Detektif Conan

media campuran Jepun karya Aoyama Gosyo

Detective Conan (Jepun: 名探偵コナン, Hepburn: Meitantei Konan, Bahasa Melayu: Detektif Conan) atau versi Inggeris Case Closed (Kes Ditutup) merupakan manga dan anime genre detektif karya mangaka Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shōnen Sunday bermula sejak 2 Februari 1994. Pada 18 Disember 2019, jilid ke-97 telah dikeluarkan.

Detektif Conan
Logo rasmi siri anime.
GenreFiksyen detektif, Misteri
Manga
PengarangGosho Aoyama
IlustrasiGosho Aoyama
PenerbitShogakukan
Majalah AsalWeekly Shonen Sunday
Tarikh Pengeluaran2 Februari 1994 – kini
Jilid9101 (Senarai jilid)
Manga
Edisi Khas
PengarangGosho Aoyama
IlustrasiYamagishi Eiichi, Masaru Ohta, Kazuhiro Kubota
PenerbitShogakukan
Majalah AsalTentomushi Comics
Tarikh Pengeluaran28 Januari 1997 – kini
Jilid43
Siri televisyen anime
PengarahKenji Kodama (#1-118)
Masato Sato (#332-504)
Koujin Ochi (#505-666)
Yasuichiro Yamamoto (#119-332,667-kini)
PenerbitMichihiko Suwa
Skrip/PenulisJunichi Ioka
Lagu/MuzikKatsuo Ono
StudioTMS Entertainment / V1 Studio
Penyiaran AsalYomiuri TV (1996-2021)
TV3 (1996-2021)
Astro Ceria (1996-2000)
Indosiar (1998-2009; 2013-2014)
RCTI (1999-2003)
Spacetoon (2005-2016)
NET. (1 Ogust 2022-Kini)
Tarikh tayangan8 Januari 199614 Mac 2021
Episod3567 (All Episode)
Drama televisyen
Kudo Shinichi he no Chosenjo
PenerbitYoshinori Horiguchi (Chief)
Shi Shirakawa
Koki Endo
Masako Kuraibu
Skrip/PenulisTakehiko Kanade
Lagu/MuzikKoji Endo
Penyiaran AsalYomiuri TV
Tarikh tayangan7 Julai 201129 September 2011
Episod13 (Senarai episod)
Kerja-kerja berkaitan
Portal Anime dan Manga

Siri anime dihasilkan oleh TMS Entertainment / V1 Studio ditayangkan di Yomiuri TV, telah menayangkan sebanyak 965 buah episod siri televisyen d\jadikan salah satu anime yang mempunyai banyak episod di Jepun.

Sebanyak 23 buah filem telah dihasilkan daripada siri ini antaranya ialah filem yang terkini iaitu Detective Conan: The Fist of Blue Sapphire telah dipawagamkan di Jepun pada 12 April 2019.[1] Siri filem ini sering dipawagam setiap bulan April pasti ada satu siri filem ini ditayangkan di pawagam. Pada Disember 2013, Detektif Conan dengan kerjasama Lupin III membuat satu filem bertajuk "Lupin III vs Detective Conan The Movie" yang telah dipawagam di Jepun pada 7 Disember 2013.

Di samping itu, dua belas video animasi asal (OVA) dan tiga belas siri episod siri drama dalam watak manusia sebenar iaitu Surat cabaran kepada Shinichi Kudo (Jepun: 工藤新一への挑戦状, Hepburn: Kudō Shin'ichi e no Chōsenjō). Siri ini bermula siaran pada 7 Julai 2011 dan berakhir pada 29 September 2011. Sebelum siri ketiga drama ditayangkan telah dihasilkan dan berdasarkan plot tiga novel Detektif Conan.

