Gaetano Scirea (sebutan bahasa Itali: [ɡaeˈtaːno ʃʃiˈrɛːa]; 25 Mei 1953 – 3 September 1989) ialah pemain bola sepak profesional Itali yang dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dalam kalangan generasinya serta salah seorang pertahanan terhebat sepanjang zaman. Beliau banyak menghabiskan kerjayanya bersama kelab Juventus.[1][2][3][4][5][6]

Gaetano Scirea
Scirea bersama Juventus pada 1975
Maklumat peribadi
Nama penuh Gaetano Scirea
Tarikh lahir (1953-05-25)25 Mei 1953
Tempat lahir Cernusco sul Naviglio, Lombardy, Italy
Tarikh kematian 3 September 1989(1989-09-03) (umur 36)
Tempat kematian Babsk, Skierniewice, Poland
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya remaja
1970–1972 Atalanta
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1972–1974 Atalanta 58 (1)
1974–1988 Juventus 377 (24)
Jumlah 435 (25)
Pasukan kebangsaan
1975–1986 Itali 78 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Scirea ialah salah seorang daripada enam pemain dalam sejarah bola sepak Eropah yang memenangi semua trofi antarabangsa untuk pasukan kelab yang diakui oleh UEFA dan FIFA. Scirea juga termasuk dalam kalangan sembilan pemain dalam sejarah bola sepak Eropah yang memenangi ketiga-tiga kejohanan utama UEFA[7] apabila beliau beraksi untuk Juventus serta mewakili Atalanta selama dua musim. Di peringkat antarabangsa, Scirea telah beraksi untuk pasukan kebangsaan Itali selama lebih sedekad dan menjadi tonggak utama pertahanan pasukan sehingga persaraan beliau pada tahun 1986. Scirea menjadi juara dunia bersama Itali apabila negara tanah airnya berjaya menjulang trofi Piala Dunia pada tahun 1982 di Sepanyol.[8] Selain itu, beliau telah mewakili pasukan Azzurri dalam dua edisi Piala Dunia lagi dan di kejohanan Euro 1980.

Kerjaya kelab sunting

Scirea telah dilahirkan di Cernusco sul Naviglio di Wilayah Milan dan berasal daripada keturunan Sicily.

Scirea melakukan kemunculan sulungnya di Serie A bersama Atalanta pada 24 September 1972 dalam aksi menentang Cagliari. Beliau kekal bersama Atalanta selama dua musim sebelum berpindah ke Juventus, di mana beliau setia bersama kelab itu sehingga persaraannya. Secara keseluruhannya, beliau telah melakukan 397 penampilan Serie A dan menjaringkan 24 gol. Scirea mengecapi beberapa kejayaan bersama Juventus di samping beraksi bersama pemain-pemain yang menjadi teras pertahanan pasukan seperti Antonio Cabrini, Claudio Gentile serta penjaga gol, Dino Zoff. Beliau juga berjaya meraih tiap-tiap kejohanan domestik dan anjuran UEFA semasa di Juventus (tujuh gelaran Serie A, dua trofi Coppa Italia, satu Piala UEFA, satu Piala Juara-Juara Eropah, satu kejuaraan Piala Eropah, satu Piala Super Eropah serta satu gelaran Piala Antara Benua.

Scirea mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak pada penghuung musim 1987-88.[9] Beliau kemudiannya mengambil alih peranan sebagai pencari bakat di Juventus[10] sebelum bekerja sebagai jurulatih.[11]

Kerjaya antarabangsa sunting

Scirea melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Itali pada 30 Disember 1975 dalam aksi menentang Greece. Beliau telah beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia dan satu edisi Kejohanan Eropah yang berlangsung di tanah airnya pada tahun 1980, yang menyaksikan Itali menamatkan kejohanan itu di tempat keempat dan Scirea dinamakan ke dalam pasukan pilihan kejohanan.[12]

Scirea bersama rakan sepasukan di Juve iaitu Antonio Cabrini, Claudio Gentile, Dino Zoff selain pertahanan lain seperti Giuseppe Bergomi membentuk tulang belakang pertahanan Itali yang ampuh dan melahirkan pasukan terkuat Itali pada zaman selepas perang. Era itu menyaksikan Azzurri begitu mendominasi dalam bola sepak sama ada di peringkat kelab atau antarabangsa pada penghujung 1970-an sehingga awal 1980-an.

Scirea menampilkan prestasi cemerlang dalam kejohanan Piala Dunia 1978 apabila Itali menamatkan kejohanan di tempat keempat. Semasa kejohanan Piala Dunia 1982, setelah permulaan seimbang di peringkat kumpulan, Itali telah menumbangkan Argentina dan seterusnya Brazil di pusingan kedua. Itali kemudiannya menumpaskan Poland di peringkat separuh akhir. Kejayaan 3-1 ke atas Jerman Barat membolehkan Scirea menempa nama sebagai pemain berjuara dunia. Kejohanan Piala Dunia 1986 pula dilihat sebagai satu tempoh peralihan apabila Itali akur akan kekalahan kepada Perancis di pusingan kedua. Perlawanan itu ternyata aksi terakhir Scirea bersama Itali. Secara keseluruhannya, beliau tampil dalam 78 perlawanan dan menjaringkan dua gol bersama Itali.<[13]

