Diego Alberto Milito (lahir 12 Jun 1979) merupakan bekas pemain bola sepak Argentina yang beraksi di posisi penyerang.[2]

Diego Milito
Maklumat peribadi
Nama penuh Diego Alberto Milito
Tarikh lahir (1979-06-12) 12 Jun 1979 (umur 44)
Tempat lahir Bernal, Argentina
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
Racing Club
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2003 Racing Club 137 (34)
2003–2005 Genoa 59 (33)
2005–2008 Zaragoza 108 (53)
2008–2009 Genoa 31 (24)
2009–2014 Internazionale 128 (62)
2014–2016 Racing Club 52 (18)
Jumlah 515 (224)
Pasukan kebangsaan
2003–2011 Argentina 25 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22 Mei 2016

Milito memulakan kariernya di Argentina bersama kelab Racing Club pada tahun 1999 sebelum berpindah ke kelab Itali, Genoa pada tahun 2003. Pada tahun 2005, beliau dibawa masuk ke kelab Sepanyol, Real Zaragoza selama tiga musim sebelum kembali semula ke Genoa pada tahun 2008. Beliau mempamerkan aksi yang cemerlang bersama Genoa telah menyebabkan beliau berpindah ke juara bertahan Serie A, Inter. Beliau memainkan peranan yang penting dengan membantu Inter meraih gelaran "treble" pada musim 2009–10 selain beliau menyumbat 32 gol dalam seluruh kejohanan. Beliau kembali semula ke Racing Club pada tahun 2014 sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 2016. Di peringkat antarabangsa, Milito telah beraksi dalam 25 perlawanan dan menjaringkan empat gol. Selain itu, beliau turut mewakili Argentina ke dua edisi kejohanan Copa América dan Piala Dunia 2010.

Milito digelar El Príncipe ("Sang Putera" dalam bahasa Sepanyol) kerana rupa fizikalnya iras-iras bekas pemain bola sepak Uruguay, Enzo Francescoli yang juga diberi nama gelaran yang sama.[3] Seorang penyerang yang berprolifik dan konsisten, Milito secara puratanya telah menjaringkan gol dalam dua perlawanan sepanjang kariernya.

Kerjaya kelab sunting

Racing Club sunting

Diego Milito memulakan kariernya bersama dengan kelab yang beraksi di Primera División Argentina, Racing Club pada tahun 1999. Beliau telah menjuarai kejohanan Apertura pada tahun 2001 bersama Racing.[4] Pada masa itu, adiknya iaitu Gabriel beraksi untuk kelab musuh tradisi Racing, Independiente di posisi pertahanan. Kedua-dua kelab tersebut telah berentap sekali gus mewujudkan pertembungan Avellaneda antara adik-beradik yang beraksi antara satu sama lain.[5]

Genoa sunting

Pada permulaan tahun 2004, Milito berpindah ke kelab divisyen kedua Itali, Genoa dengan perpindahan yang bernilai £8 juta. Selepas menempuh dua musim yang membanggakan di Itali, Genoa telah disingkirkan ke Serie C1 sebagai hukuman kerana terbabit dalam skandal penetapan perlawanan pada perlawanan terakhir bagi musim 2004–05 ketika menentang Venezia. Oleh sebab keadaan yang meruncing, Milito dipaksa meninggalkan Genoa dan menyertai adiknya, Gabriel di kelab Real Zaragoza yang beraksi di La Liga Sepanyol.[6]

Real Zaragoza sunting

Milito telah mempamerkan persembahannya yang memukau semasa di Sepanyol. Beliau telah menjaringkan empat gol dalam aksi separuh akhir Copa del Rey bagi membantu pasukannya membelasah Real Madrid 6–1.[7][8][9] Beliau mengakhiri musim pertamanya dengan menjadi penjaring terbanyak Zaragoza iaitu 16 gol dihasilkan di La Liga.

Milito merupakan salah satu penjaring gol terbanyak La Liga bagi kempen 2006–07.[10] Beliau telah menjaringkan 23 gol, hanya kurang dua gol berbanding penjaring terbanyak La Liga pada masa itu, Ruud van Nistelrooy dan kurang tiga gol berbanding juara Kasut Emas Eropah, Francesco Totti.

Pada November 2006, Zaragoza dilaporkan ingin membeli Milito secara tetap setelah tempoh pinjamannya selama dua tahun akan menuju noktahnya.[11][12]

Milito telah dijadikan kapten pasukan Zaragoza dengan mengambil alih jawatan itu daripada adiknya, Gabriel yang berpindah ke Barcelona pada tahun 2007.[13] Kontrak Milito bersama Zaragoza juga telah dilanjutkan pada Ogos 2007.[14] Beliau membantu Zaragoza untuk menghuni tangga keenam liga. Pada Januari 2008, Milito telah mencapai satu pencapaian sama seperti yang dilakukan olehnya ketika di Genoa, iaitu secara puratanya menjaringkan gol dalam setiap dua perlawanan untuk Zaragoza. Secara keseluruhannya, beliau telah menjaringkan 61 gol sepanjang tiga musim bersama dengan Zaragoza.

