Augustus
Augustus Caesar[1] 23 September 63 SM – 19 Ogos 14 SM) dikenali sebagai Gaius Julius Caesar Octavianus (bahasa Inggeris: Octavian) untuk jangka hayatnya sebelum 27 SM merupakan maharaja pertama dan antara yang terpenting dalam sejarah Empayar Rom dan seluruh tamadunnya.
Walaupun beliau telah mengekalkan bentuk luaran Republik Rom, beliau memerintah sebagai autokrat selama lebih 40 tahun dan tempoh pemerintahannya merupakan garis pembahagian antara Republik dan Empayar Rom. Pemerintahannya menamatkan keadaan gawat republik yang sering dialami perang saudara lebih satu abad sampai membawa empayar Rum ke arah zaman yang aman makmur dan hebat (Pax Romana). Walau Augustus belum bisa ditandingkan dengan kebesaran Julius Caesar namun namanya sering disandingkan dengan Aleksander Agung, Mao Tse Tung, dan George Washington. Gelaran augustus yang diberikannya kepadanya menjadi turunan berterusan de facto kepada semua penguasa empayar Rum sepanjang keberadaan kuasa besar tersebut.[2][3]
Kelahiran
suntingBeliau telah dilahirkan di Rom (atau Velletri) pada 23 September 63 SM dengan nama Gaius Octavius. Bapanya juga bernama Gaius Octavius dan berketurunan keluarga terhormat darjah kebesaran equestrian akan tetapi tidak terkenal dan merupakan gabenor Macedonia. Tidak lama selepas kelahiran Octavius, bapanya telah memberikannya gelaran Thurinus, yang berkemungkinan bersempena kemenangannya di Thurii menghadapi penentangan hamba-hamba. Ibunya, Atia merupakan anak saudara kepada Julius Caesar yang kemudian menjadi jeneral Rom yang paling berjaya dan menjadi diktator. Dia menghabiskan tahun-tahun awalnya di rumah datuknya berhampiran Veletrae (nama moden Velletri). Pada 58 SM, semasa beliau berusia empat tahun, bapanya telah meninggal dunia. Bapa tirinya, Lucius Marcius Philippus kemudian telah menjaganya.
Pada 51 SM sewaktu beliau berusia sebelas tahun, Octavius telah berucap di pengebumian neneknya Julia, kakak kepada Julius Caesar. Caesar meminta Octavius mengikuti rombongannya dalam sebuah kempen di Afrika, akan tetapi dibantah Atia, yang mengatakan bahawa dia terlampau muda. Atia akhirnya memberikan kebenarannya pada tahun berikutnya iaitu 46 SM untuk menemani Caesar di Hispania, akan tetapi Octavius sendiri telah jatuh sakit dan tidak dapat mengembara. Setelah pulih, dia berlayar ke kawasan pertembungan, tetapi kapalnya karam. Beliau bersama beberapa orang sahabat berjaya menyelamatkan diri ke persisiran pantai dan merentasi kawasan musuh ke kem ketenteraan Caesar, dan keberaniannya ini membuatkan datuk saudaranya itu kagum. Caesar dan Octavius telah pulang dalam pedati yang sama, dan Caesar telah secara rahsia menukar kandungan wasiatnya.
Kenaikan pangkat
suntingApabila Caesar terbunuh dalam suatu peristiwa mengerikan pada 15 Martius 44 SM, Octavius sedang menuntut di Apollonia, Illyria. Apabila wasiat Caesar dibacakan, ia mendedahkan bahawa Caesar telah mengangkat cucu saudaranya Octavius sebagai anak dan pewaris utamanya memandangkan Caesar sendiri tidak mempunyai anak yang sah. Melalui pengangkatannya, Octavius telah mendapat nama Gaius Julius Caesar. Tradisi Rom menyatakan bahawa beliau mesti menggunakan gelaran Octavianus (Octavian) untuk mewakili keluarga biologinya; tetapi tiada bukti beliau telah menggunakan nama ini. Marcus Antonius kemudiannya mendakwa bahawa Octavius telah mendapat angkatan itu melalui pemberian hubungan seksual, walaupun Suetonius mengatakan bahawa dakwaan Antony itu satu fitnah politik.[4]
Banyak bangsawan dan tokoh politik yang mengincar kedudukan Kaisar Romawi, termasuk pula Octavian. Mereka semua terlibat dalam pertempuran sengit untuk merebut tahta Kaisar. Octavianus akhirnya bersekutu dengan Marcus Antonius yang merupakan sahabat Julius Caesar dan memiliki pengaruh besar pada pasukan Julius Caesar.
