Ejaan yang Disempurnakan

(Dilencongkan dari EYD)

Ejaan yang Disempurnakan (EYD) atau Ejaan Rumi Bersama (ERB) ialah piawai ejaan bahasa Melayu baku dan bahasa Indonesia yang digunakan secara rasmi sejak tahun 1972 dengan menggantikan ejaan lama sebelumnya. Bahasa Melayu baku yang digunakan secara rasmi di Brunei, Malaysia dan Singapura menggantikan Ejaan Sekolah atau Ejaan Zaba. Manakala, bahasa Indonesia menggantikan ejaan sebelumnya iaitu Ejaan Republik. Namun, EYD lewat digunakan secara rasmi di Negara Brunei Darussalam iaitu bermula pada awal tahun 1983.[1] Ejaan ini pula digantikan dengan Ejaan Bahasa Indonesia sejak tahun 2015.

Pada 23 Mei 1972, sebuah kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, dan Mashuri Saleh, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kenyataan bersama itu mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah disetujui oleh para ahli dari kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Sistem ejaan ini dikuatkuasakan pada 16 Ogos 1972 berdasarkan Keputusan Presiden No. 57 Tahun 1972, berlakulah sistem ejaan Rumi (ejaan Latin dalam istilah bahasa Indonesia) bagi bahasa Melayu baku-baku Malaysia dan Indonesia.

Selanjutnya Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia menyebarluaskan buku panduan penggunaan yang berjudul "Pedoman Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan". Kemudian pada 12 Oktober 1972, Jawatankuasa Pengembangan Bahasa Indonesia, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, menerbitkan buku "Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan" dengan penjelasan kaedah penggunaan yang lebih luas. Melalui Surat Keputusan No. 0196/1975, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia kemudian mengesahkan kedua-dua "Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan" dan "Pedoman Umum Pembentukan Istilah".

Perbezaan antara EYD dan Ejaan RepublikSunting

Perbezaan-perbezaan antara EYD dan Ejaan Republik adalah seperti yang berikut:

  • 'tj' menjadi 'c' : tjutji → cuci
  • 'dj' menjadi 'j' : djarak → jarak
  • 'j' menjadi 'y' : sajang → sayang
  • 'nj' menjadi 'ny' : njamuk → nyamuk
  • 'sj' menjadi 'sy' : sjarat → syarat
  • 'ch' menjadi 'kh' : achir → akhir

Untuk penjelasan yang lebih lanjut tentang penulisan tanda baca, sila lihat Penulisan tanda baca sesuai EYD

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting