Selendang Delima
Filem Selendang Delima merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di SingapuraSingapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada 1958. Filem Selendang Delima diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Selendang Delima | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | K. M. Basker |
Penulis | Lakon layar: |
Dibintangi | Latifah Omar, Dato' Maria Menado, M. Amin, Abdullah Chik |
Tarikh tayangan | 1958 |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Filem Selendang Delima mula ditayangkan pada 1958 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Latifah Omar, Dato' Maria Menado, M. Amin, Abdullah Chik dan ramai lagi.
PengarahSunting
Filem Selendang Delima diarah oleh pengarah K. M. Basker pada 1958.
RingkasanSunting
Seorang dewa kayangan bernama Dewa Laksana telah diperintahkan oleh ayah & bonda nya untuk turun ke dunia untuk membunuh seekor burung garuda yg telah memusnahkan sebuah negeri. Setibanya dia di negeri itu, dia telah jatuh cinta dengan seorang puteri raja, lalu menggunakan kesaktiannya untuk mengahwini puteri itu. Beberapa tahun kemudian, Dewa dan puteri itu telah disumpah menjadi batu oleh ayah Dewa itu kerana tidak melakukan tugas yg diperintahkan. Kerana Dewa itu mengetahui akan hukuman yg akan menimpanya & isterinya kelak, dia telah meninggalkan seorang anak perempuan bernama Selendang Delima, yang dibawah jagaan abang puteri itu, Tengku Bangsegara. Hanya anak itu sajalah yang dapat menyelamatkan kedua ibu bapanya dari sumpahan tersebut.
PelakonSunting
- Latifah Omar sebagai Puteri Bongsu
- Dato' Maria Menado sebagai Sri Banian
- M. Amin sebagai Dewa Laksana
- Abdullah Chik sebagai Bangsegara
- Mariam Baharum