Kematian sunting

Pada musim panas 1989, Scirea pergi melawat Poland sebagai pelawat untuk menyaksikan perlawanan Piala UEFA antara Górnik Zabrze menentang Juventus. Pada 3 September 1989, kereta yang membawa beliau telah bertembung dengan sebuah trak berhampiran Babsk. Kereta yang membawa empat kanister berisi gasolin di bonet (satu kebiasaan di Poland pada masa itu kerana kerap berlaku kekurangan gas) terus meletup dan mengorbankan Scirea bersama dua penumpang lain.[14]

Legasi sunting

Scirea telah diabadikan dalam pelbagai kejohanan peringkat belia dan anugerah permainan bersih sebagai role model semangat kesukanan dan kecemerlangan sukan. Hal ini dapat dilihat pada penganugerahan Premio Nazionale Carriera Esemplare "Gaetano Scirea" kepada pemain-pemain Serie A yang mempunyai pencapaian karier cemerlang serta merangkumi bakat dan personaliti.[15][16] Pada tahun 2005, bekas jurulatih pasukan kebangsaan Itali Enzo Bearzot mencadangkan persaraan nombor jersi enam di pasukan kebangsaan dan Juventus sebagai tanda penghargaan kepada karier Scirea.[17] Kawasan tempat duduk di bahagian selatan Stadium Juventus juga dikenali sebagai Curva Scirea dan ia menghimpunkan Ultras Juventus.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah[a] Lain[b] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Atalanta 1972–73 20 0 2 0 22 0
1973–74 38 1 10 1 48 2
Jumlah 58 1 12 1 70 2
  Juventus 1974–75 28 0 10 2 10 0 48 2
1975–76 30 0 4 0 4 0 38 2
1976–77 30 1 5 0 12 1 47 2
1977–78 29 0 0 0 8 0 37 0
1978–79 30 2 9 0 2 0 41 2
1979–80 29 4 4 0 7 1 40 5
1980–81 29 4 8 0 4 1 2 0 43 5
1981–82 30 5 4 0 4 0 38 5
1982–83 30 3 12 1 9 0 51 4
1983–84 30 2 7 1 9 0 46 3
1984–85 30 2 9 0 9 0 1 0 49 2
1985–86 25 0 5 0 5 0 1 0 36 0
1986–87 21 0 7 1 1 0 51 4
1987–88 6 1 4 0 1 0 11 1
Jumlah 377 24 88 5 85 3 4 0 554 32
Jumlah kerjaya 435 25 100 6 85 3 4 0 624 34

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
1975 1 0
1976 3 0
1977 2 0
1978 14 0
1979 5 0
1980 12 2
1981 9 0
1982 12 0
1983 3 0
1984 6 0
1985 5 0
1986 6 0
Jumlah 78 2

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
19 April 1984 Turin, Itali   Poland
2–1
2–2
Persahabatan
2
6 Disember 1980 Athens, Greece   Yunani
0–2
0–2
Kelayakan Piala Dunia 1982

Pencapaian sunting

Juventus
Itali
Individu

Catatan sunting

  1. ^ FIFA World Cup: Gaetano Scireafifaworldcup.yahoo.com
  2. ^ In memory of Scirea Diarkibkan 13 Mac 2007 di Wayback Machinejuventus.com; 3 September 2006
  3. ^ "Planet World Cup: Gaetano Scirea (Italy)". planetworldcup.com. Dicapai pada 31 December 2014.
  4. ^ "Italy's greatest defenders". Sky Sports. 31 May 2010. Dicapai pada 26 January 2016.
  5. ^ "La final que nunca se debió jugar". 26 May 2015.
  6. ^ "Veintiséis años sin Gaetano Scirea - Juventus".
  7. ^ Reyes’s fifth win: top UEFA club cup winners
  8. ^ "Remembering Scirea, Juve's sweeper supreme". fifa.com. FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 January 2015. Dicapai pada 22 April 2015.
  9. ^ name="Gli eroi in bianconero: Gaetano SCIREA"
  10. ^ name="Gli eroi in bianconero: Gaetano SCIREA"
  11. ^ name="Venticinque anni fa moriva Scirea la moglie Mariella lo ricorda in silenzio"
  12. ^ name="Euro 80 team of the tournament">"UEFA Euro 1980 team of the tournament". uefa.com. UEFA. 1 July 2011. Dicapai pada 27 March 2015.
  13. ^ "Nazionale in cifre: Scirea, Gaetano". figc.it (dalam bahasa Itali). FIGC. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 August 2018. Dicapai pada 22 April 2015.
  14. ^ name="Gaetano Scirea Campione di semplicità"
  15. ^ name="Venticinque anni fa moriva Scirea la moglie Mariella lo ricorda in silenzio"
  16. ^ Luigi Ferrajolo. "Premio Nazionale Carriera Esemplare "Gaetano Scirea"". comune.cinisello-balsamo.mi.it (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 13 April 2015.
  17. ^ (dalam bahasa Itali) Article "We withdraw the number six: Scirea is inimitable". repubblica.it. Dicapai pada 28 January 2005.
  18. ^ "New Members in the Italian Football Hall of Fame". italianfootballdaily.com. 3 December 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2015. Dicapai pada 13 April 2015.
  19. ^ "#JUVE120 team announced". juventus.com. 24 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 May 2018. Dicapai pada 29 May 2018.