Buka menu utama

Javier Adelmar Zanetti (Sebutan Sepanyol: [xaˈβjeɾ saˈneti]; lahir 10 Ogos 1973) merupakan bekas pemain bola sepak Argentina yang bermain di posisi pertahanan atau pemain tengah bertahan. Sepanjang kariernya, Zanetti banyak bermain untuk kelab Serie A, Internazionale dari tahun 1995 sehingga 2014 dan mula menjadi kapten pasukan itu dari tahun 1999. Beliau digelar "Il Capitano" yang bermaksud kapten. Beliau boleh bermain di posisi sayap kiri atau kanan dan juga bermain di posisi pertahanan. Selepas bersara, beliau menjadi naib presiden kelab Inter.

Javier Zanetti
Zanetti vs CSKA Mosca 2011 - 2.png
Zanetti pada 2011.
Maklumat peribadi
Nama penuhJavier Adelmar Zanetti
Tarikh lahir (1973-08-10) 10 Ogos 1973 (umur 46)
Tempat lahirBuenos Aires, Argentina
Ketinggian1.78 m (5 ka 10+18 in)
Posisi permainanPertahanan / Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkiniInter Milan (Naib presiden)
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1992–1993Talleres33(1)
1993–1995Banfield66(4)
1995–2014Internazionale615(12)
Jumlah714(17)
Pasukan kebangsaan
1996Argentina B2312(0)
1994–2011Argentina143[1](5)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Zanetti bersama Inter menjuarai beberapa kejohanan berprestij antaranya lima trofi Serie A dan empat kejuaraan Coppa Italia. Di peringkat Eropah, Zanetti berjaya membantu Inter untuk menang dalam perlawanan ke-700nya, iaitu perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2010. Kejayaan itu adalah bagi melengkapkan gelaran "treble" bagi Inter dan Inter menjadi kelab Itali pertama membuat rekod bersejarah itu. Pada peringkat antarabangsa, beliau telah memegang rekod pemain memiliki kaps terbanyak dalam pasukan Argentina. Beliau juga beraksi dalam dua edisi Piala Dunia dan lima kejohanan Copa América.

Beliau juga memegang rekod penampilan terbanyak untuk kelab Itali yang berasal dari negara luar Itali iaitu sebanyak 858 perlawanan rasmi. Beliau juga merupakan pemain beraksi terbanyak dalam sejarah iaitu sebanyak 1123 perlawanan. Hanya Rogério Ceni (1200 perlawanan) dan Peter Shilton (1362 perlawanan) telah beraksi lebih banyak perlawanan.

Kehidupan awalSunting

Javier Adelmar Zanetti telah dilahirkan di Buenos Aires, Argentina. Beliau merupakan asal keturunan Itali dan ibu bapa beliau bekerja di kawasan pelabuhan di daerah Dock Sud, salah satu tempat terkenal di ibu kota Argentina itu. Bapa Zanetti, Rodolfo merupakan seorang tukang batu manakala ibunya, Violeta Bonnazola seorang tukang cuci. Zanetti mula bermain bola sepak di pusat bandar. Semasa beliau remaja, beliau cuba memasuki kelab akademi Independiente tetapi ditolak kerana diberitahu bahawa beliau kekurangan fizikal untuk meneruskan perlawanan. Sebaliknya, beliau menumpukan perhatian pada sekolah dan bekerja sebagai pembantu bapanya\ serta pelbagai kerja seperti menghantar susu dan bekerja di kedai runcit saudaranya.[2]

Kerjaya kelabSunting

Talleres RESunting

Selepas beliau ditolak untuk menyertai akadem Independiente, Zanetti menyertai kelab Talleres de Remedios de Escalada yang beraksi di divisyen dua. Di sana, beliau beraksi 33 perlawanan dan menjaringkan satu gol pada satu-satunya musim di kelab itu sebelum beliau melakukan perpindahan ke kelab divisyen pertama, Banfield.