Kecerdikan Octavianus membuahkan hasil. Bersama Marcus Antonius, Octavianus berhasil merebut kekuasaan Romawi dan memenagkan pergulatan politik dan akhirnya Octavianus menjadi Empayar Rum. Daerah taklukannya pun kemudian dibagi dua, Marcus Antonius di bahagian timur dan Octavianus di bahagian barat.
Dalam perjalanannya, Octavianus dan Marcus Antonius sering berselisih faham gara-gara perempuan. Ini kerana Antonius lebih mengutamakan hubungan bersama kekasihnya Cleopatra berbanding mengurus wilayah kepemimpinannya sedangkan Octavianus sangatlah fokus terhadap wilayah kekuasaannya dan tidak suka terhadap sikap Marcus Antonius yang tidak terlalu mengurusi negara. Semakin lama perbedaan prinsip di antara mereka berdua semkin meruncing sehingga meletuslah peperangan di antara mereka. Tentulah bisa ditebak siapa yang menjadi pemenangnya. Ya tentulah Octavian. Sedangkan Marcus Antonius dan Cleopatra akhirnya bunuh diri.
Setelah kematian Marcus Antonius, mutlaklah Octavianus menjadi penguasa tunggal Romawi mengulang kesuksesan Julius Caesar. Octavianus pun menerima gelaranAugustus pada umur 30 tahun dan namanya lebih sering disebut sebagai Augustus Caesar.
Octavianus merekrut kuasa kecil di Apollonia. Kemudian, beliau menyeberang ke Itali, menguatkan tentera peribadinya dengan askar legion veteran Caesar, dan mendapatkan sokongan dengan menekankan statusnya sebagai pewaris Caesar. Dengan lantaran baru berusia lapan belas tahun, dia sentiasa dipandang rendah oleh musuhnya yang inginkan kuasa.
Pemerintahan
suntingPara tetua Senat mengurniakan Octavianus gelaran augustus (dalam bahasa Latin bermaksud "berhormat"[5]) pada 16 Januari 27 SM[6][11] yang kini telah memberikan seakan kedudukan suci kepadanya;[12] pemberian ini turut mengesahkan beliau sebagai Tua Penghulu (princeps senatus) yang kini memperuntukkan wewenang istimewa kepadanya.[13] Pada ketika ini para sejarawan menandakan titik mula pemerintahannya setaraf maharaja[a] yang diakui Octavianus sendiri pada masa sama.[19][b]
Sebenarnya gelaranAugustus sendiri diberikan oleh senat Romawi yang artinya Raja. Octavianus sendiri tak terlalu menganggap istimewa gelarantersebut dan tak pernah merasa sebagai Raja. Sebelum memimpin Romawi, Octavianus terkenal beringas dan tegas namun saat ia sudah dipuncak kepemimpinan sifatnya berubah bijak dan lembut. Hal ini menarik simpati rakyat dan senat Romawi.
Pada 27 SM, Octavianus mengumumkan akan mengubah sistem pemerintahan kerajaan menjadi Republik. Reputasi Octavianus pun naik tajam apalagi ia bersedia mundur dari berbagai jabatan yang dipegangnya. Namun kenyataannya ia tetap berkuasa atas Spanyol, Suriah dan Gaul yang merupakan basis militer terkuat Romawi. Secara teori, Romawi telah berubah menjadi Republik dan Octavianus menjadi warga biasa namun kenyataannya rakyat dan senat Romawi sangat percaya pada Octavianus dan memberikan jabatan apa saja yang diinginkan Octavianus karena Octavianus telah berhasil merebut hati mereka. Octavianus atau Augustus sendiri secara tak kentara tetaplah seorang kaisar dan diktator efektif dalam makna yang sebenarnya.
