Erna Elliyana binti Rosli adalah merupakan seorang penyanyi, pelakon dan usahawan Malaysia yang memulakan karier seninya pada tahun 1988 dalam drama bersiri Opah di RTM. Beliau juga merupakan adik kepada Ikhwan Rosli, iaitu pelakon dan bekas penyampai radio Hot FM dan Kool FM.

Erna Elliyana
Kelahiran
Erna Elliyana binti Rosli

(1988-08-10) 10 Ogos 1988 (umur 36)
PekerjaanPelakon, penyanyi, usahawan
Tahun aktif1988–kini
IbuHasnah Ibrahim
KeluargaIkhwan Lein (abang)
Kerjaya muzik
GenrePop, Balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
MilleniumArt Sdn Bhd (2008)
Pengkarya berkait
Ikhwan Lein, Julfekar

Karier

sunting

1988-1998

sunting

Erna memulakan karier seninya pada tahun 1988 apabila beliau berlakon sewaktu masih berusia 6 bulan dalam drama bersiri RTM, Opah. Beliau secara rasminya bergelar pelakon pada 1998 apabila ditawarkan berlakon dalam drama Mat Despatch sebagai Bad.

2000-2001

sunting

Beliau kemudian menyertai program realiti nyanyian terbitan TV3 pada ketika itu, Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2000 dan berjaya dinobatkan naib juara didalam pertandingan realiti tersebut. Pada tahun yang sama juga beliau ditawarkan menjadi pengacara cilik dalam rancangan Ikan Kekek dan Can Mali Can di TV3.

Setelah lama menyepi, Erna kembali dengan menyertai sebuah program realiti TV nyanyian, iaitu Malaysian Idol musim pertama, iaitu siri yang diadaptasi dari American Idol di 8TV. Namun perjuangannya terhenti di Top 40.

Erna kembali mencuba nasib dengan menyertai sebuah siri program realiti nyanyian, One in a Million musim pertama iaitu sebuah siri TV nyanyian yang menggantikan siri Malaysian Idol yang ditamatkan siaran pada 2006. Namun beliau gagal apabila perjuangannya terhenti di Top 20. Beliau dan 9 lagi orang peserta yang disingkirkan kemudian diberikan peluang kedua didalam 2nd Chance Show, namun sekali lagi beliau gagal menempatkan diri dikalangan Top 12 pada ketika itu.

Beliau akhirnya dilamar oleh syarikat rakaman MilleniumArt Sdn Bhd dan telah melancarkan single pertamanya yang berjudul Bukan Untuk Sesaat, iaitu ciptaan Julfekar manakala lirik ditulis oleh Pajin. Beliau kemudian giat aktif bagi mempromosikan lagu tersebut di stesen-stesen radio tempatan. Lagu ini juga pernah dicalonkan di Muzik-Muzik 23 namun gagal ke peringkat separuh akhir.

2022-kini

sunting

Beliau yang kini berusia 33 tahun dan telah berkahwin dan juga bergelar usahawan sebuah produk kesihatan dan kecantikan yang diusahakannya bersama penyanyi Datin Alyah iaitu, Kamya Glow yang turut mendapatkan perhargaan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Awards bagi kategori Health And Beauty.

Diskografi

sunting

Single

sunting
Tahun Judul Album
2008 "Bukan Untuk Sesaat" Single

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1988 Opah RTM Beliau berusia 6 bulan ketika itu.
1998 Mat Despatch Bad Drama pertama.
Tahun Tajuk Watak Catatan
1995 Suami, Isteri dan .....? Amir Sebagai anak kepada Rosyam Nor dan Lydiawati.

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2000 Sinaran Pasport Kegemilangan Peserta TV3 Naib Juara.
Ikan Kekek Pengacara
2001 Can Mali Can
2004 Malaysian Idol Peserta 8TV Tersingkir di Top 40.
2006 One in a Million Tersingkir di Top 20.

Anugerah dan pencapaian

sunting
2000


2004


2006

Rujukan

sunting