BanfieldSunting

Zanetti yang baru berusia 20 tahun membuat debut untuk Banfield pada 12 September 1993 pada perlawanan menentang River Plate di tempat sendiri. Beliau menjaringkan gol pertamanya 17 hari kemudian pada perlawanan menentang Newell's Old Boys yang berkesudahan seri 1–1. Persembahan cemerlang Zanetti untuk Banfield akhirnya beliau mendapat populariti oleh peminat El Taladro dan juga menerima panggilan pasukan kebangsaan. Kelab-kelab gergasi divisyen satu seperti River Plate dan Boca Juniors telah menunjukkan minat terhadap Zanetti tetapi Zanetti memutuskan untuk kekal buat satu tahun lagi. Pada tahun 1995, bersama-sama pemain Argentina Sebastián Rambert, Zanetti berpindah ke kelab Itali,Internazionale dan menjadi pembelian pertama di bawah pemilikan baharu Inter, Massimo Moratti.

InternazionaleSunting

 
Zanetti sedang menjalani latihan

Zanetti melakukan penampilan sulungnya untuk Internazionale pada 27 Ogos 1995 ketika perlawanan menentang Vicenza. Beliau menjaringkan gol kedua Inter dalam aksi final Piala UEFA menentang Lazio di Parc des Princes, Paris.[3] Kejayaan tersebut menandakan kejayaan pertama Zanetti bersama Inter setelah tewas dalam perlawanan akhir Piala UEFA pada musim sebelum ini.

Pada lewat tahun 2001, beliau telah dipilih untuk menjadi kapten pasukan Inter setelah Ronaldo, kapten Inter sebelum ini mengalami kecederaan.

Pada Ogos 2003, Zanetti menandantangani kontrak baru bersama Inter sehingga Jun 2007.[4][5]

Selepas ketibaan Maicon pada permulaan musim 2006–07, Zanetti berpindah ke posisi pemain tengah dari posisi asalnya iaitu bek kanan. Beliau mengakhiri kemarau empat tahun tanpa jaringan gol peribadi pada 5 November 2006[6] dalam aksi menentang Ascoli. Sebelum perlawanan itu, kali terakhir beliau mencetak nama sebagai penjaring gol Inter pada 6 November 2002 semasa menentang Empoli. Pada 27 September 2006, Zanetti beraksi dalam perlawanan ke-500nya untuk Inter ketika menentang Bayern Munich.[7] Sementara itu pada 22 November 2006 pula, beliau beraksi dalam perlawanan ke-100nya dalam pentas Eropah ketika menentang Sporting Clube de Portugal.[8]

Zanetti memainkan peranan penting dalam perlawanan Supercoppa Italiana 2008 menentang Roma. Beliau menyudahkan tendangan penalti Inter yang terakhir dalam aksi penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 sekali gus memastikan pasukannya merangkul kejuaraan tersebut buat kali ketiga.[9][10] Zanetti meraikan perlawanannya ke-600 untuk Inter pada 24 September 2008 semasa menentang Lecce.

Walaupun Zanetti sering dikelaskan sebagai seorang pemain pertahanan, namun kebanyakannya beliau beraksi di posisi pemain tengah pada awal musim 2008–09. Pada Oktober 2008, ketika jurulatih José Mourinho berdepan krisis beberapa tonggak pemain tengah Inter seperti Esteban Cambiasso dan Sulley Muntari dibelenggu kecederaan, Zanetti sekali lagi berpindah ke posisi pemain tengah bagi menghadapi perlawanan menentang Genoa dan Fiorentina. Semasa tempoh itu, Mourinho meletakkan beliau di posisi pemain tengah manakala barisan pertahanan dibarisi oleh Maicon, Lúcio, Walter Samuel dan Cristian Chivu.

 
Zanetti sedang beraksi untuk Inter pada tahun 2009.