Kembali ke Genoa sunting

Pada 1 September 2008, hanya beberapa minit sebelum jendela perpindahan melabuhkan tirainya, Genoa berjaya melengkapkan perpindahan Milito dari Zaragoza setelah kelab Sepanyol itu tersingkir ke Segunda División dari La Liga.[15][16] Ejennya Fernando Hidalgo, mengesahkan bahawa Milito telah memilih dengan jelas untuk kembali ke Genoa walaupun menerima beberapa tawaran daripada kelab gergasi Eropah.[4][17] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Genoa di Serie A pada 14 September ketika menentang Milan. Genoa menang pada perlawanan itu dengan skor 2–0 dan Milito menjaringkan gol kedua Genoa selain membantu hantaran gol kepada jaringan pembukaan permainan.[18] Pada 9 November, Milito menjaringkan hatrik pertamanya bersama Genoa ketika menewaskan Reggina 4–0.[19][20] Beliau menamatkan musim pertamanya bersama Genoa dengan 24 jaringan gol dicetak dalam 31 penampilan di Serie A. Hal ini menandakan beliau berada di belakang Zlatan Ibrahimović yang merangkul anugerah Capocannonieri sebagai penjaring gol terbanyak liga.[4][21]

Internazionale sunting

Musim 2009–10 sunting

 
Diego Milito sedang beraksi untuk Inter pada tahun 2009

Pada 20 Mei 2009, La Gazzetta dello Sport mengesahkan bahawa Diego Milito telah berpindah ke Inter Milan bersama dengan rakan sepasukannya di Genoa, Thiago Motta.[22] Masing-masing perpindahan tersebut bernilai €28 juta dan €10 juta tetapi Genoa mendapat pemain-pemain seperti Robert Acquafresca,[23] Leonardo Bonucci, Riccardo Meggiorini, Francesco Bolzoni,[24] Ivan Fatić[25] sebagai pertukaran.

Penyerang berbangsa Argentina itu berjaya menyesuaikan diri dengan memulakan aksi yang cemerlang di Inter. Beliau telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan World Football Challenge menentang musuh tradisi, Milan yang berkesudahan Inter menang 2–0.[26] Seterusnya pada 29 Ogos, dalam penampilan pertamanya di Pertembungan Milan menentang Milan di Serie A, Milito membantu dua jaringan gol Inter selain menyudahkan tendangan penalti sebagai penanda gol sulungnya untuk Inter di Serie A sekali gus membantu Inter membelasah Milan 4–0.[27] Seterusnya pada 13 September, beliau menjaringkan gol keduanya di Serie A ketika menentang Parma.[28] Dalam perlawanan liga berikutnya menentang Cagliari, beliau menjaringkan kedua-dua gol Inter bagi memastikan pasukannya meraih kemenangan 2–1 di gelanggang lawan.[29] Milito meneruskan aksi cemerlangnya apabila menyumbat gol dalam perlawanan liga seterusnya menentang Napoli yang berkesudahan Inter menang 3–1.[30]

Milito meneruskan persembahannya yang konsisten daripada kelab lamanya dan keadaan tersebut diteruskan pada musim sulungnya di Inter. Dalam beberapa perlawanan awal, beliau telah menjadi tonggak utama pasukan. Pada 30 Oktober, ketika Milito pulih daripada kecederaan, beliau menjaringkan gol kelima Inter bagi mengesahkan kemenangan Inter ke atas Palermo 5–3.[31] Dalam perlawanan berikutnya, beliau menjaringkan gol semasa menentang Livorno[32] sekali gus menghasilkan kadar jaringannya mencapai tujuh gol di dalam sembilan perlawanan liga. Tiga hari kemudian, beliau mencetak gol sulungnya dalam aksi Liga Juara-Juara ketika menentang Dynamo Kyiv dalam aksi peringkat kumpulan.[33] Pada 24 Februari, dalam aksi lain Liga Juara-Juara menentang Chelsea di pusingan kalah mati, beliau telah menjaringkan gol penting pada perlawanan itu bagi menandakan gol keduanya dalam kejohanan Eropah.[34] Empat hari kemudian, Milito menjaringkan gol kemenangan Inter ketika menentang Udinese 3–2 dalam satu aksi yang sengit.[35] Pada 27 Mac, setelah dilanda kecederaan hamstring ketika aksi menentang Livorno,[36] Milito berjaya pulih sepenuhnya dan kembali beraksi dalam aksi menentang pencabar kejuaraan liga, Roma. Beliau telah menjaringkan gol dalam perlawanan itu namun Inter ditundukkan Roma dengan jaringan 2–1.[37][38] Pada 31 Mac, dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang CSKA Moscow, beliau menjaringkan gol kemenangan Inter sekali gus menambahkan peluang Inter untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan.[39] Milito telah menjaringkan gol penting selain membantu dua jaringan gol Inter yang lain ketika aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona.[40][41][42]

 
Milito bersama Inter pada 2009.

Diego Milito menjaringkan gol tunggal permainan dalam perlawanan akhir Coppa Italia menentang Roma pada 5 Mei 2010 sekali gus membenarkan pasukan Nerazzurri membawa pulang trofi pertama pada musim ini.[43] 11 hari kemudian, jaringan gol oleh Milito mengesahkan Inter merangkul kejuaraan Scudetto buat kali ke-18 setelah menumpaskan Siena 1–0 pada perlawanan terakhir Serie A.[44] Dengan hanya perbezaan dua mata berbanding Roma di kedudukan liga, jaringan gol Milito berjaya menjulang Inter di puncak liga setelah pasukan mereka masih buntu mencari gol kemenangan di kala Roma sedang mendahului lawannya, Chievo ketika kedua-dua perlawanan tersebut berjalan serentak. Seterusnya, Milito mengumumkan jaringan gol tersebut merupakan yang terbaik dalam kariernya[45] kerana memberikan kemenangan muktamad bagi pasukannya. Selain itu pada 22 Mei 2010, Milito sekali lagi memainkan peranan penting bagi mengesahkan kemenangan Inter dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich setelah beliau menjaringkan kedua-dua gol Inter bagi menundukkan pasukan lawan. Hasilnya, Inter dinobatkan sebagai juara Eropah buat kali pertama dalam masa 45 tahun dan kemenangan 2–0 itu sama sekali telah melengkapkan pencapaian "treble" Inter yang penuh bersejarah.[46]

Milito mengakhiri musim tersebut dengan menjaringkan 30 sepanjang kejohanan. 22 gol hasil dalam saingan liga manakala enam gol pula dalam aksi Liga Juara-Juara. Selepas kejayaan "treble" bersama Inter, ramai pengulas sukan telah mengulas ke atas Milito yang merupakan seorang penyerang yang begitu berkesan dan dilihat sebagai salah satu penyerang yang "underrated" kerana beliau berasal dari beberapa buah pasukan tidak begitu menonjol sebelum berpindah ke Inter.

