Dragon Ball ZKai
Dragon Ball Z Kai atau hanya dikenali sebagai Dragon Ball Kai adalah siri anime yang merupakan sebahagian daripada francais Dragon Ball yang merupakan suntingan semula anime asal Dragon Ball Z. Siri ini mula disiarkan di Jepun pada 5 April 2009 untuk mengingati ulangtahun Dragon Ball Z.
Dragon Ball Z Kai | |
ドラゴンボール改カイ (Doragon Bōru Kai) | |
---|---|
Genre | Shonen / Aksi |
Diciptakan oleh | Akira Toriyama |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Yasuhiro Nowatari |
Studio | Toei Animation |
Penyiaran Asal | Fuji TV |
Tarikh tayangan | 5 April 2009 – 27 March 2011 |
Episod | 98 |
Siri televisyen anime | |
Dragon Ball Z Kai: The Final Chapters | |
Pengarah | Naohiro Terazaki |
Skrip/Penulis | Takao Koyama Katsuyuki Sumisawa Toshiki Inoue Hiroshi Toda |
Studio | Toei Animation |
Penyiaran Asal | Fuji TV |
Tarikh tayangan | 6 April 2014 – 28 Jun 2015 |
Episod | 69 |
Pada Februari 2009, Toei Animation mengumumkan bahawa mereka akan membuat siaran semula Dragon Ball Z sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 siri anime asal. Mula disiarkan pada 5 April 2009, di bawah nama Dragon Ball Kai, dengan setiap episod dirakam semula untuk siaran HDTV, ia menampilkan lagu pembukaan dan penamat yang dikemaskini, serta rakaman semula runut vokal oleh kebanyakan seiyu asal.[1][2] Siri ini juga disunting semula supaya ia lebih menghampiri kandungan dalam manga asal, menghasilkan jalan cerita yang lebih pantas, serta pembuangan bingkai yang rosak.[3] Oleh itu, ia boleh dianggap sebagai siri "baru" yang direka daripada siaran asal Dragon Ball Z.
Siri ini setakat ini telah menggunakan lima muzik tema. Tema pembukaan pertama bertajuk "Dragon Soul" (Episod 1-98) dan tema pembukaan kedua bertajuk "Kuu-Zen-Zetsu-Go" (Episod 99 - kini) dipersembahkan oleh Takayoshi Tanimoto dan juga mempersembahkan tema penutup pertama bertajuk "Yeah! Break! Care! Break!". Kedua-duanya sebahagian dari satu unit dipanggil Dragon Soul beserta pemain gitar dan komposer Takafumi Iwasaki.[4] Pada tema pembukaan pertama terdapat empat visual berlainan mengikut musim bersama satu lagu pembukaan yang sama bermula Pertempuran Saiya kemudiannya Pertempuran Frieza, Pertempuran Android dan terbaru Pertempuran Cell. Tema penutup kedua bertajuk "Kokoro no Hane" (心の羽根 , "Sayap di Hati") (Episod 56 - 98) dan dipersembahkan Team Dragon dari AKB48, sebuah kumpulan yang semua ahlinya wanita.[5] Tema penutup ketiga bertajuk "Haikei, Tsuratsusutora" (Episod 99 - kini) dinyayikan oleh Good Morning America. Walaupun jalan cerita ini diambil dari bahan yang telah wujud, turutan pembukaan dan penutup itu dibuat daripada kaedah animasi yang lain.[6] Himpunan DVD dan cakera Blu-ray pertama dikeluarkan pada 18 September 2009,[7][8] dengan pelepasan jilid individu bulanan. Sama juga dengan set kotak Blu-ray.[9]
Baru-baru ini, Toie Animation mengumumkan bahawa Dragon Ball Kai akan bersambung semula pada 6 April 2014.
Episod Dragon Ball Kai
suntingMusim Pertama
suntingKisah dimulakan dengan pertempuran Goku dan Pikkolo dengan Raditz diikuti pertarungan dengan Bezita dan pengembaraan ke Planet Namek. Ikuti jalan ceritannya melalui senarai episod musim pertama Dragon Ball Kai yang tertera di atas.
Episod: 1 - 30
Musim Kedua
suntingGoku telah pun tiba di Planet Namek untuk membantu Gohan, Kurilin dan Bulma. Namun begitu, Frieza telah memanggil Angkatan Ginyu untuk menghalang mereka. Saksikan aksi Goku melawan Frieza dalam Dragon Ball Kai Musim Kedua!