Musim 2009–10 bermula dengan langkah kanan buat Zanetti apabila beraksi dalam pertembungan Derby della Madonnina menentang musuh tradisi, Milan dan berjaya membelasah pasukan lawan dengan skor 4-0. Dalam perlawanan menentang Genoa pada 17 Oktober, beliau memulakan serangan hendap bagi merencanakan jaringan gol kedua Inter setelah berjaya merebut bola daripada pemain lawan. [11] Pada 24 Oktober, beliau mencapai rekod yang dipegang oleh Giacinto Facchetti iaitu 476 kemunculan di Serie A semasa beliau beraksi menentang Catania. Beliau turut masih memegang rekod 162 penampilan berturut-turut untuk Inter.[12][13][14]

Inter meraih trofi Liga Juara-Juara Eropah setelah menumbangkan Bayern Munich 2-0 dalam aksi final pada 22 Mei 2010.[15] Perlawanan itu menandakan penampilan ke-700 untuk Zanetti bersama Inter[16] dan kejayaan tersebut menjadikan beliau merupakan kapten bagi mana-mana kelab Itali yang pertama meraih pencapaian "treble" iaitu setelah membantu Inter merangkul Scudetto, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara Eropah.[17]

 
Zanetti pada tahun 2011.

Pada 20 Oktober 2010 iaitu semasa berusia 37 tahun dan 71 hari, Zanetti menjadi pemain tertua menjaringkan gol dalam kejohanan Liga Juara-Juara ketika menentang Tottenham Hotspur di San Siro.[18] Jaringan gol tersebut merupakan jaringan keduanya di Liga Juara-Juara setelah beliau kali terakhir mencipta gol pada Disember 1998 ketika menentang Sturm Graz. Di samping itu, beliau juga merupakan salah satu penjaring gol Inter dalam aksi Piala Dunia Kelab FIFA 2010 menentang Seongnam Ilhwa Chunma.[19]

Pada 19 Januari 2011, Zanetti mengambil alih rekod yang dipegang legenda Inter Giuseppe Bergomi dalam jumlah penampilan di Serie A setelah beliau beraksi dalam perlawanan ke-520nya di Serie A. Pada 11 Mei 2011, Zanetti melakukan kemunculannya ke-1000 sebagai pemain bola sepak dalam aksi Coppa Italia menentang Roma. Pada 20 September 2011, Zanetti memecah rekod Giuseppe Bergommi sebagai pemain terbanyak beraksi di Serie A semasa perlawanan menentang Novara.

Pada 10 Mac 2013, Zanetti beraksi dalam perlawanan ke-600nya di Seire A untuk Inter ketika menentang Bologna.[20] Pada 21 April 2014, beliau beraksi dalam perlawanan rasminya ke-1,100 dalam aksi menentang Parma sekali gus menjadikannya sebagai pemain keempat membuat kemunculan terbanyak sepanjang zaman.[21]

Pada 29 April 2014, pengerusi kelab Erick Thohir mengumumkan bahawa Zanetti akan bersara pada penghujung musim 2013-14 dan beliau akan menjadi pengarah kelab.[22] Perlawanan kompetitif terakhir Zanetti pada 10 Mei 2014 semasa Inter meraih kemenangan 4-1 ke atas Lazio.[23][24] Beliau menggantikan Jonathan Moreira pada minit ke-52 dan memakai lilitan kapten khas yang menampilkan nama-nama setiap pemain yang pernah beraksi dengannya sepanjang kariernya di Inter.[25] Beliau mengumumkan persaraan setelah perlawanan menentang Chievo pada 18 Mei.[26]

Kerjaya antarabangsaSunting

Zanetti melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Argentina pada 16 November 1994 dalam perlawanan menentang Chile ketika di bawah kendalian jurulatih Daniel Passarella.