Pada 9 Ogos 2010, Milito telah menandantangani kontrak baru selama empat tahun bersama Nerazzurri.[47] Pada 26 Ogos, Milito dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Terbaik oleh UEFA untuk edisi 2010.[48]

Musim 2010–11 sunting

Pada 26 Ogos, Milito telah diundi sebagai penyerang terbaik buat musim sebelum ini dengan merangkul anugerah berprestij iaitu Pemain Bola Sepak Terbaik UEFA dalam satu majlis penyerahan Anugerah Bola Sepak Kelab UEFA. Inter memulakan musim baru dengan langkah kanan apabila menjuarai Supercoppa Italiana dengan menundukkan Roma. Beliau juga beraksi dalam perlawanan Piala Super UEFA menentang juara Liga Europa, Atlético Madrid yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada kelab Sepanyol itu. Beliau beraksi dalam perlawanan sulungnya di Serie A pada 30 Ogos ketika menentang Bologna yang tamat kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.[49] Pada 14 September, Milito menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Twente.[50] Pada 22 September, Milito menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika menentang Bari di San Siro sekali gus membantu pasukannya menaiki puncak liga.[51] Setelah itu, beliau terpaksa menunggu sehingga 10 November untuk menjaringkan gol peribadi yang berikutnya ketika menentang Lecce.[52] Beliau mendedikasikan gol tersebut kepada rakan sepasukannya, Walter Samuel yang mengalami kecederaan lutut tiga hari sebelum perlawanan berlangsung.[53][54]

Pada Disember, Milito menjaringkan gol ketika menentang Seongnam Ilhwa Chunma dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab sebelum Inter melangkah ke final dan menjuarai kejohanan tersebut. Pada 24 Januari 2011, Milito meraih anugerah Oscar del Calcio sebagai "Pemain Asing Terbaik" dan "Pemain Terbaik" buat kempen 2009–10. Milito hanya menghasilkan lapan gol dalam 34 penampilanya pada musim ini dan Inter menamatkan musim di tangga kedua liga.

Musim 2011–12 sunting

Dalam perlawanan pembukaan Serie A buat musim 2011–12, Milito menjaringkan dua gol ketika pertembungan sengit menentang Palermo. Setelah mempamerkan aksi yang tidak menentu, Milito berjaya mendapatkan semula sentuhannya dengan menjaringkan gol pada 24 September semasa menentang Bologna. Pada 2 November, beliau mencetak golnya yang ke-200 semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang Lille.

Pada 27 November, Milito beraksi dalam perlawanannya ke-400 sebagai pemain bola sepak dalam perlawanan Serie A menentang Siena yang berkesudahan kemenangan 1–0 buat pasukan Nerazzurri.[55] Sementara itu pada 18 Disember, beliau telah beraksi dalam perlawanannya ke-100 di Serie A semasa menentang Cesena.[56] Pada 21 Disember, beliau telah menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir Inter bagi tahun 2011 semasa menentang Lecce.[57] Pada 7 Januari 2012, beliau menjaringkan dua gol dan membuat hantaran kepada jaringan Giampaolo Pazzini semasa membelasah Parma 5–0 di San Siro.[58] Pada 15 Januari 2013, Inter memenangi Pertembungan Milan iaitu menentang musuh tradisi, Milan dengan keputusan 1–0 hasil jaringan tunggal Milito setelah menerima hantaran daripada Javier Zanetti.[59] Perlawanan tersebut menandakan perlawanannya ke-200 bersama mana-mana kelab Itali dalam semua kejohanan kompetitif.[60] Beliau juga telah menjaringkan tujuh gol dalam sembilan perlawanan yang melibatkan pertembungan sengit di Itali. Empat jaringan golnya ialah semasa Derby della Lanterna untuk Genoa ketika menentang pesaing ketat, Sampdoria dan tiga lagi di dalam lima perlawanan Pertembungan Milan.

Pada 1 Februari, Milito telah menjaringkan keempat-empat gol Inter ketika menentang Palermo.[61][62] Rekod tersebut merupakan pencapaian yang pertama di Serie A sejak Christian Vieri berhasil mencapai rekod tersebut pada 1 Disember 2002 ketika menentang Brescia. Selain itu, ini merupakan kali kedua buat dalam karier Milito setelah beliau mula-mula menghasilkan pencapaian tersebut ketika di Real Zaragoza dalam perlawanan Copa del Rey menentang Real Madrid pada 8 Februari 2006. Milito menjaringkan hatrik pada 1 April ketika menentang kelab lamanya, Genoa. Beliau menambah lagi koleksi hatriknya dalam aksi Pertembungan Milan menentang Milan yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada Inter dengan skor 4–2. Dengan kejayaan ini, Milito mengejutkan rekod Ronaldo yang telah menjaringkan 49 gol semasa menyarung jersi Inter apabila Milito telan memintas rekod tersebut dengan menghasilkan 50 gol. Sementara itu, hatrik Milito merupakan hatrik keempat yang pernah disaksikan dalam Pertembungan Milan setelah ia dilakukan oleh Altafini pada 27 Mac 1960, Amadei pada 6 November 1949 dan Nyers pada 1 November 1953. Pada 13 Mei, selepas kekalahan Inter kepada Lazio 3–1,[63] Milito mengakhiri musim ini dengan menjaringkan 24 gol di belakang pendahulu penjaring terbanyak liga, Zlatan Ibrahimović.[64]

