Idris bin Ahmad

merupakan Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Ijok

Dr. Idris bin Ahmad (lahir 1948) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Ijok selama dua penggal (2013-2023).

Dr.

Idris bin Ahmad

MBBS (Monash), FRCOG (UK), FAMM
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Ijok
Dalam jawatan
2013–2023
Didahului oleh Abdul Khalid Ibrahim
Digantikan oleh Jefri Mejan
Majoriti1,191 (PRU-14)
739 (PRU-13)
Butiran peribadi
LahirIdris bin Ahmad
1948
(76 tahun)
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor Perubatan

Calon Menteri Besar Selangor

sunting

Pada Jun 2018, beliau merupakan calon tunggal sah PH Selangor dan mendapat sokongan oleh parti-parti komponen DAP, BERSATU dan AMANAH serta partinya sendiri PKR[1] sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Azmin Ali yang menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Walau bagaimanapun, satu lagi nama dicalonkan sebagai MB Selangor iaitu EXCO Belia dan Sukan Selangor merangkap ADUN Sungai Tua Amirudin Shari. Sultan Selangor membuat keputusan memilih Amirudin Shari sebagai Dato' Menteri Besar.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pro-PKR mendakwa Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail bersifat berat sebelah dan mengaibkan Dr. Idris. Mereka mendakwa Presiden PKR telah menarik balik sokongan tersebut dan menyatakan sokongan terhadap Amirudin Shari. Dalam masa yang sama wujud dakwaan penyelewengan dana PTPTN untuk pelajar Kolej Vision. Seorang ahli otai reformis Abdul Razak Ismail mempersoalkan tiada pemimpin PKR yang mempertahankan Dr. Idris dan mempertikaikan penyelewengan tersebut tidak dibangkitkan ketika beliau dicalonkan dalam PRU-14 sebaliknya dibangkitkan ketika beliau dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor. Dr. Idris kata beliau hanya Ahli Lembaga Amanah Kolej Vision dengan 35% pegangan saham tetapi tiada kepentingan di kolej tersebut[2].

Rujukan

sunting