Zanetti telah dipanggil untuk mewakili Argentina ke kejohana Piala Dunia 1998 di Perancis. Beliau beraksi dalam perlawanan sulung Argentina di kejohanan itu semasa menentang Jepun yang berkesudahan kemenangan 1-0 berpihak kepada Argentina.[27] Dalam perlawanan pusingan ke-16, beliau menyudahkan jaringan melalui sepakan percuma oleh Juan Sebastián Verón semasa menentang England sekali gus menjadikan keputusan perlawanan seri 2-2.[28] Argentina akhirnya menang 4-3 menerusi penentuan penalti namun tersingkir di peringkat suku akhir kepada Belanda.[29]

Zanetti dipilih oleh jurulatih Marcelo Bielsa untuk ke kejohanan Piala Dunia 2002. Beliau beraksi dalam tiap-tiap perlawanan Argentina sepanjang kejohanan tersebut namun pasukannya terpaksa pulang awal walaupun meraih kemenangan dalam perlawanan pertama mereka.

 
Zanetti sedang beraksi untuk Argentina pada tahun 2011.

Zanetti meraikan penampilannya ke-100 untuk Argentina setelah membantu pasukannya meraih kemenangan ke atas Mexico dalam aksi separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2005 pada 26 Jun 2005 di samping beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. [30]

Walaupun beliau banyak tampil dalam aksi kelayakan ke Piala Dunia, namun jurulatih José Pékerman tidak memanggilnya ke skuad Piala Dunia 2006 yang mencetuskan kontroversi.[31] Sebaliknya, Lionel Scaloni menjadi pilihan jurulatih untuk dipilih ke dalam skuad Piala Dunia 2006.

Di bawah bimbingan jurulatih baru Alfio Basile, Zanetti telah dipanggil untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Perancis pada 7 Februari 2007. Beliau beraksi dengan cemerlang dan membantu Javier Saviola untuk menjaringkan gol tunggal permainan sekali gus membantu Argentina meraih kemenangan pertama di bawah kendalian Basile.[32] Pada tahun yang sama, Zanetti menjadi naib kapten Argentina untuk kejohanan Copa América 2007 dan pasukannya telah mara ke final sebelum tunduk kepada Brazil.

Pada April 2007, Zanetti teah diberi Anugerah Giuseppe Prisco.[33] Selepas persaraan Roberto Ayala, Zanetti mewarisi lilitan kapten pasukan. Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Bolivia pada 17 November 2007, beliau menjadi pemain terbanyak melakukan penampilan bersama Argentina.[34]

Zanetti tetap menjadi tonggak utama pasukan di bawah kendalian jurulatih baru Diego Maradona, walaupun Javier Mascherano mengambil alih peranan kapten pasukan atas permintaan Maradona.[35] Walaupun merangkul trofi Liga Juara-Juara bersama Inter, Zanetti dan rakan sepasukannya di Inter, Esteban Cambiasso tidak terpilih ke dalam skuad Piala Dunia 2010. Keputusan ini dikecam hebat oleh pengulas dari Amerika Selatan dan juga Eropah. Sebaliknya, pemain yang berusia 30 tahun iaitu Ariel Garcé yang hanya memperoleh dua panggilan dalam tempoh lima tahun[36] menerima panggilan mengejut namun beliau langsung tidak beraksi dalam sebarang perlawanan di kejohanan tersebut. Tempat Zanetti diambil oleh pemain Newcastle United yang beraksi di divisyen kedua England, Jonás Gutiérrez.[37]

Pada 20 Ogos 2010, jurulatih Argentina Sergio Batista memanggil Zanetti untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada 7 September 2010. Dalam perlawanan itu, beliau bersama pemain legenda Gabriel Batistuta telah menerima penghormatan oleh Persatuan Bola Sepak Argentina oleh kerana karier mereka yang menakjubkan selain meraih tepukan gemuruh daripada 48,000 orang penonton.[38] Beliau sekali lagi dipanggil untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Jepun pada Oktober 2010 tetapi diketepikan pada saat-saat akhir kerana mengalami kecederaan.[39]