Musim 2012–13 sunting

Milito memulakan kempen bagi musim 2012–13 dengan menjaringkan gol kedua Inter dalam aksi pembukaan Serie A menentang pendatang baru liga, Pescara.[65] Pada 28 Oktober, beliau meraikan jaringan golnya ke-100 di Serie A demi lencana Inter di dada ketika aksi menentang Bologna.[66] Pada 31 Oktober, beliau menjaringkan golnya kelima sepanjang pertemuan menentang Sampdoria sekali gus menandakan jaringan golnya ke-200 dalam seluruh kariernya.[67] Pada 4 November, beliau menggandakan jaringan buat Inter ketika menentang Juventus sekali gus membantu Inter untuk meraih kemenangan dan menamatkan rekod tanpa kalah Juventus selama 49 perlawanan di Stadium Juventus di Turin.[68]

Setelah kejayaan Inter ke atas Napoli 2–1 pada 9 Disember, Milito meraikan kemenangan buat kali ke-100 daripada 197 perlawanan di Serie A jika dikira beliau sebagai pemain Genoa dan Nerazzurri.[69] Dengan jumlah 28 gol dicetak, Milito menjadi penjaring terbanyak Serie A di dalam kalendar tahun 2012 dengan menewaskan pemain Napoli, Edinson Cavani (27 gol) dan pemain Udinese, Antonio Di Natale (23 gol).

Setelah pulih daripada kecederaan sejak bulan Januari, Milito kembali beraksi dalam aksi menentang Chievo pada 10 Februari 2013 dengan menjaringkan gol dan memberikan hantaran kepada Esteban Cambiasso untuk melakukan jaringan.[70] Pada musim itu juga, Milito terus dibelenggu kecederaan iaitu pada 14 Februari dalam perlawanan Liga Europa menentang CFR Cluj, beliau mengalami kecederaan pada minit ketujuh permainan di bahagian ligamen dan kapsul pada lutut kirinya.[71] Dua hari berikutnya, Milito mendedahkan bahawa pembedahan untuk memulihkan kecederaannya berjalan dengan lancar tetapi beliau dijangka akan terus berehat selama sekurang-kurangnya enam bulan sekali gus khidmat beliau diketepikan sehingga akhir musim.

Musim 2013–14 sunting

Milito kembali beraksi untuk Inter pada 22 September 2013 dalam aksi menentang Sassuolo. Beliau turut menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut yang menyaksikan Inter membelasah pendatang baru Serie A itu dengan skor 7–0.[72] Walau bagaimanapun, dirinya dialami kecederaan lagi yang memaksa pihak pengurusan untuk melupakan khidmat beliau sebanyak sepuluh perlawanan.[73] Beliau kembali beraksi pada 6 Januari 2014 ketika menentang Lazio.[74] Secara keseluruhannya, Milito telah menjaringkan 75 gol di dalam 171 penampilannya untuk Inter sepanjang lima musim. Menariknya, 62 daripada jumlah jaringan itu hadir di Serie A.

Kembali ke Racing sunting

Pada tahun 2014, Milito disahkan kembali ke kelab lamanya, Racing Club iaitu tempat yang memberi ruang kepada Milito untuk memulakan kariernya.[75] Milito telah menjaringkan gol untuk Racing bagi membantu pasukannya 3–1 ke atas Defensa y Justicia dalam perlawanan pembukaan kejohanan Argentina.[76] Pada 26 Ogos 2014, beliau telah menjaringkan gol menerusi tendangan penalti bagi membantu pasukannya menang tipis 1–0 ke atas Arsenal de Sarandí bagi minggu keempat Primera División Argentina.[77] Pada 31 Ogos 2014, Milito menghasilkan jaringan golnya ketiga untuk Racing dalam aksi menentang Independiente.[78] Beliau seterusnya menjaringkan gol keempat peribadi bagi musim ini ketika menentang Estudiantes pada 11 Oktober.[79]

Milito meneruskan aksinya yang konsisten dengan menjaringkan gol kelima dan keenamnya pada 30 November dalam aksi menentang Rosario Central yang tamat kemenanga 3–0 berpihak kepada Racing.[80] Setelah kejayaan itu, Racing menaiki puncak liga dan berbaki satu perlawanan untuk dinobatkan juara. Beliau beraksi dalam perlawanan terakhir musim itu iaitu menentang Godoy Cruz. Beliau telah menjaringkan gol muktamad pada perlawanan itu sekali gus memberi laluan kepada Racing untuk dimahkotakan sebagai juara Transición 2014. Secara tidak langsung, ia bermakna Racing menempah tempat ke pusingan kedua Copa Libertadores 2015.[81] Kejayaan ini merupakan kejayaan pertama Racing dalam masa 13 tahun.[82][83] Menariknya, Milito juga sebahagian daripada skuad yang menjuarai trofi itu pada tahun 2001 dan menyumbang kepada kejayaan pasukan bagi meraih gelaran pertama sejak tahun 1966. Milito menyatakan menjuarai kejohanan liga bersama Racing ibarat sebagai mimpi menjadi kenyataan. [84]

Pada 21 Mei, Milito menjaringkan gol pembukaan permainan menerusi tendangan penalti ketika menentang Temperley semasa beliau melakukan penampilannya yang terakhir dalam kariernya semasa berusia 36 tahun.[85] Secara keseluruhannya, beliau mengakhiri kariernya dengan menjaringkan 254 gol di dalam 607 perlawanannya sepanjang kejohanan.