Jilid kompilasi manga telah terjual lebih daripada 120 juta salinan di Jepun. Pada tahun 2001, manga telah dianugerahkan 46th Shogakukan Manga Award dalam kategori Shonen. Adaptasi anime telah mendapat sambutan dan kedudukan dalam dua puluh teratas dalam pemilihan Animage pada 1996 dan 2001. Dalam ranking anime TV Jepun, Detektif Conan sering menduduki antara lima anime yang tertinggi dan terbaik di Jepun. Kedua-dua siri manga dan anime mempunyai sambutan yang positif daripada penonton peringkat usia kanak-kanak sehingga dewasa.

Cerita berikut mengisahkan sebuah kisah pengembaraan Shinichi Kudo, detektif muda yang luar biasa yang telah secara tidak sengaja berubah menjadi seorang kanak-kanak selepas diracuni oleh dua individu kongsi gelap.

Templat:Spoiler

Sinopsis sunting

Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Shinichi Kudo merupakan detektif remaja terkenal di bahagian timur Jepun (Kawasan Kantō) terutamanya di sekitar Tokyo. Pada suatu hari, Shinichi pergi ke sebuah taman tema yang bernama taman tema "Tropical Land" bersama Ran Mouri. Dia terlibat dengan kes apabila penunggang coaster misteri, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika dia hendak pulang, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun dalam kajian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.

Dengan mengikut nasihat Profesor Agasa (jiran sebelah rumah Shinichi), Shinichi menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Conan Edogawa". Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.

Bapa Ran, Kogoro Mouri juga seorang detektif persendirian yang cuai dan sering membuat rumusan yang salah. Conan sering menyelesaikan kes yang misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.

Watak yang muncul kemudian adalah seperti ibu bapa Shinichi iaitu Yusaku dan Yukiko, anggota polis (Inspektor Megure, Pegawai Takagi), Heiji Hattori pesaing dari Kansai-barat Jepun dan teman wanitanya Kazuha Toyama, kawan baik Ran iaitu Sonoko Suzuki, Kaitou Kid perompak yang sangat licik, pencipta APTX 4869 Shiho Miyano (bergelar "Sherry" dalam kumpulan Organisasi Hitam tersebut yang turut menjadi kecil selepas mengambilnya sendiri dan tinggal bersama Profesor Agasa dengan nama Ai Haibara), Masumi Sera, Subaru Okiya, Shukichi Haneda, Pasukan Detektif Muda (Ayumi, Mitsuhiko, Genta), Ejen FBI (James Black, Jodie Starling, Andre Camel, Shuichi Akai) dan ahli Organisasi Hitam seperti Rum, Gin, Vodka, Tequila, Calvados, Pisco, Vermouth, Kir, Chianti, Korn, Bourbon, dan ketuanya bernama Renya Karasuma (dalam manga jilid 30) seorang jutawan yang misteri.

Manga juga menyelitkan Ensiklopedia Detektif yang mempunyai banyak watak detektif, misteri, dan sastera jenayah serta filem seperti Sherlock Holmes, Hercule Poirot, Shunsaku Kudo, Kogoro Akechi, Arsène Lupin, Kōsuke Kinda'ichi, Nero Wolfe, Jules Maigret, dan banyak lagi.