Zanetti merupakan antara anggota skuad Argentina bagi kejohanan Copa América 2011 yang berlangsung di tanah airnya sendiri. Beliau beraksi dalam keempat-empat perlawanan Argentina sepanjang kejohanan tersebut yang menyaksikan pasukannya terkandas di peringkat suku akhir kepada Uruguay.[40]

Statistik kerjayaSunting

KelabSunting

Sehingga 20 Mei 2019.
Kelab Musim Liga Piala Benua[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Talleres 1992–93 33 1 33 1
  Banfield 1993–94 37 1 37 1
1994–95 29 3 29 3
Jumlah 66 4 66 4
  Internazionale 1995–96 32 2 5 0 2 0 39 2
1996–97 33 3 5 1 12 0 50 4
1997–98 28 0 4 0 9 2 41 2
1998–99 34 3 5 0 9 1 2 0 50 4
1999–2000 34 1 8 1 1 0 43 2
2000–01 29 0 1 0 4 0 34 0
2001–02 33 0 1 1 10 1 44 2
2002–03 34 1 1 0 18 0 53 1
2003–04 34 0 5 0 12 0 51 0
2004–05 35 0 3 0 11 0 49 0
2005–06 25 0 5 0 8 0 1 0 39 0
2006–07 37 1 4 0 8 0 1 0 50 1
2007–08 38 1 4 0 8 0 1 0 51 1
2008–09 38 0 4 0 8 0 1 0 51 0
2009–10 37 0 4 0 13 0 1 0 55 0
2010–11 35 0 5 0 8 1 4 1 52 2
2011–12 34 0 2 0 8 0 1 0 45 0
2012–13 33 0 4 0 11 0 48 0
2013–14 12 0 1 0 13 14
Jumlah 615 12 71 3 159 5 13 1 858 21
Jumlah kerjaya 714 17 71 3 159 5 13 1 957 26
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara UEFA dan Piala UEFA
  2. ^ Termasuk perlawanan play-off Serie A, Supercoppa Italiana, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA

AntarabangsaSunting

Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
1994 3 0
1995 14 0
1996 5 0
1997 4 0
1998 9 2
1999 11 0
2000 7 0
2001 9 0
2002 6 0
2003 8 1
2004 14 1
2005 10 0
2007 15 0
2008 11 0
2009 8 0
2010 2 0
2011 7 0
Jumlah 143 4

Gol antarabangsaSunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
14 Mei 1998 Mendoza, Argentina   Bosnia dan Herzegovina
3–0
5–0
Persahabatan
2
30 Jun 1998 Saint-Étienne, Perancis   England
2–2
2–2
Piala Dunia 1998
3
8 Jun 2003 Osaka, Jepun   Jepun
1–2
4–1
Piala Kirin 2003
4
9 Oktober 2004 Buenos Aires, Argentina   Uruguay
3–0
4–2
Kelayakan Piala Dunia 2006

PencapaianSunting

KelabSunting

Inter[41]

AntarabangsaSunting

Argentina

IndividuSunting

 
Nombor 4 di Internazionale masih disimpan sehingga ke hari ini sebagai tanda penghargaan ke atas karier Zanetti untuk kelab itu.