Kerjaya antarabangsa sunting

Milito melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Argentina pada 31 Januari 2003 ketika menentang Honduras. Bahkan dalam perlawanan itu juga, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Argentina. Seterusnya, beliau menjaringkan gol kedua dan ketiganya pada 16 Julai 2003 dalam aksi menentang Uruguay. Namun, beliau tidak banyak beraksi untuk pasukan Argentina buat tahun-tahun berikutnya[86] dan tidak layak untuk dipilih ke skuad Piala Dunia 2006.[87] Beliau dapat mewakili pasukan Argentina ke kejohanan Copa América 2007. Beliau mula beraksi pada saingan peringkat kumpulan menentan Colombia selepas Hernán Crespo mengalami kecederaan sebelum beliau menjaringkan gol untuk Argentina.[88] Argentina berjaya mara ke final kejohanan tersebut sebelum kecundang di tangan Brazil dengan skor 3–0.

Persembahan Milito yang cemerlang bersama Genoa membolehkannya untuk sering dipanggil ke pasukan kebangsaan dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi ketika pasukan Argentina di bawah kendalian Diego Maradona, di mana Milito dijadikan sebagai pemain gantian sebagai sandaran kepada perancangan Maradona. Setelah menempuh musim pertamanya di Inter, Maradona memilih Milito ke dalam skuad Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.[89] Beliau telah beraksi dalam dua perlawanan Argentina di Piala Dunia sebelum mereka tersingkir kepada Jerman di peringkat suku akhir dengan kekalahan memalukan 4–0.[90] Pada 1 Jun 2011, Milito dipilih oleh pengurus baru Albiceleste, Sergio Batista ke dalam skuad kebangsaan Argentina bagi menghadapi kejohanan Copa América 2011[91] bersama dengan abangnya, Gabriel dan rakan sepasukannya di Inter, Javier Zanetti dan Esteban Cambiasso. Namun, beliau tidak diberi peluang untuk beraksi dalam mana-mana perlawanan dalam kejohanan tersebut yang menyaksikan Argentina tersingkir di peringkat suku akhir oleh Uruguay menerusi penentuan penalti.[92][93]

Persaraan sunting

Setelah mengumumkan persaraan, Racing Club telah mengadakan satu perlawanan bagi mengenang jasa Milito pada 12 November 2016 yang menampilkan bekas rakan sepasukannya termasuklah teman-teman dan ahli keluarga Milito. Semasa usia 37 tahun, Milito telah menjaringkan dua gol ketika perlawanan tersebut dan menerima tepuka gemuruh daripada peminat Racing yang mengenang Milito sebagai salah satu pemain ikonik Racing.[94]

Kehidupan peribadi sunting

Diego Milito mempunyai darah Itali. Keturunannya berpindah ke Argentina dari Terranova da Sibari, Calabria.[95] Diego berkahwin dengan Sofía dan pasangan tersebut telah memiliki tiga orang anak.[96][97][98] Beliau merupakan abang kepada bekas pemain bola sepak, Gabriel.[99] Pada 21 Mei 2016, pada hari persaraannya sebagai pemain bola sepak, Milito meraikan hari ulang tahun anaknnya yang ketiga, Morena. Anak lelakinya, Leandro kini merupakan pemain bagi akademi Racing Club de Avellaneda.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Racing 1999–2000 11 1 0 0 0 0 11 1
2000–01 35 2 0 0 0 0 35 2
2001–02 38 9 0 0 0 0 38 9
2002–03 35 14 0 0 11 3 46 17
2003–04 18 8 0 0 0 0 18 8
Jumlah 137 34 0 0 11 3 148 37
  Genoa 2003–04 20 12 0 0 20 12
2004–05 39 21 3 1 42 22
Jumlah 59 33 3 1 62 34
  Real Zaragoza 2005–06 36 15 8 6 44 21
2006–07 37 23 3 0 40 23
2007–08 35 15 4 2 2 0 41 17
Jumlah 108 53 15 8 2 0 125 61
  Genoa 2008–09 31 24 1 2 32 26
  Internazionale 2009–10 35 22 6 2 11 6 52 30
2010–11 23 5 4 1 7 2 34 8
2011–12 33 24 1 0 7 2 41 26
2012–13 20 9 0 0 6 0 26 9
2013–14 17 2 1 0 18 2
Jumlah 128 62 12 3 31 10 171 75
  Racing 2014 17 6 1 0 0 0 18 6
2015 22 8 2 0 9 4 33 12
2016 6 3 0 0 2 0 8 3
Jumlah 45 17 3 0 11 4 59 21
Jumlah kerjaya 508 229 34 14 55 17 597 254

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
2003 5 3
2004 2 0
2007 6 1
2008 2 0
2009 5 0
2010 4 0
2011 1 0
Jumlah 25 4

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
31 Januari 2003 San Pedro Sula, Honduras   Honduras
0–1
1–3
Persahabatan
2
16 Julai 2003 La Plata, Argentina   Uruguay
1–0
2–2
3
2–0
4
2 Julai 2007 Maracaibo, Venezuela   Colombia
4–2
4–2
Copa América 2007

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Racing Club[100]
Internazionale

