Iman (filem)

(Dilencongkan dari Filem Iman)

Filem Iman merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1954 dan diterbitkan oleh Shaw Brothers & Malay Film Productions Ltd. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Iman
Filem Iman 1954.jpg
PengarahK. R. S. Sastry
PenerbitMalay Film Productions Ltd (MPF)
PenulisLakon layar:
SinematografiHitam-putih
Mula ditayangkan
1954
NegaraMalaya
(Singapura & Malaysia)
BahasaBahasa Melayu

TriviaSunting

Filem ini diarahkan oleh K R S Sastry, dan dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Dato Ahmad Mahmud, Datin Saadiah, Haji Mahadi, Mariani, Dato Aziz Sattar, Neng Yatimah, Malek Sutan Muda, Mustarjo, A Rahim dan lain-lain.

Filem ini diadaptasi dari sebuah filem berasal dari Jerman iaitu Faust, hasil karya Goethe, dengan ditambah dengan unsur-unsur Islamik. Filem ini merupakan sebuah filem yang mebincangkan mengenai persoalan sejauh mana kepercayaan manusia terhadap Tuhan dan sejauh mana manusia tunduk kepada Iblis?

RingkasanSunting

Filem Iman mengisahkan mengenai seorang Tok Guru tua (Ahmad Mahmud) yang sudah bosan membuat amalan berkebajikan dan mengabaikan kenikmatan dunia, cuba membunuh diri dengan meminum racun. Tetapi belum sempat dia berbuat demikian, Iblis (Haji Mahadi) menjelma menyelamatkan dan terus memujuk supaya menjadi pengikutnya dan berjanji akan memberi segala kemewahan dan apa saja yang dimahunya.

Tok Guru terpesona dengan pujuk rayu Iblis dan setelah menandatangani surat perjanjian dengan darahnya dia pun kembali muda dan dikenali sebagai Roslan (Ahmad Mahmud), dia dibawa terbang ke angkasa dan sampai ke sebuah kampung di mana penduduknya hidup riang serta hidup aman dan damai.

Dalam satu majlis keramaian Roslan terpandangkan gadis jelita yang bernama Hamimah (Saadiah) lalu terus jatuh cinta. Hamimah kuat pegangan agamanya tetapi kerana tergoda dengan ketampanan Roslan, menyebabkan imannya yang teguh itu cair juga.

Mereka terlanjur berzina yang menyebabkan Hamimah mengandung di luar nikah. Atas pertolongan Iblis, Roslan dan Hamimah berjaya hidup bersama dan melahirkan anak yang dikandungnya. Bagaimanapun kebahagiaan tersebut tidak kekal lama kerana abang Hamimah iaitu Hussin (A. Rahim) dipanggil pulang dari bandar oleh ayahnya (lakonan Malek Sutan Muda) untuk membunuh anak kecil tersebut akan tetapi dia pula terbunuh ditangan Roslan.

Kerana perzinaan yang dilakukan, Hamimah telah dihukum oleh Tok Penghulu (Mustarjo) dengan di sebat sebanyak 100 kali berdasarkan yang terkandung dalam Al-Quran. Selepas disebat dan taubatnya diterima, roh Hamimah diangkat ke langit, Roslan pula kembali menjadi tua semula dan Iblis hilang dan ghaib.

Setelah itu, Tok Guru pun terbangun dari tidurnya dan sedar bahawa semuanya itu hanyalah mimpi belaka. Tok Guru itu pun menasihati kepada anak didikannya (lakonan Haji Mahadi) tentang keburukan meminta pertolongan selain dari Allah dan Tok Guru pun akhiri ceritanya dengan menyebut (Wala hawla wala quwata illa billahil 'aliyil 'azim - Tiada Daya Dan Kekuatan Kecuali Dengan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung).

Filem ini diakhiri dengan ditayangkan satu ayat yang paling masyhur dalam Islam sebagai asas syahadah dalam agama ini, iaitu (La ilaha illallah, Muhammadur Rasullah - Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad itu Pesuruh Allah), sebagai suatu tanda untuk umat Islam agar sentiasa mengingati Allah dikala waktu senang dan susah, dan tidak mengingati selain dari-Nya, apa lagi mengingati Iblis.

PelakonSunting

LaguSunting

  • Wanita Dan Teruna nyanyian asal oleh H. M. Rohaizad dan Normadiah, di dalam filem, Ahmad Mahmud dan Saadiah telah meminjam suara penyanyi asal. Lagu hasil ciptaan oleh Yusof B.

Pautan luarSunting