV Alhijrah Bukhari Che Muda Meninggal Dunia". The Borneo Post. 11 November 2013. Dicapai pada 29 Mac 2014.
  4. ^ Haider Yutim (10 November 2013). "TV Alhijrah's CEO Bukhari Che Muda dies of cancer". Astro Awani. Dicapai pada 29 Mac 2014.
Didahului oleh
Jawatan baru
Ketua Pegawai Eksekutif
TV AlHijrah

2010 – 2013
Diikuti oleh:
Che Wan Alias Che Wan Abdullah