Pemburu Bayang

(Dilencongkan dari Filem Pemburu Bayang)

Pemburu Bayang merupakan sebuah filem aksi yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1993. Filem ini diarahkan oleh Yusof Haslam.

Pemburu Bayang
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Yusof Kelana
Dibintangi oleh
Muzik olehP.H Lim
SinematografiYusof Kelana
Disunting olehSallehan Shamsuddin
PengedarSkop Productions Sdn Bhd
Mula ditayangkan
1993
NegaraMalaysia
BahasaMalaysia
PerbelanjaanRM 1.8 juta

Filem Pemburu Bayang mula ditayangkan pada 1993 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Awie, Ella, Wings, Ali Bakar dan ramai lagi.

PlotSunting

Zamri ialah seorang bekas banduan yang mahu memulakan hidup baru dengan anak dan isterinya. Malangnya, Zamri kini menjadi buruan sebuah kumpulan haram yang diketuai oleh Ramon. Sementara itu, adik Zamri bernama Awie merupakan seorang penyanyi kumpulan rock popular dan tinggal bersama ayah mereka, pesara tentera bernama Ahmad. Awie mempunyai hubungan cinta dengan Ella yang juga seorang penyanyi rock. Namun begitu, kemunculan peminat setia Awie bernama Ruby telah meretakkan hubungan Awie dengan Ella. Apabila Awie dan Ruby ditangkap atas tuduhan berkhalwat, hubungan Awie dan Ella terus putus. Zamri pula terus diburu dan diugut oleh kumpulan haram tersebut hinggalah pada suatu hari, isteri Zamri dibunuh dengan kejam. Ayah Zamri begitu tertekan dengan tragedi yang menimpa keluarganya dan mengesyaki sesuatu rahsia di sebalik kejadian tersebut.

PelakonSunting

Anugerah dan pencapaianSunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-11 Pelakon Lelaki Terbaik Shaharuddin Thamby Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Erma Fatima Dicalonkan
Penata Bunyi Terbaik P.H Lim Dicalonkan

RujukanSunting

Pautan luarSunting