Watak sunting

Nama Gambar Nama sebenar dan huraian
Shinichi  
 
Shinichi Kudo (Jepun: 工藤 新一, Hepburn: Kudō Shin'ichi)
Merupakan detektif sekolah menengah tinggi yang terkenal berusia 17 tahun yang kini menjadi seorang budak dengan bernama Conan Edogawa (Jepun: 江戸川 コナン, Hepburn: Edogawa Konan) akibat terminum sejenis ubat menyebabkan badannya mengecil sehingga bersaiz budak sekolah rendah.
Ran   Ran Mouri (Jepun: 毛利 蘭, Hepburn: Mōri Ran)
Dia merupakan kawan karib Shinichi dan Sonoko semenjak kecil lagi. Ran merupakan juara karate peringkat Kawasan Kantō. Dia tinggal bersama bapanya Kogoro Mouri.
Kogoro   Kogoro Mouri (Jepun: 毛利 小五郎, Hepburn: Mōri Kogorō)
Dia merupakan bapa kepada Ran dan suami kepada Eri Kisaki. Dia merupakan detektif persendirian yang cuai. Kerana sikapnya yang buruk, isterinya tinggal berasingan dengannya.
Profesor Agasa   Hiroshi Agasa (Jepun: 阿笠 博士, Hepburn: Agasa Hiroshi)
Profesor Agasa (Jepun: 阿笠博士, Hepburn: Agasa Hakase) merupakan profesor yang tinggal bersebelahan rumah keluarga Kudo. Kebanyakan peralatan ciptaanya tak seberapa tetapi ada peralatan yang boleh membantu Conan menyelesaikan pelbagai masalah. Dia sebagai penjaga Detektif Muda sering membawa mereka berkhemah dan melancong ke mana sahaja.
Inspektor Megure   Juzo Megure (Jepun: 目暮 十三, Hepburn: Megure Jūzō)
Inspektor Megure (Jepun: 目暮 警部, Hepburn: Megure Keibu)Dia merupakan seorang inspektor polis dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia sering memakai topinya ke mana sahaja.
Gin   Dia merupakan anggota organisasi hitam berpangkat tinggi. Personalitinya amat menakutkan dan kejam. Dia amat membencikan Shuichi Akai dan Sherry.
Vodka   Dia merupakan anggota organisasi hitam dan orang bawahan Gin.

Media sunting

Manga sunting

Detektif Conan telah dikeluarkan buat kali pertama pada 19 Januari 1994 di majalah Shogakukan Weekly Shonen Sunday menyerupai manga genre misteri bertajuk Kindaichi Case Files.[2][3][4] Beliau memetik cerita-cerita Arsène Lupin, Sherlock Holmes dan filem-filem samurai oleh Akira Kurosawa sebagai mempengaruhi kerja-kerja beliau.[5] Aoyama berkata dia menghabiskan sepanjang empat jam bagi memikirkan setiap kes baru dalam manga kadang-kala cerita yang lebih rumit boleh mengambil masa lebih daripada dua belas jam.[6][7] Setiap kes menjangkau beberapa bab, dan diselesaikan pada akhir di mana watak-watak yang menerangkan butir-butir penyelesaian kes mereka dalam bahasa yang mudah. Pangkalan data yang terdiri daripada semua kes-kes dari manga telah dilancarkan pada tahun 2007. Apabila dalam skrip cerita, Aoyama cuba untuk mengekalkan bahasa yang mudah untuk membantu pembacanya mengikut susunan plot.[8][9][10]

Detektif Conan menjadikan sebagai 21 paling lama disiarkan dalam siri manga dengan melebihi daripada 1000 bab (File) dikeluarkan di Jepun.[11] Bab-bab individu dikumpul oleh Shogakukan dalam siri tankōbon. Jilid pertamanya telah dikeluarkan pada 18 Jun 1994. Kini, tankōbon ini telah dikeluarkan 97 jilid dan terjual melebihi 140 juta salinan jilid menjadikan kelima terbanyak salinan di Jepun.[12][13][14] Pembantu Gosho Aoyama juga telah ditulis dan diterbitkan Detektif Conan (Edisi Khas) sebanyak 36 jilid cerita.[15][16]

Pada 2007, Aoyama sudah bayangkan penamatnya, tetapi hentikan hasratnya untuk meneruskan siri ini atas permintaan peminat. Pada Disember 2017, Aoyama terpaksa berehat panjang kerana masalah kesihatan dan siri ini ditunda dan sejak kebelakangan ini kesihatan beliau sering terganggu disebabkan faktor usia. [17] Ketika siri ini ditunda, pembantu Aoyama iaitu Takahiro Arai mengeluarkan siri pendek Detective Conan: Zero's Tea Time bermula isu ke-24 di Weekly Shonen Sunday pada 9 Mei 2018 menceritakan kehidupan Toru Amuro.