CatatanSunting

  1. ^ name="fifa.com">http://www.fifa.com/mm/document/fifafacts/stats-centclub/52/00/59/centuryclub290715_neutral.pdf
  2. ^ name=Bandini
  3. ^ "1997/98: Zamorano leads Inter success". UEFA. 1 June 1998. Dicapai 19 May 2014. 
  4. ^ "Inter captain Javier Zanetti turns 30". inter.it. 10 August 2003. Dicapai 8 March 2019. 
  5. ^ "J. Zanetti: "I've renewed my contract with Inter until 2007."". inter.it. 6 August 2003. Dicapai 8 March 2019. 
  6. ^ "Match Formations". Football-Lineups.com. Dicapai 17 January 2007. 
  7. ^ "Zanetti completes 500 matches with Inter". 
  8. ^ "tactical Formations". Football-Lineups.com. Dicapai 17 January 2007. 
  9. ^ Adam Scime (26 August 2008). "Zanetti: My First Ever Penalty". Goal.com. Dicapai 8 March 2019. 
  10. ^ "Zanetti: "Che rigore e il mio primo rigore!"" [Zanetti: "This penalty is my first!"] (dalam bahasa Itali). inter.it. 25 August 2008. Dicapai 8 March 2019. 
  11. ^ "Throwback thursday: Stakovic's stunner against Genoa". inter.it. 17 October 2009. Dicapai 8 March 2019. 
  12. ^ "South American Dispatch: Javier Zanetti Tempted Home From Italy By Banfield". goal.com. 16 December 2009. Dicapai 18 December 2009. 
  13. ^ "Zanetti's record of playing in 162 consecutive matches is safe thanks to Acerbi's red card". FedeNerazzurra.net. Dicapai 12 March 2019. 
  14. ^ "Acerbi won't beat Zanetti record". Football Italia. 20 January 2019. Dicapai 12 March 2019. 
  15. ^ Paul Wilson (22 May 2010). "Inter win Champions League final as Diego Milito downs Bayern Munich". Madrid: The Guardian. Dicapai 8 March 2019. 
  16. ^ "Zanetti to play 700th match for Inter". Times Live. 21 May 2010. Dicapai 8 March 2019. 
  17. ^ "Inter join exclusive treble club". UEFA.com. 22 May 2010. Dicapai 7 June 2017. 
  18. ^ "Inter Milan 4 Tottenham 3". BBC Sport. 20 October 2010. Dicapai 20 October 2010. 
  19. ^ "FIFA Club World Cup UAE 2010". FIFA. Dicapai 11 May 2014. 
  20. ^ "Zanetti: 'My 600th Inter game'". Football Italia. 10 March 2013. 
  21. ^ "Internazionale vs. Parma". Soccerway. 21 April 2014. Dicapai 29 April 2014. 
  22. ^ "Zanetti to retire this summer and become Inter director – Thohir". Goal.com. 29 April 2014. Dicapai 29 April 2014. 
  23. ^ "ZANETTI: "AN EMOTIONAL EVENING BUT WE'RE FOCUSED ON LAZIO"". Inter.it. 10 May 2014. Dicapai 10 May 2014. 
  24. ^ "Inter 4 – 1 Lazio". Inter.it. 10 May 2014. Dicapai 10 May 2014. 
  25. ^ Augustus, Luke (10 May 2014). "Javier Zanetti enjoys winning San Siro swansong as Inter Milan thrash Lazio". Daily Mail. Dicapai 10 May 2014. 
  26. ^ "Chievo v Inter". Sky Sports News. 18 May 2014. Dicapai 19 May 2014. 
  27. ^ "Argentina 1–0 Japan". FIFA. 14 June 1998. Dicapai 9 June 2016. 
  28. ^ Henry Winter (30 June 1998). "World Cup 1998; Argentina 2 England 2, Argentina win 4-3 on pens: match report". Telegraph.co.uk. Dicapai 9 June 2016. 
  29. ^ Rob Draper (8 July 2014). "Dennis Bergkamp's genius fired Holland past Argentina in the 1998 World Cup... will we see anything like it in Sao Paulo?". Daily Mail. Dicapai 9 June 2016. 
  30. ^ "Centurion Zanetti celebrates in style". FIFA. 26 June 2005. Diarkibkan daripada asal pada 1 October 2007. Dicapai 2007-06-26. 