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Diego Milito". uefa.com. UEFA. Dicapai pada 20 January 2017.
  2. ^ Real Zaragosa Official website News (Spanish) Diarkibkan 16 November 2008 di Wayback Machine
  3. ^ "Milito, l' uomo che parla poco corre molto e fa sempre gol" (dalam bahasa Italian). Corriere della Sera. 17 May 2010. Dicapai pada 7 August 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b c Matteo Politanò (14 November 2016). "Diego Milito ha dato l'addio al calcio: "Grazie Inter, non ti dimenticherò"" (dalam bahasa Italian). Panorama.it. Dicapai pada 14 November 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Prince Milito now the King of Inter". Four Four Two. 22 May 2010. Dicapai pada 24 May 2010.
  6. ^ "El Zaragoza ficha a Diego Milito" (dalam bahasa Spanish). UEFA.com. 30 August 2005. Dicapai pada 30 May 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Zaragoza demolish Real Madrid 6-1 in Cup semi-final". ESPN FC. 8 February 2006. Dicapai pada 7 November 2014.
  8. ^ "El Zaragoza humilla al Real Madrid en la Copa del Rey: 6-1". Marca. 8 February 2006. Dicapai pada 7 November 2014.
  9. ^ "Zaragoza demolish Real Madrid 6-1 in Cup semi". chinadaily.com.cn. 8 February 2006. Dicapai pada 7 November 2014.
  10. ^ "RealZaragoza.org - Espiritu Zaragocista".
  11. ^ "Zaragoza to use Milito option". Sky Sports. 28 November 2006. Dicapai pada 30 May 2010.
  12. ^ "Preziosi: "La situazione di Milito? Non chiara"". Genoa CFC (dalam bahasa Italian). 12 May 2007. Dicapai pada 30 May 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Fernandez' Argentinians lift Zaragoza". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-08. Dicapai pada 2019-09-10.
  14. ^ "Diego Milito renueva con el Zaragoza" (dalam bahasa Spanish). UEFA.com. 31 August 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2010. Dicapai pada 30 May 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Milito returns to Genoa". Sky Sports. 1 September 2008. Dicapai pada 30 May 2010.
  16. ^ "DEPOSITATO IN LEGA IL CONTRATTO DI MILITO". Genoa CFC (dalam bahasa Italian). 1 September 2008. Dicapai pada 30 May 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Vi racconto il rifiuto di Crespo e il ritorno di Milito" (dalam bahasa Italian). Il Secolo XIX. 2 September 2008. Dicapai pada 3 September 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Genoa vs. Milan - 14 September 2008". Soccerway. 14 September 2008. Dicapai pada 5 December 2014.
  19. ^ "Genoa-Reggina 4-0: Milito manda in estasi il Marassi". Calcio Blog. 9 November 2008. Dicapai pada 5 December 2014.
  20. ^ "Genoa vs. Reggina - 9 November 2008". Soccerway. 9 November 2008. Dicapai pada 5 December 2014.
  21. ^ "Campionato di Serie A 2008/2009". Gazzetta.it (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 16 December 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  22. ^ "Milito e Motta all'Inter Al Genoa Acquafresca". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 20 May 2009. Dicapai pada 23 May 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "Diego Milito signs for Inter". inter.it. FC Internazionale Milano. 29 June 2009. Dicapai pada 29 December 2013.
  24. ^ "Thiago Motta signs on". inter.it (FC Internazionale Milano official site). 1 July 2009. Dicapai pada 23 May 2010.
  25. ^ "Il Genoa in rima: con Pelé c' è Dembelé". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 10 June 2009. Dicapai pada 21 December 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "Milito hits brace to bury Rossoneri". ESPNsoccernet. 26 July 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2012. Dicapai pada 2 April 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  27. ^ "AC Milan 0–4 Inter". F.C. Internazionale Milano. 29 August 2009. Dicapai pada 29 August 2014.
  28. ^ "Internazionale 2 – 0 Parma". ESPNsoccernet. 13 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-22. Dicapai pada 2 April 2010.
  29. ^ "Cagliari 1 – 2 Internazionale". ESPNsoccernet. 20 September 2009. Dicapai pada 2 April 2010.
  30. ^ "Internazionale 3 – 1 Napoli". ESPNsoccernet. 23 September 2009. Dicapai pada 2 April 2010.
  31. ^ "Inter 5–3 Palermo: Braces For Eto'o, Balotelli & Miccoli In Eight Goal Thriller". Goal.com. 29 October 2009. Dicapai pada 2 April 2010.
  32. ^ "Clinical finishing seals win". ESPNsoccernet. 1 November 2009. Dicapai pada 2 April 2010.
  33. ^ "Late drama seals win". ESPNsoccernet. 4 November 2009. Dicapai pada 2 April 2010.
  34. ^ "Cambiasso strike gives Italians slight advantage". ESPNsoccernet. 24 February 2010. Dicapai pada 2 April 2010.
  35. ^ "League leaders hang on". ESPNsoccernet. 28 February 2010. Dicapai pada 2 April 2010.
  36. ^ "Internazionale 3–0 Livorno". ESPNsoccernet. 25 March 2010. Dicapai pada 2 April 2010.
  37. ^ "Previews: Milito ready to return at Roma". FourFourTwo. 26 March 2010. Dicapai pada 2 April 2010.
  38. ^ "Toni the hero for title hopefuls". ESPNsoccernet. 27 March 2010. Dicapai pada 2 April 2010.
  39. ^ "Milito nets vital winner". ESPNsoccernet. 1 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-10. Dicapai pada 2 April 2010.
  40. ^ "Internazionale vs. Barcelona - 20 April 2010". ESPNsoccernet. 20 April 2010. Dicapai pada 5 December 2014.
