Ery Zukhairi (lahir 6 Disember 1978), pemegang Ijazah Sarjana Muda dari UTM ini merupakan seorang pelakon, model, penerbit dan pengarah lelaki Malaysia [1]. Beliau juga merupakan seorang Jurutera sepenuh masa di dalam sektor perindustrian elektronik & automotive. Beliau terkenal dengan melakonkan watak utama sebagai Inspektor Shariff didalam Filem Temuan Takdir dan Watak utama Wahyu didalam Filem Flat_3A terbitan Metrowealth.

Ery Zukhairi
Kelahiran
Syed Ahmad Zukhairi

(1978-12-06) 6 Disember 1978 (umur 45)
PendidikanIjazah Fizik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
PekerjaanPelakon, model, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif2009–kini


Kerjaya sunting

Beliau mula bergiat aktif dalam dunia seni sebagai pelakon teater pada tahun 1993 – 2001, menjadi model dan pelakon iklan komersial pada 2008 sebelum disunting oleh MIG sebagai resident artist pada 2009. Dalam pada itu, beliau masih mempunyai kerjaya tetap sebagai seorang jurutera di beberapa Syarikat Industri Elektronik & Automotif di Lembah Kelang. Beliau mula menempa nama apabila terpilih melalui saringan ketat pengarah tersohor Azhari Zain untuk memegang watak utama didalam Filem Flat 3A terbitan MIG pada tahun 2011 dan meneruskan kerjaya dan minat beliau didalam bidang seni tanah air.

Beliau amat terkenal pada tahun 2010-2018 sebagai satu-satunya Pelakon Lelaki Malaysia yang paling kerap membintangi Iklan TV Komersial dan masih lagi aktif didalam lakonan komersial dan model hingga sekarang (2023). Pernah juga menjadi model tetap majalah AVON selama 3 tahun (2013-2015) dan Ambassador Thalassemia Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2015. Selain berlakon, beliau juga berbakat dalam penulisan skrip dan penah menulis 2 skrip drama terbitan RTM iaitu Drama Melodi Cinta Sara 13 ep (2018) dan Drama Pelangi Cinta Abu Dhabi 26 ep (2019).

Yang terkini, beliau mula berjinak-jinak sebagai seorang Penerbit dan Pengarah film/drama semenjak 2022. Beliau pernah menerima Dana Film Pendek dari FINAS pada 2022 dan menerima pengiktirafan sebagai Short Film terbaik dari 10 dana yang diberi dengan menjadi penulis, pengarah dan sekaligus penerbit bagi Filem Pendek KASIH TAK TERLIHAT. Beliau kini didalam proses menerbit dan mengarah 1 filem aksi komedi yang bakal ditayangkan pada 2024 nanti.


Kehidupan Peribadi sunting

Ery Zukhairi dilahir dan dibesarkan di Keramat, Kuala Lumpur. Pada 23 July 1996, Ery melanjutkan pelajarannya ke Universiti Teknologi Malaysia dan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik pada 2001. Sangat berminat untuk menjadi juruterbang dan penah mengambil ujian kelayakan di hotel Nikko sebanyak 2 Level pada 2002 tetapi tidak meneruskan atas sebab peribadi. Beliau mula menjadi Production Engineer di Senai, Johor selepas graduasi dan kemudian meneruskan kerjaya di Epson Precision, Texas Instrument dan beberapa syarikat lagi. Ajakan arwah Azhari Zain untuk kepejabat MIG mengubah hidupnya selepas ditawarkan menjadi artis tetap. Arwah Azhari Zain melihat bakat dan pakej yang dipunyai oleh Ery Zukhairi semasa menjadi watak pembantu dbawah drama Epilog Syurga Cinta arahannya.

"Saya masih ingat dan pegang kata-kata keramat arwah abang Azhari pada saya sebelum penggambaran Flat 3A, katanya, "Ery, hadam kan ayat abang ni, sentiasa merendah diri, tapi, dalam lakonan, walaupon kau jadi kereta volkswagon buruk dalam barisan Ferrari, pastikan orang pandang dan ingat watak kau sebab kau lain dari yang lain". Sampai sekarang, dialah satu-satunya mentor saya", ujar Ery Zukhairi mengenai insan yang mengubah hidupnya didalam industri seni negara.


Filemografi sunting

FILEM

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Flat 3A Wahyu Filem pertama
2011 Momok Jangan Panggil Aku Adie Galaxy Picture
2011 Karipap-Karipap Cinta Amran Cinematic Sdn. Bhd.
2011 Sumpahan Puaka Khairul M. Subash
2014 Rumah Sewa RM50 Zakri Cinematic Sdn. Bhd.
2016 Temuan Takdir Inspektor Shariff Zazen Design and Production
2019 Bu, Kasih Suci Dr Tarmizi MM2 Entertainment

DRAMA

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Ponti Anak Remaja Dr Adam / Raja Bersiung TV3
2011 Isabella Arif Lawyer TV3
2011 Gemilang Samsul TV3
2011 Pucuk Muda Kerabu Taugeh Johan TV3
2012 Skuad Celoreng Sarjan Amran TV2
2012 Psikik Cikgu Harun TV3
2015 Gerak Khas ASP Roslan TV2
2017 Cinta Pandang Kedua Prof Ashraf TV3
2018 Melodi Cinta Sara Zarul TV Okey
2019 Pelangi Cinta Abu Dhabi Zamarul TV2
2022 [Roxy] CEO Hairi TV3

TELEFILEM

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Selamar Hari Raya Bapak Johan (Supporting) RTM
2010 Penunggu Gunung Raya Johhan (Supporting) TV3
2010 AAlia Omar (Supporting) TV3
2010 Raya Musim Luruh Along (Supporting) TV3
2011 Air Mata Nur Salina Karim (Main Supporting) Anugerah Sri Angkasa
2016 Kapur Kuning Buat Putih Cikgu Amir (Main Cast) RTM
2023 Ikhlas Hadi (Main Cast) RTM
2023 Opah Jangan Lupa Rusdi (Main Supporting) RTM


TV KOMERSIAL

Tahun Brand Watak
2009 Courts Mammoth 1 Main Cast
2012 Courts Mammoth 2 Main Cast
2012 Astro Beyond Main Cast
2013 Proton Saga 50 Main Cast
2013 Colgate White Main Cast
2013 Ali Cafe Main Cast
2014 Safi Rania Gold Main Cast
2014 Glo Main Cast
2015 Unifi TM Main Cast
2015 Avon Main Cast
2016 Toyots Hilux Main Cast
2016 Air Asia Main Cast
2016 Tabung Haji Main Cast
2017 Perodua Alza Main Cast
2017 Prudential Main Cast
2017 Panasonic Main Cast
2018 Aeon Credit Main Cast
2018 Aeon Credit Main Cast
2021 Aircond HEIR Main Cast
2022 Bentley Main Cast
2023 Sunquick Main Cast
2023 Van Houten Main Cast

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pelakon Harapan Lelaki Ery Zukhairi Tercalon

Rujukan sunting


Pautan luar sunting