Idola Jepun

penghibur yang berkongsikan perkembangannya bersama peminat dan bergiat dengan ketertarikannya sendiri

Idola (bahasa Jepun: アイドル aidoru) di Jepun ialah artis muda serta comel yang dapat bergiat dalam pelbagai bidang yang antara lainnya sebagai penyanyi, pelakon atau model.[1][2][3][4][5][6][7]

Momoiro Clover Z (kumpulan idola gadis)
AKB48 (kumpulan idola gadis)
Logo kumpulan °C-ute.
Sayumi Michishige (ketua kumpulan Morning Musume)

Sejarah

sunting

Fenomena ini muncul dalam tahun awal 1960-an hasil penayangan filem Perancis Cherchez l'idole di Jepun pada tahun 1964, di mana para penonton begitu tertarik dengan penampilan muda comel Sylvie Vartan dan Mylène Demongeot, Kemasyhuran filem ini turut menggalakkan penggunaan meluas istilah aidoru untuk pelakon filem dan artis yang dibezakan daripada orang biasa melalui mej idola berdasarkan rasa keindahan khas Jepun yang diungkapkan dalam penampilan keanak-anakan, kecomelan, perasaan keakraban, serta mudah dijumpai sehari-harian.[8][4][1][6][7][9]

Idola dekad 1990-an tidak lagi terbatas pada penyanyi, justeru meluas kepada idola iklan televisyen, idola model majalah, idola bikini, dan sebagainya.

Idola wanita tahun akhir 1990-an hingga 2010-an

sunting

Hello! Project yang dihasilkan oleh Tsunku telah melahirkan pelbagai macam unit dan penyanyi idola termasuk Morning Musume, Aya Matsuura, Berryz Kobo, Cute, S/mileage dan Juice=Juice.

Yasushi Akimoto telah menghasilkan beberapa kumpulan idola Jepun seperti AKB48 (yang bermain di panggung di Akihabara), SKE48 (Sunshine Sakae, Nagoya), NMB48 (Namba, Osaka), HKT48 (Hakata, Fukuoka) dan Nogizaka46.

Stardust Promotion membentuk Momoiro Clover Z, Shiritsu Ebisu Chugaku, dan lain-lain.

Kehidupan di sekolah dan aktiviti kokurikulum merupakan tema Sakura Gakuen. Anggotanya mengikuti aktiviti kokurikulum seperti unit baton twirling (Twinklestars) dan unit heavy metal (Babymetal).[10]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Amazon.com: Editorial Review: Islands of Eight Million Smiles: Idol Performance and Symbolic Production in Contemporary Japan (Harvard East Asian Monographs)" (dalam bahasa Inggeris). Amazon.com, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-16. Dicapai pada 2014-05-05.
  2. ^ William W. Kelly (2012-02-01). Fanning the Flames: Fans and Consumer Culture in Contemporary Japan (dalam bahasa Inggeris). SUNY Press. ISBN 978-0-7-914-60320.
  3. ^ Patrick W. Galbraith; Jason G. Karlin (2012-08-31). Idols and Celebrity in Japanese Media Culture. Palgrave Macmillan. ISBN 978-0-2-302-98309.
  4. ^ a b "О Японии: Культура - Музыка - Популярная музыка" (dalam bahasa Rusia). Embassy of Japan in Russia. Dicapai pada 2014-05-05.
  5. ^ William D. Hoover (2011-03-18). Historical Dictionary of Postwar Japan (dalam bahasa Inggeris). Scarecrow Press. m/s. 202. ISBN 978-0-8-108-54604.
  6. ^ a b "Pop 'idol' phenomenon fades into dispersion" (dalam bahasa Inggeris). The Japan Times Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-13. Dicapai pada 2014-05-05.
  7. ^ a b "Ellis in Wonderland" (dalam bahasa Inggeris). kinokopress.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-16. Dicapai pada 2014-04-21.
  8. ^ Hiroshi Aoyagi (2005). "Islands of Eight Million Smiles: Idol performance and symbolic production in Japan" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Harvard University Asia Center (Harvard University Faculty of Arts and Sciences). m/s. 5 (Introduction, p. 5). ISBN 978-0-674-01773-3. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-07-06. Dicapai pada 2014-05-31.
  9. ^ ""Aidoru" in the Goo dictionary" (dalam bahasa Jepung). NTT Resonant Inc. Dicapai pada 2014-05-05.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "BIOGRAPHY - さくら学院" (dalam bahasa Jepun). Universal Music Group.

Pautan luar

sunting

  Kategori berkenaan Idola Jepun di Wikimedia Commons