  41. ^ "Inter Milan 3 - 1 Barcelona". BBC Sport. 20 April 2010. Dicapai pada 5 December 2014.
  42. ^ "Inter Milan 3 Barcelona 1: Classy Italians muzzle Messi! Mourinho shows how to tame the champions". Daily Mail. 20 April 2010. Dicapai pada 5 December 2014.
  43. ^ "Inter claim first leg of possible treble". CNN. Turner Broadcasting System. 5 May 2010. Dicapai pada 6 May 2010.
  44. ^ "Siena vs. Internazionale - 16 May 2010". Soccerway. Soccerway. 16 May 2010. Dicapai pada 5 December 2010.
  45. ^ "Scudetto Goal Is Best of My Career – Inter Striker Diego Milito". Goal.com. 16 May 2010. Dicapai pada 16 May 2010.
  46. ^ Lyon, Sam (22 May 2010). "Bayern Munich 0 – 2 Inter Milan". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 24 May 2010.
  47. ^ "Diego Milito signs new contract". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 9 August 2010. Dicapai pada 23 June 2011.
  48. ^ "Milito signs new Inter Milan deal". Ontheminute.com. 9 August 2010. Dicapai pada 9 August 2010.
  49. ^ "Bologna 0-0 Inter: Nerazzurri Left Frustrated By Emiliano Viviano's Heroic Display". Goal.com. 30 August 2010. Dicapai pada 7 November 2014.
  50. ^ "FC Twente 2 Inter Milan 2: match report". Goal.com. 14 September 2010. Dicapai pada 7 November 2014.
  51. ^ "Inter 4-0 Bari: Samuel Eto'o And Diego Milito Bag Braces To Send Nerazzurri Top". Goal.com. 22 September 2010. Dicapai pada 7 November 2014.
  52. ^ "Lecce 1-1 Inter: Italian Champions Continue To Struggle". Goal.com. 10 November 2010. Dicapai pada 7 November 2014.
  53. ^ "Calcio Debate: Walter Samuel's Season-Ending Injury Means Inter Must Spend Money In The January Transfer Window". Goal.com. 8 November 2010. Dicapai pada 7 November 2014.
  54. ^ "Walter Samuel injury hits Inter hard". Online Sports on Net. 8 November 2010. Dicapai pada 7 November 2014.
  55. ^ "Siena 0-1 Inter: Castaignos nets last-minute winner to capture points for below-par visitors". Goal.com. 27 November 2011. Dicapai pada 17 December 2014.
  56. ^ "Cesena 0-1 Inter: Ranocchia header secures third Serie A win in a row for Claudio Ranieri's men". Goal.com. 18 December 2011. Dicapai pada 17 December 2014.
  57. ^ "Inter 4-1 Lecce: Nerazzurri recover from early setback to record confident victory". Goal.com. 21 December 2011. Dicapai pada 17 December 2014.
  58. ^ "Inter 5-0 Parma: Masterful Milito sends Ranieri's side to within three points of Champions League spots". Goal.com. 7 January 2012. Dicapai pada 17 December 2014.
  59. ^ "Milan vs. Internazionale 0 – 1". Soccerway.com. 15 January 2012. Dicapai pada 17 December 2014.
  60. ^ "AC Milan 0-1 Inter: Abate error allows Milito to clinch the spoils for Nerazzurri in derby della Madonnina". Goal.com. 15 January 2012. Dicapai pada 17 December 2014.
  61. ^ "Inter 4–4 Palermo: Milito and Miccoli exchange hat-tricks as enthralling contest ends with points shared". Goal.com. 1 February 2012. Dicapai pada 5 November 2014.
  62. ^ "Inter-Palermo 4–4 – Il tabellino". Calcio Mercato. 1 February 2012. Dicapai pada 5 November 2014.
  63. ^ "Lazio vs. Internazionale - 13 May 2012". Soccerway. 13 May 2012. Dicapai pada 5 December 2014.
  64. ^ "Classifica Marcatori" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 25 September 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  65. ^ "Pescara 0–3 Inter: Sneijder, Milito and Coutinho secure dominant win". Goal.com. 26 August 2012. Dicapai pada 2 November 2014.
  66. ^ "Bologna 1–3 Inter: In-form Nerazzurri make it five wins in a row". Goal.com. 28 October 2012. Dicapai pada 2 November 2014.
  67. ^ "Inter 3–2 Sampdoria: Milito, Palacio & Guarin send Nerazzurri second". Goal.com. 1 November 2012. Dicapai pada 2 November 2014.
  68. ^ "Juventus 1–3 Inter: Milito and Palacio end champions' unbeaten run". Goal.com. 3 November 2012. Dicapai pada 2 November 2014.
  69. ^ "Inter 2–1 Napoli: Guarin and Milito send Nerazzurri second in Serie A". Goal.com. 9 December 2012. Dicapai pada 2 November 2014.
  70. ^ "Inter 3–1 Chievo: Nerazzurri snap winless streak to move fourth". Goal.com. 10 February 2013. Dicapai pada 2 November 2014.
  71. ^ "Season over for Inter Milan's Diego Milito". Goal.com. 15 February 2013. Dicapai pada 2 November 2014.
  72. ^ "Sassuolo 0–7 Inter: Nerazzurri storm to rampant win". Goal.com. 22 September 2013. Dicapai pada 2 November 2014.
  73. ^ "Inter's Diego Milito suffers fresh injury". ESPN FC. 11 October 2013. Dicapai pada 2 November 2014.
  74. ^ "Lazio 1–0 Inter". BBC Sport. 6 January 2014. Dicapai pada 2 November 2014.
  75. ^ "Diego Milito returns "home" to Racing". Golazo Argentino. 19 June 2014. Dicapai pada 19 June 2014.
  76. ^ "South American Football – Milito scores on Racing return". Eurosport. 10 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2014. Dicapai pada 15 Ogos 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  77. ^ "Racing venció 1–0 a Arsenal con un penal agónico de Milito". Goal.com. 26 August 2014. Dicapai pada 26 August 2014.
  78. ^ "Argentine Primera Division Review: Boca beaten, River held". Sportal.com. 25 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2014. Dicapai pada 12 October 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  79. ^ "Racing goleó 4–0 a Estudiantes y está más vivo que nunca". Goal.com. 11 October 2014. Dicapai pada 26 August 2014.