Octavianus sangatlah piawai dalam memimpin Romawi. Beliau betul-betul sang negarawan sejati di mana ia bisa menekan pemberontakan dan menutup celah-celah yang berpotensi menjadi perpecahan untuk perang saudara. Wibawa dan kharismanya begitu tinggi. Beliau menjadi panutan bagi pemimpin Romawi sesudahnya. Dibawah kepemimpinannya juga Romawi berhasil memperluas wilayahnya hingga Spanyol, Swiss, Galatia – Asia Kecil.
Selain tentang wilayah penaklukan, Augustus juga piawai mengurus pemerintahan dan urusan sipil. Beliau merombak sistem keuangan dan perpajakan negara itu. Memperkuat Angkatan bersenjata terutama Angkatan laut. Beliau juga menjadi yang pertama dalam menetapkan protokoler kerajaan serta menetapkan dasar-dasar dalam memilih pemimpin Romawi sesudahnya dan menjadi acuan dalam menunjuk pemimpin.
Augustus juga berhasil mengembangkan sarana dan prasarana publik seperti membangun jaringan jalan raya yang luas di segenap daerah kekuasaannya, membangun perumahan rakyat yang indah dan megah, membangun kuil-kuil dan mendorong Romawi menjadi negara yang taat beragama. Serat menetapkan cara mendidik dan mengasuh anak.
Dibawah kepemimpinannya, keadaan Romawi teramat tenteram dan sumber alamnya berkelimpahan. Rakyatnya makmur, negara aman dan tenteram. Seni, budaya dan seni bina berkembang pesat. Kesussastraan dan ilmu pengetahuan mengalami masa keemasan. Banyak penyair berbakat serta budayawan hebat yang hidup pada masa ini. Seperti Virgil, Horacc dan Livy, sedangkan Ovid walau ia termasuk budayawan termashur, tetapi karena sering mengecam Augustus akhirnya ia diusir dari Romawi. Octavianus atau Augustus tak memiliki penerus laki-laki. Beliau kemudian mengambil anak angkat, Tiberius danmenetapkan menjadi penggantinya kelak sepeninggalnya. Namun Tiberius dan kaisar-kaisar sesudahnya tak sepandai Augustus sehingga mengalami kemerosotan. Namun ketentraman dan keamanan yang telah diletakkan dasar-dasarnya oleh Augustus dalam Pax Romana tetap bertahan hingga 200 tahun sesudahnya.
Kemangkatan
suntingAugustus Caesar meninggal dunia pada 14 SM selepas memerintah Rum selama 40 tahun. Dibawah kepemimpinannya Romawi menjelma menjadi puncak dan pusat kebudayaan kuno sekaligus sumber dari bangsa-bangsa besar sesudahnya seperti Mesir, Babylon, Yunani dan lainnya.
Kehormatan
suntingPenamaan bulan kelapan takwim Barat
suntingTakwim Romawi yang menjadi asas kepada takwim-takwim Julius dan Gregorius mempunyai suatu bulan yang sebelum ini diberi nama Sextilis (kata terbitan sex dalam bahasa Latin bermaksud "enam") kerana kedudukan yang keenam, namun bulan tersebut dinamakan semula memperingati seberapa kejadian utama yang memainkan peranan penting dalam pemerolehan kuasa sepertimana yang tercatat dalam suatu dokumen senat (senatus consultum) dipetik Macrobius.[20] Nama bulan ini diturunkan ke dalam bahasa Melayu melalui dua bentuk: "Agustus" dalam bahasa baku dipakai Indonesia hasil peminjaman bahasa Belanda, dan "Ogos" dalam bahasa baku dipakai Malaysia, Singapura dan Brunei hasil peminjaman bahasa Inggeris: August .
Nota
sunting- ^ Ancient historians, however, often give him a rule of 56 years. None of them seem to agree on the exact start date, though, and often present errors or corruptions in their calculations.[14][15][16][17][18]
- ^ Cassius Dio (53.1) indicates that he took the title princeps senatus in 28 BC. However, he also states that Augustus "added five years to his own terms as princeps, since his ten-year period was about to expire (this was in the consulship of Publius and Gnaeus Lentulus [18 BC])" (54.12), meaning that his official tenure as princeps began in 27 BC.
Rujukan
sunting- ^ Imperator Caesar, anak kepada yang didewakan, Augustus.
- ^ Strothmann, Meret (Bochum) (1 October 2006). "Augustus [2]". Brill's New Pauly.
- ^ Hammond, Mason (1957). "Imperial Elements in the Formula of the Roman Emperors during the First Two and a Half Centuries of the Empire". Memoirs of the American Academy in Rome. 25: 29–31. doi:10.2307/4238646. JSTOR 4238646.
- ^ Suetonius, Augustus 68, 71.
- ^ "augustus". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 83.
- ^ Eck & Takács 2003, m/s. 50.
- ^ InscrIt-13-02 and 00017: XVII –Kalendas Februarias – c(omitialis) Imp(erator) Caesar [Augustus est a]ppell[a]tus ipso VII et Agrip[pa III co(n)s(ulibus)].
- ^ CIL 8375 Diarkibkan 8 Jun 2021 di Wayback Machine: "[X]VII K(alendas) Febr(uarias) eo di[e Caesar Augustu]s appellatus est supplicatio Augusto".
- ^ Ovid 587–590 Diarkibkan 8 Jun 2021 di Wayback Machine: "Id. [...] Populo provinciae redditae. Octaviano Augusti nomen datum".
- ^ Censorinus XXI.8 : "quamvis ex ante diem XVI kal. Febr. imperator Caesar". The number is right, but the phrasing is not.
- ^ Fasti Praenestini[7]Feriale Cumanum.[8] Ovid's Fasti gives 13 January, the very same date in which the Senate powers were "restored".[9] The 3rd century De die Natali gives 17 January, a mistake.[10]
- ^ Eder 2005, m/s. 24.
- ^ Eck & Takács 2003, m/s. 3, 149.
- ^ Josephus (1st century), The Jewish War Book II, 9 (Archive). "Fifty-seven years, six months, and two days", which seems to give 17 February 44 BC. He actually reckons his reign from 15 March 44 BC, Caesar's murder, to 17 September AD 14, Tiberius's formal accession, see Burgess 2014, halaman 39–43
- ^ Suetonius (121) Life of Augustus 8, "With Antony alone for nearly twelve years, and finally by himself for forty-four." 56 years in total (from 43 BC).
- ^ Theophilus (180–192), To Autolycus XXVII (Archive). "56 years 4 months 1 day" (repeated in the Chronograph of 354): 18 April; referencing either his victory at the Battle of Mutina (21 April) or, more likely, his first acclamation as imperator (16 April).
- ^ Cassius Dio (230). Historia Romana 56, 30. "Forty-four years lacking thirteen days." Dio is one of the few writers that reckons from the Battle of Actium.
- ^ Jerome (4th century), Chronicon, 184.2. (Archive) "56 years and 6 months", which appears to give February/March 43 BC. This incorrect calculation is followed by most later historians. The error derives from an extra year given to Julius Caesar's "reign", which in turn lead to the subtraction of one year from Augustus, see Burgess 2014, halaman 38–40.
- ^ Res Gestae I.7, "For ten years in succession I was one of the triumvirs for the re-establishment of the constitution. To the day of writing this [June/July AD 14] I have been princeps senatus for forty years."
- ^ Macrobius, Saturnalia 1.12.35.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Augustus |