  31. ^ "World Cup snub for Zanetti". Skysports.com. 15 May 2006. Dicapai 2007-07-11. 
  32. ^ ""Saviola sinks Les Bleus in Paris"". Yahoo sports. 7 February 2007. Dicapai 7 February 2007. 
  33. ^ ""Premio Prisco: i vincitori della V edizione"" (dalam bahasa Italian). Tutto Abruzzo. Diarkibkan daripada asal pada 18 October 2013. Dicapai 9 June 2016. 
  34. ^ ""No stopping record-breaker Zanetti"". UEFA. 19 November 2007. Dicapai 9 June 2016. 
  35. ^ "Mascherano accepts captaincy offer". FIFA. Diarkibkan daripada asal pada 23 September 2013. Dicapai 9 June 2016. 
  36. ^ "Ariel Garce matches". Football-Lineups.com. 9 June 2016. Dicapai 9 June 2016. 
  37. ^ Daniel Edwards (14 June 2010). "World Cup 2010: Jonas Gutierrez: I Feel Comfortable At Right Back For Argentina". Goal.com. Dicapai 9 June 2016. 
  38. ^ "Argentina: Batistuta and Zanetti, winning at home for their respective records". Football News @ Goaledor.Com. 28 August 2010. Diarkibkan daripada asal pada 11 July 2011. Dicapai 20 August 2010. 
  39. ^ "Pupi no, ¿y Milito?" (dalam bahasa Spanish). Ole.com.ar. 28 September 2010. Dicapai 28 September 2010. 
  40. ^ Daniel Edwards (17 June 2011). "Argentina 1-1 Uruguay (AET, 4-5 pens.): Carlos Tevez penalty miss proves costly as hosts crash out of Copa America". Goal.com. Dicapai 9 June 2016. 
  41. ^ "J. Zanetti". Soccerway. Dicapai 30 December 2015. 
  42. ^ Inter.it staff, inter(a t)inter.it (17 November 2006). "F.C. Internazionale Milano". Inter.it. Dicapai 14 October 2017. 
  43. ^ "A Florenzi il "Pallone d'Argento" Coppa Giaimè Fiumano" (dalam bahasa Italian). ussi.it. 8 May 2016. Dicapai 18 May 2016. 
  44. ^ "404". FIFPro World Players' Union. 
  45. ^ "404". FIFPro World Players' Union. 
  46. ^ "Javier Zanetti" (dalam bahasa Italian). UEFA. Dicapai 25 April 2016. 
  47. ^ "Premio Nazionale Carriera Esemplare Gaetano Scirea: Alba d'Oro". Dicapai 21 January 2015. 
  48. ^ "Golden Foot – Javier Zanetti". Goldenfoot.com. Diarkibkan daripada asal pada 9 February 2015. Dicapai 1 March 2015. 
  49. ^ "Zanetti nel nome di Facchetti Il bello del calcio è il Capitano". Dicapai 21 January 2015. 
  50. ^ "Oscar del calcio, Pirlo giocatore dell'anno". Il Corriere della Sera (dalam bahasa Italian). 28 January 2013. Dicapai 25 April 2016. 
  51. ^ "Internazionale retire No4 shirt in honour of Javier Zanetti", The Guardian, 30 June 2014
  52. ^ McVitie, Peter. "Inter make Zanetti vice-president and retire No.4 jersey - Thohir - Goal.com". www.goal.com. 
  53. ^ "Javier Zanetti Story" (dalam bahasa Italian). Premio Gentleman. Dicapai 25 April 2016. 
  54. ^ "La Selección de Todos los Tiempos" [The Team of All Time] (dalam bahasa Spanish). Argentine Football Association. 4 January 2016. Dicapai 29 January 2018. 
  55. ^ "Wall of Fame". GlobeSoccer. 
  56. ^ "HALL OF FAME, ECCO I 4 VINCITORI DELLA PRIMA EDIZIONE" (dalam bahasa Italian). Inter.it. 9 March 2018. Dicapai 30 May 2018. 
  57. ^ "Totti, Zanetti e Allegri tra i premiati dell'8ª edizione della 'Hall of Fame del calcio italiano'" (dalam bahasa Italian). FIGC.it. 19 February 2019. Dicapai 20 May 2019. 

Pautan luarSunting