  80. ^ "Racing le ganó a Central y sigue puntero". Goal.com. 30 November 2014. Dicapai pada 4 December 2014.
  81. ^ "Diego Milito's brace takes Racing Club on brink of Argentine league glory". Dnaindia.com. 1 December 2014. Dicapai pada 4 December 2014.
  82. ^ "Racing ends 13-year itch". Buenosairesherald.com. 15 December 2014. Dicapai pada 16 December 2014.
  83. ^ "Racing Club seal Argentine league title". Dailymail.co.uk. Daily Mail. 15 December 2014. Dicapai pada 16 December 2014.
  84. ^ "Milito: Racing title a dream come true". FIFA.com. 15 December 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2014. Dicapai pada 16 December 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  85. ^ "Argentina, Milito, tutto in una notte: addio con gol e terza figlia" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. 22 May 2016. Dicapai pada 22 May 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  86. ^ Argentina en las Eliminatorias 2003–2005 Diarkibkan 2 Ogos 2008 di Wayback Machine
  87. ^ "The Milito Clan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-08. Dicapai pada 2019-09-10.
  88. ^ "Argentina vs. Colombia - 3 July 2007". Soccerway. 3 July 2007. Dicapai pada 5 December 2014.
  89. ^ "Lista de los 23 jugadores convocados para la Selección Nacional" (dalam bahasa Spanish). AFA. 19 May 2010. Dicapai pada 19 May 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  90. ^ White, Duncan (3 July 2010). "Argentina 0 Germany 4: match report". The Daily Telegraph. UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-06. Dicapai pada 3 July 2010.
  91. ^ "Batista announces Albiceleste squad". AFA. Dicapai pada 31 May 2011.
  92. ^ "Argentina 1-1 Uruguay (AET, 4-5 pens.): Carlos Tevez penalty miss proves costly as hosts crash out of Copa America". Goal.com. Dicapai pada 16 December 2014.
  93. ^ "Argentina 1 Uruguay 1 (aet Uruguay win 5-4 on pens): Tevez penalty miss costs hosts place in semis". Daily Mail. Dicapai pada 16 December 2014.
  94. ^ "Milito, doppietta e lacrime nella partita d'addio" (dalam bahasa Italian). Mediaset. 12 November 2016. Dicapai pada 14 November 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  95. ^ https://web.archive.org/web/20141017073836/http://www.corrieredellosport.it/gs_storie/2010/06/01-114296/Diego+Milito
  96. ^ "Milito becomes father to Agustina". FC Internazionale Milano official site. 21 March 2010. Dicapai pada 30 May 2010.
  97. ^ "Diego Milito" (dalam bahasa Italian). Corriere dello Sport – Stadio. 1 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  98. ^ "Storie di calabresi lontani da casa – I fratelli Milito". strill.it. 25 March 2012. Dicapai pada 5 January 2012.
  99. ^ http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=2010/matches/round=2000031/match=2000484/postmatch/lineups/index.html
  100. ^ "D. Milito - Soccerway". Soccerway. Dicapai pada 4 November 2015.
  101. ^ "Inter claim first gong of the treble". ESPNsoccernet. ESPN. 5 May 2010. Dicapai pada 6 May 2010.
  102. ^ "Samuel Eto'o fires Internazionale to Coppa Italia win over Palermo". Guardian. 29 May 2011. Dicapai pada 31 May 2011.
  103. ^ "Inter vs Palermo Report". Goal.com. 29 May 2011. Dicapai pada 31 May 2011.
  104. ^ "Two-goal Eto'o fires Inter to more glory". UEFA.com. 21 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2010. Dicapai pada 30 September 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  105. ^ Lyon, Sam (22 May 2010). "Bayern Munich 0-2 Inter Milan". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2016. Dicapai pada 28 May 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  106. ^ "Internazionale on top of the world". FIFA. 18 December 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 18 December 2010.
  107. ^ "TP Mazembe 0–3 Inter Milan". BBC Sport. 18 December 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2010. Dicapai pada 18 December 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  108. ^ "Italy - Footballer of the Year". RSSSF. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2015. Dicapai pada 30 September 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  109. ^ "OSCAR AIC 2009: É TRIONFO NERAZZURRO" (dalam bahasa Italian). www.Inter.it. 18 January 2010. Dicapai pada 27 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  110. ^ "CALCIO Gli Oscar del Aic Ibra, De Rossi e Mou" (dalam bahasa Italian). La Repubblica. 18 January 2010. Dicapai pada 27 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  111. ^ Carminati, Nadia (22 May 2010). "Milito 'absolutely happy'". Sky Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 May 2010. Dicapai pada 22 May 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  112. ^ "UEFA Club Forward of the Year". UEFA.com. 1 May 2011. Dicapai pada 28 November 2017.
  113. ^ "UEFA Club Footballer of the Year". UEFA.com. 1 May 2011. Dicapai pada 30 May 2016.
  114. ^ "World XI players". FifPro. FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-19. Dicapai pada 30 September 2015.

Pautan luar sunting