Bujang Senang (filem)
(Dilencongkan dari Filem Bujang Senang)
Bujang Senang ialah sebuah filem komedi keluarga Malaysia 2006 arahan Abdul Razak Mohaideen. Filem yang dibintangi oleh Saiful Apek, Fasha Sandha dan Yassin Yahya .
Bujang Senang | |
---|---|
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Dihasilkan oleh | A. Latiff Mohaideen |
Dibintangi | |
Muzik oleh | Amy Uk’s |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Grand Brilliance |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis sunting
Bujang berasal daripada keluarga yang kaya. Dia berhasrat mencari teman wanita untuk dijadikan isterinya. Oleh kerana dia tidak mahu bakal teman hidupnya itu mencintainya kerana harta kebendaan semata-mata, maka Bujang pun berlagak seperti orang miskin. Sepanjang kisah Bujang dalam mencari cinta sejatinya itu, berlaku pelbagai perkara menarik dan melucukan.
Pelakon sunting
Pelakon utama sunting
- Saiful Apek sebagai Azlan / Bujang dan Tuan Besar (2 watak).
- Fasha Sandha sebagai Murni (Calon ke-69)
- Yassin Yahya sebagai Remy
- Zaibo sebagai Bapa Murni
- Norlia Ghani sebagai Ibu Murni
- Mak Jah sebagai Ketua Pembantu rumah
Pelakon pembantu sunting
- Adam Hamid sebagai Pembantu Azlan / Bujang
- Maizurah Hamzah sebagai Rozita
- Zahida Rafik sebagai Suria
- Azza Elite sebagai Sheila (Calon 1)
- Sharifah Shahirah sebagai Lily (Calon ke-22)
- Azhari Zain sebagai Faizul
Penampilan khas sunting
- Serina Redzuawan sebagai Julia (Calon ke-7)
- Irma Hasmie sebagai Marlia (Calon ke-29)
- Nabila Huda sebagai Melly (Calon ke-17)
- Nasir Ali sebagai Bekas Majikan Fasha
- Azman Ahmad sebagai Encik Azman
- Kelvin Lau sebagai Kelvin
- Annahita Bakavoli sebagai Pembantu rumah 1