Hashim Abdul Rahman

Mohamed Hashim Abdul Rahman (20 Mei 1948 – 10 Mei 2023) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membintangi lebih 10 filem dan lebih 100 drama televisyen. Beliau ialah bapa kepada pelakon, Buzen Hashim.[1]

Hashim Abdul Rahman
Kelahiran
Mohamed Hashim bin Abdul Rahman

(1948-05-20)20 Mei 1948
Meninggal dunia10 Mei 2023(2023-05-10) (umur 74)
Sebab kematianKomplikasi pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan kegagalan buah pinggang
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1968–2023
PasanganHazimah Haroon (k. 1973–2023)
Anak-anak3 (termasuk Buzen Hashim)

Kerjaya sunting

Kerjaya Mohd Hashim sebagai pelakon bermula pada pertengahan 1980-an apabila beliau bekerja di syarikat Solid Gold Publishers Sdn Bhd. Filem Sayang Ibu arahan bersama Omar Rojik dan NT Wong lakonan Noraniza Idris dan Tamam Idris yang ditayangkan pada 1989 menjadi titik-tolak bagi kerjaya lakonannya.[1]

Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau juga ialah bekas pemain bola sepak dan pernah aktif bermain bola sepak untuk pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1979 dan kemudian aktif menjadi Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia selama sembilan tahun, dari 1991 sehingga 2000.[1][2]

Kehidupan peribadi sunting

Hashim berkahwin dengan Hazimah Haroon pada 1973 dan dikurniakan 3 anak, yang mana kesemuanya termasuk anak keduanya, Syaifuddin (Buzen) turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.[1][2]

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan kegagalan buah pinggang pada 10 Mei 2023,[3][4] tepat 10 hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-75. Jenazah beliau dibawa ke Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk dikafan dan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas solat Asar.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan
1989 Sayang Ibu
Ragam Pemandu
1994 Simfoni Duniaku
1995 Sembilu
Kad Cinta Dato' Malik

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2005–2007 Sembilu Kasih Hashim (Bapa Fendi) TV9
2009–2011 Si Capik Karim (Bapa Mira) TV2

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 25 Tahun 5 Minit TV3

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Elrafaei Sapi (3 Februari 2009). "Tiga anak warisi bakat". Harian Metro. Dicapai pada 30 September 2009.
  2. ^ a b Adam Salleh (31 Ogos 1997). "Keluarga seni Mohd Hashim". Metro Ahad. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  3. ^ Zaara Talita (10 Mei 2023). "Pelakon Hashim Abdul Rahman meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mei 2023.
  4. ^ "Pelakon veteran Hashim Abdul Rahman meninggal dunia". Sinar Plus. Sinar Harian. 10 Mei 2023. Dicapai pada 14 Mei 2023.
  5. ^ Farihad Shalla Mahmud (10 Mei 2023). "Pelakon veteran Hashim Abdul Rahman meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2023.