Anime sunting

Siri anime Detektif Conan telah dihasilkan oleh Syarikat televisyen Yomiuri TV dan TMS Entertainment.[18][19] Diarahkan oleh Yasuichiro Yamamoto (1999-2003, 2012-kini), siri ini bersiaran selama 25 minit. Siri animasi ini telah disiarkan di Jepun melebihi 900 buah episod semenjak siaran perdana animasi ini pada 8 Januari 1996 dan menjadikannya sebagai siri anime yang ke keenam belas paling lama di Jepun. Pada awal episod sehingga episod 283, siri ini menggunakan animasi tradisional iaitu melukis menggunakan tangan sebelum menggunakan animasi komputer mulai episod 284 sehingga kini. Pada mulanya, Shogakukan merakamkan dan disiarkan episod pada pita video VHS pada bulan Jun 1996 dan Oktober 2006. Sebanyak 426 episod telah dikeluarkan dalam pita video VHS sehingga Shogakukan tinggalkan format dan bertukar kepada DVD, bermula dari episod pertama. Pada ulang tahun ke-15 siri anime pada tahun 2012, siri ini telah disediakan untuk video atas permintaan. Detektif Conan kemudiannya disiarkan di Amerika Utara pada rangkaian kabel NHK TV Jepun.

Filem sunting

Sebanyak 24 filem dalam siri Detektif Conan telah dikeluarkan. Animasi ini diuruskan oleh TMS Entertainment dan dihasilkan oleh Yomiuri TV, Nippon TV, ShoPro dan Toho. Filem 1 sehingga 7 telah diarahkan oleh Kenji Kodama, filem 8 hingga 15 telah diarahkan oleh Yasuichiro Yamamoto, dan filem 16 sehingga 20 diarahkan oleh Kobun Shizuno. Filem ini telah dikeluarkan pada bulan April setiap tahun, yang bermula pada tahun 1997 dengan filem pertama, Detective Conan: The Time-Bombed Skyscraper sehingga filem terbaru, Detective Conan: The Bride of Halloween telah dipawagamkan pada 2 jun 2022. Detektif Conan berkerjasama dengan siri anime Lupin III dalam filem Lupin III vs Detective Conan The Movie yang telah dipawagamkan pada 7 Disember 2013.

Populariti sunting

Siri manga, pihak Shogakukan telah menguruskan terjemahan pelbagai bahasa (kecuali di Amerika Utara) yang melalui The Kashima Agency untuk Japan Forgein-Centre bagi mengedarkan manga di pelusuk dunia.

Pada siri anime dan filem pihak TMS Entertainment telah menyunting versi antarabangsa untuk seluruh dunia. Oleh itu, sebahagian versi anime telah buat perubahan iaitu:

  • Logo asal siri ini ditukarkan dan guna logo dalam tulisan roman sahaja atau bahasa di negara masing-masing.
  • Lagu pembukaan dan penutupan tidak ditayangkan atas alasan hak cipta lagu iaitu:
    • Feel Your Heart oleh VELVET GARDEN
    • GIRIGIRI chop oleh B'z
    • Meikyuu no Lovers oleh heath
    • Overture oleh Koshi Inaba
    • Ashita o yume mite oleh Zard
  • Episod istimewa yang ditayang sepanjang 1 sehingga 3 jam dipendekan dan ditayangkan sepanjang 25 minit.

Malaysia sunting

Siri manga diterbitkan oleh Tora Aman dikeluarkan buat kali pertama pada April 2000 sehingga dihentikan pada 31 Mei 2017 telah diterbikan sebanyak 82 jilid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Siri anime pernah disiarkan di TV3 dan Astro Ceria. Siri filem pernah disiarkan sebanyak lima buah filem dan dipawagamkan di panggung skrin Golden Screen Cinema iaitu Detective Conan: Private Eye in the Distant Sea, Detective Conan: Dimensional Sniper, Detective Conan: Sunflowers of Inferno, Detective Conan: The Darkest Nightmare, Detective Conan: Crimson Love Letter dan Detective Conan: The Fist of Blue Sapphire.