Episod: 31 - 54
Musim Ketiga
suntingFrieza tidak terkorban dalam letupan Planet Namek sebaliknya diselamatkan bapanya, Raja Cold. Frieza menuju ke Planet Bumi bersama bapanya untuk membalas dendam terhadap Son Goku yang membuatkannya hampir mati. Walau bagaimanapun, Frieza dan konco-konconya dibunuh seorang remaja misteri sebaik sahaja tiba di Bumi.
Episod: 54 - 68
Musim Keempat
suntingMusuh baru yang jauh lebih kuat daripada Cyborg ciptaan Doktor Gero telah muncul. Adakah Pahlawan Naga dapat mengalahkannya?
Episod: 69 - 98
Musim Kelima
suntingTujuh tahun kemudian, Gohan telah masuk ke alam Sekolah Menengah Tinggi & Sampai Goku mengalahkan Majin Boo.
Episod: 99 - 122
Pratonton:
Musim Keenam
suntingEpisod: 123 - 140
Musim Ketujuh
suntingEpisod: 141 - 167
Perbezaan Dengan Dragon Ball Z
suntingTerdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua siri ini. Yang pertamanya dari segi jalan cerita. Dragon Ball Kai lebih mengikuti karya asal Akira Toriyama dengan memotong babak tambahan yang terdapat di dalam Dragon Ball Z. Selain itu, Dragon Ball Kai juga merupakan penganimasian semula Dragon Ball Z dalam bentuk HD dengan membaiki bahagian siri yang rosak. Antara beberapa babak yang dipulih semula:
Pelakon suara
sunting- Masako Nozawa sebagai Son Goku
- Masako Nozawa sebagai Son Gohan
- Masako Nozawa sebagai Son Goten
- Ryo Horikawa sebagai Vegita
- Kozo Shioya sebagai Majin Buu
- Toshio Furukawa sebagai Piccolo
- Takeshi Kusao sebagai Trunks
- Hiromi Tsuru sebagai Bulma
- Mayumi Tanaka sebagai Krillin
- Tooru Furuya sebagai Yamcha
- Naoko Watanabe sebagai Chichi
- Shino Kakinuma sebagai Videl
- Bin Shimada sebagai Babidi
- Unshou Ishizuka sebagai En. Satan
- Yuji Mitsuya sebagai Kaioshin
- Jouji Yanami sebagai Pencerita dan Raja Kai
Staf animasi
sunting- Perancang: Makoto Seino, Kozo Morishita
- Karya asal: Akira Toriyama (Dragon Ball diedarkan oleh Shueisha)
- Pengeluar: Osamu Nozaki, Naoko Sagawa, Norihiro Hayashida
- Muzik: Norihito Sumitomo
- Pengarah suara: Yukio Nagasaki, Satoshi Motoyama
- Ketua pengeluar: Atsunori Kazama
- Suntingan: Kenta Katase
- Kerjasama siri Komposisi: Caramel Mama
- Video pembukaan/penutupan: Tadayoshi Yamamuro
Rujukan
sunting- ^ "Dragon Ball Z to Rerun on Japanese TV in HD in April". Anime News Network. 2009-02-06. Dicapai pada 2009-02-21.
- ^ "Japan's Remastered DBZ to Be Called Dragon Ball Kai". Anime News Network. 2009-02-19. Dicapai pada 2009-02-21.
- ^ "Commemorating the 20th Anniversary of the Start of Dragon Ball Z's Broadcast! The Son Goku Legend, Once More!! And its name is... Dragon Ball Kai". V Jump (dalam bahasa Jepun). Japan: Shueisha: 10. 9 Februari 2009.
- ^ "オープニング&エンディングテーマが決定!" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Dicapai pada 15 April 2009.
- ^ "チームドラゴン fromAKB48 : チームドラゴン from AKB48、『ドラゴンボール改』ED曲を全11種類のパッケージで発売 / BARKS ニュース". Barks (dalam bahasa Jepun). 1 Jun 2010. Dicapai pada 31 Mei 2010.
- ^ "ドラゴンボール改" (dalam bahasa Jepun). Fuji Television. Diarkibkan daripada yang asal (Flash) pada 2012-04-05. Dicapai pada 29 April 2009.
- ^ "ドラゴンボール改 1" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-06. Dicapai pada 3 November 2009. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ "ドラゴンボール改 1 (Cakera Blu-ray)" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-06. Dicapai pada 3 November 2009. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ "ドラゴンボール改 BOX1 (Cakera Blu-ray)" (dalam bahasa Jepun). Toei Animation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-06. Dicapai pada 3 November 2009. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)
Galeri
sunting-
Poster debut Dragon Ball Kai