Syaifuddin "Buzen" Mohamed Hashim merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Taman Keramat, Kuala Lumpur. Beliau telah menempa sejarah sebagai calon termuda bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11. Bakat beliau menyinar menerusi drama Sembilu (2003) arahan Dato' Yusof Haslam dan sebagai Abang Mat menerusi drama Geng Bas Sekolah (2013). Beliau ialah anak kepada pelakon veteran, Hashim Abdul Rahman.

Buzen Hashim
Kelahiran
Syaifuddin bin Mohamed Hashim

(1981-07-03) 3 Julai 1981 (umur 42)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1986–kini
Anak-anak2
IbuHazimah Haroon
BapaHashim Abdul Rahman

Kerjaya sunting

Buzen memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak sejak 1986 menerusi drama Pekak Sekampung arahan Raja Ismail. Beliau mula melonjak naik selepas membintangi Filem Adik arahan Aziz Sattar.

Bakat beliau diasah oleh penerbit dan pengarah tersohor Yusof Haslam dalam filem Sembilu 2005 (2005), seterusnya memegang watak sebagai Zul dalam filem Evolusi KL Drift dan kesinambungannya arahan Syamsul Yusof. Selepas itu beliau sering mendapat perhatian ramai dan membintangi beberapa filem serta drama. Buzen muncul sebagai pemandu bas sekolah dalam drama bersiri Geng Bas Sekolah sekaligus memberi impak yang besar dalam kerjayanya.

Kehidupan peribadi sunting

Buzen dibesarkan di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Beliau ialah anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Mohd Hashim Abd Rahman dan Hazimah Haroon. Adik-beradiknya ialah Syaiful Annuar dan Syaizreen yang turut berkecimpung dalam bidang lakonan.[1]

Beliau berkahwin dengan Dayang Sally Abang Satria pada Mei 2012 dan dikurniakan dua anak.[2] Pasangan ini memfailkan perceraian pada Februari 2017.[3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak
1990 Adik
1994 Jeritan Batinku
2005 Sembilu 2005 Buzen
2008 Evolusi KL Drift Zul
2010 Evolusi KL Drift 2 Zul
2013 Pecah Don / Kahar
KL Zombi Din

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1986 Pekak Sekampung TV1
1995 Bunga Raya
1997–2004 Kisah Benar Pelbagai watak TV3
2003-2005 Sembilu Shahrul TV2
2005-2007 Sembilu Kasih TV3
2007–2008 Pasrah The Series Zamri
2008 Geng Bas Sekolah Abang Mat Astro Ceria
2009 1975: Serangan Tentera Merah Astro Prima
Ku Milikmu TV3
Cinta Dalam Sebiji Durian[4] Salim TV1
2011 Agensi Abadi[5] Shamsul
2018 Kelas 3 Cempaka Cikgu Roslan TV1

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1992 Perkahwinan TV3
1994 Habil Habil
2018 3 Hati Ibu TV1

Rujukan sunting

  1. ^ Elrafaei Sapi (3 Februari 2009). "Tiga anak warisi bakat". Harian Metro. Dicapai pada 30 September 2009.
  2. ^ "Buzen kahwin Dayang Sally". Berita Harian. 24 Mei 2014. Dicapai pada 30 September 2014.
  3. ^ Nurfarhana Mohammad (26 Mei 2017). "Buzen sah bercerai". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-21. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  4. ^ Budiey (25 Oktober 2009). "Buzen Hashim, Hanny Harmi dalam Cinta Dalam Sebiji Durian". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Oktober 2010.
  5. ^ Budiey (30 April 2011). "Drama Agensi Abadi di Hari Pekerja". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Oktober 2011.

Pautan luar sunting