Amerika Utara sunting

Siri manga dan Anime terpaksa menukar tajuk siri ini menjadi Case Closed gara-gara isu undang-undang berkenaan nama "Conan" (seperti yang dipakai oleh Conan the Barbarian, sungguhpun Conan juga dijadikan nama orang seperti Conan O'Brien). Siri manga diterbikan oleh Viz Media dikeluarkan buat kali pertama pada 7 September 2004. Kini sebanyak 57 buah jilid dalam Bahasa Inggeris telah dikeluarkan. Versi anime dilesen oleh FUNimation Channel telah ditayangkan sebanyak 130 buah episod (123 episod di Jepun). Pada Oktober 2014, Crunchyroll mengambil lesen versi anime siri ini dan boleh tonton di laman sesawangnya (hanya di Amerika Utara sahaja).

Rujukan sunting

  1. ^ "Detective Conan: Fist of Blue Sapphire Anime Film Earns Nearly 1.9 Billion Yen in 1st 3 Days". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 April 2019.
  2. ^ Furukawa, Takuya; Gene, Tim (March 25, 2008). The Case Closed Casebook: An Essential Guide. DH Publishing. ISBN 1-932897-30-5.
  3. ^ "Weekly Shōnen Sunday" (dalam bahasa Jepun). 1994 (5). Shogakukan. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ "Detective Conan Official manga website" (dalam bahasa Jepun). Shogakukan. Dicapai pada June 11, 2009.
  5. ^ "Case Closed- Profiles". Viz Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-17. Dicapai pada June 12, 2009.
  6. ^ "「名探偵コナン、最終回の構想できている」" [Detective Conan's ending made] (dalam bahasa Jepun). Sankei Shimbun. October 2, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-12. Dicapai pada December 3, 2010.
  7. ^ "Sankei Shimbun interview translated". Anime News Network. October 2, 2010. Dicapai pada December 3, 2010.
  8. ^ Amano, Masanao; Wiedemann, Julius (September 2004). Manga Design. Volume 1. Taschen. ISBN 978-3-8228-2591-4. |volume= has extra text (bantuan)
  9. ^ "Database Opens for Every Detective Conan's Case Closed". Anime News Network. May 29, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-10. Dicapai pada May 5, 2009.
  10. ^ "Detective Conan database" (dalam bahasa Jepun). Shogakukan. Dicapai pada November 28, 2010.
  11. ^ "Detective Conan Vol. 01" (dalam bahasa Jepun). Shogakukan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-03. Dicapai pada June 11, 2009.
  12. ^ "名探偵コナン : 謎の「黒ずくめ」に迫る新章開幕 豪華オールスターで" (dalam bahasa Jepun). Mantan Web. May 23, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-02. Dicapai pada November 28, 2013.
  13. ^ "2008's Top-Selling Manga in Japan, #1–25". Anime News Network. December 19, 2008. Dicapai pada October 18, 2010.
  14. ^ "Top-Selling Manga in Japan by Volume: 1st Half of 2010". Anime News Network. June 2, 2010. Dicapai pada October 18, 2010.
  15. ^ "Meitantei Conan Special Edition 1" (dalam bahasa Jepun). Shogakukan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-03. Dicapai pada June 4, 2010.
  16. ^ "Meitantei Conan Special Edition 38" (dalam bahasa Jepun). Shogakukan. Dicapai pada August 20, 2010.
  17. ^ "Detective Conan Manga Goes on Hiatus for Creator's Medical Treatment" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. Dicapai pada 19 Februari 2018.
  18. ^ "Detective Conan staff" (dalam bahasa Jepun). Yomiuri Telecasting Corporation. Dicapai pada April 13, 2009.
  19. ^ "Detective Conan". TMS Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-03. Dicapai pada December 9, 2010.

Pautan luar sunting