Jangan buat patung ukiran untuk dirimu

"Jangan buat patung ukiran untuk dirimu" (Ibrani: לֹא-תַעֲשֶׂה לְךָ פֶסֶל, וְכָל-תְּמוּנָה, rumi: Lōʾ-t̲aʿăśeh lək̲ā p̲esel, wək̲ol-təmûnāh) ialah singkatan bagi satu Sepuluh Hukum yang difirmankan oleh Tuhan dalam Kitab Ulangan kepada bani Israel, kemudiannya ditulis pada loh batu oleh Tuhan.[1] Ia menyambung, "... apa-apa patung ukiran untuk dirimu atau wujudkan apa-apa pun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau di dalam air di bawah bumi: Jangan sujud menyembahnya atau beribadat kepadanya."

Agama Yahudi Rabinik tidak membenarkan imej. Agama Kristian mematuhi syariat ini dengan tafsiran mereka sendiri mengikut mazhab. Bagi penganut Katolik dan Ortodoks terdapat pendekatan yang bercampur-campur, menyatakan bahawa mereka menumpukan imej dan ikon dan bukan berhala, kadang-kadang sehingga berlakunya pemusnahan imej (Ikonoklasme), terutamanya imej Kristus dan orang-orang kudus. Islam tidak membenarkan imej sama sekali.

Walaupun tiada ayat yang tuntas mentakrifkan penyembahan berhala, perkara ini dibincangkan dalam banyak petikan, dan penyembahan berhala boleh diringkaskan sebagai penyembahan patung berhala atau imej; penyembahan tuhan-tuhan syirik dengan menggunakan berhala atau gambar; penyembahan benda-benda yang ciptaan (pokok, batu, haiwan, jasad samawi, atau manusia lain); dan penggunaan berhala untuk menyembah Tuhan (YHWH Elohim, Tuhan Israel).[2] Menginginkan milik orang lain adalah dilarang dengan hukum ke-10, dan ia ditakrifkan sebagai sejenis penyembahan berhala dalam Perjanjian Baru.[3] Sewaktu hukum tersebut ini diturunkan, terdapat banyak pemujaan berhala, dan agama-agama suku Kanaan yang berjiran dengan bani Israel sering menyembah berhala.[4] Walau bagaimanapun, menurut kitab Ulangan, bani Israel telah diingatkan tegas jangan mengikut atau menyesuaikan amalan agama orang-orang di sekeliling mereka.[5]

Namun begitu, menurut Bible Ibrani, bani Israel hingga Pembuangan Babel dikisahkan telah melanggar perintah ini dan juga perintah sebelum itu, "Jangan ada padamu tuhan-tuhan selain Aku". Kebanyakan pengajaran dari zaman Musa hingga pembuangan adalah mengenai pilihan untuk menyembah Tuhan semata-mata dan penyembahan berhala lain.[6] Pembuangan Babylon nampaknya telah menjadi titik perubahan orang Yahudi berpegang kuat pada agama tauhid dan lebih sanggup berperang (seperti Pemberontakan Maccabea) dan mati syahid daripada memuja mana-mana tuhan lain.[7]

Menurut nabi dan penulis mazmur Yesaya, golongan yang menyembah berhala yang tidak bernyawa akan menjadi seperti mereka: tidak melihat, tidak berperasaan, tidak dapat mendengar kebenaran yang Tuhan sampaikan kepada mereka.[8] Hawari Paulus menyatakan dalam suratnya kepada orang Rom bahawa menyembah benda ciptaan (dan bukan Pencipta) adalah punca kebobrokan seksual dan moral masyarakat.[9] Walaupun hukum ini mengatakan Tuhan dan berhala tidak boleh disembah pada masa yang sama, Bible tidak mengatakan seorang penyembah berhala tidak akan dapat menyembah Tuhan. Semasa waad itu diperbaharui oleh Yosua, bani Israel disuruh membuang tuhan-tuhan asing dan "pilih hari ini kepada siapa kamu akan beribadat".[10] Raja Yosia, apabila baginda dapat tahu tentang syarat-syarat waad Tuhan, bersungguh-sungguh menghapuskan berhala dalam kerajaannya.[11] Menurut kitab Kisah Para Rasul, Paulus memberitahu orang Athens bahawa walaupun kota mereka penuh dengan berhala, Tuhan yang benar tiada bersama mereka. Dia berkata mereka mesti berhenti memuja berhala.[12]

Perintah sunting

angan buat patung ukiran untuk dirimu atau wujudkan apa-apa pun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau di dalam air di bawah bumi: Jangan sujud menyembahnya atau beribadat kepadanya, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, Allah yang cemburu, yang membalas kesalahan ayah kepada anak-anaknya, kepada keturunan ketiga dan keempat dalam kalangan mereka yang membenci Aku; Namun demikian, Aku menunjukkan kasih setia-Ku kepada keturunan yang keseribu dalam kalangan mereka yang mengasihi Aku dan yang taat berpegang teguh pada segala perintah-Ku.

— Keluaran 20:4 – 6

לֹֽ֣א תַֽעֲשֶׂ֨ה־לְךָ֥֣ פֶ֣֙סֶל֙׀ וְכָל־תְּמוּנָ֡֔ה אֲשֶׁ֤֣ר בַּשָּׁמַ֣֙יִם֙׀ מִמַּ֡֔עַל וַֽאֲשֶׁ֥ר֩ בָּאָ֖֨רֶץ מִתַָּ֑֜חַת וַאֲשֶׁ֥֣ר בַּמַּ֖֣יִם׀ מִתַּ֥֣חַת לָאָֽ֗רֶץ

לֹֽא־תִשְׁתַּחְוֶ֥֣ה לָהֶ֖ם֮ וְלֹ֣א תָעָבְדֵ֑ם֒ כִּ֣י אָֽנֹכִ֞י יְהוָ֤ה אֱלֹהֶ֙יךָ֙ אֵ֣ל קַנָּ֔א פֹּ֠קֵד עֲוֺ֨ן אָבֹ֧ת עַל־בָּנִ֛ים עַל־שִׁלֵּשִׁ֥ים וְעַל־רִבֵּעִ֖ים לְשֹׂנְאָֽ֑י׃ וְעֹ֥֤שֶׂה חֶ֖֙סֶד֙ לַאֲלָפִ֑֔ים לְאֹהֲבַ֖י וּלְשֹׁמְרֵ֥י מִצְוֺתָֽי׃ ס

— שמות 20:4-6 (WLC)

VBA

Rujukan sunting

  1. ^ Ulangan 4:13
  2. ^ The New Unger's Bible Dictionary, Harrison, R. K., eds. (2005), Chicago: Moody Publishers, ISBN 0-8024-9037-9, m/s 602
  3. ^ Kolose 3:5, Efesus 5:5
  4. ^ "Idol: Images in the ANE", The Anchor Bible Dictionary, Freedman, David N. (ed.), 1992, New York: Doubleday, ISBN 0-385-19361-0, m/s 377
  5. ^ Ulangan 12:4,31; Matthew Henry's Commentary on the Whole Bible, tafsir Ulangan 12
  6. ^ "Idolatry", HarperCollins Bible Dictionary, 1996, Achtemeier, Paul J. (ed.), New York: HarperCollins, ISBN 0-06-060037-3
  7. ^ "Idol: In the Exile and After", dalam HarperCollins Bible Dictionary, 1996, Achtemeier, Paul J. (eds.), New York: HarperCollins Publishers, ISBN 0-06-060037-3; "Sermon LXXXIII: On Spiritual Idolatry", dalam Wesley, John, Sermons on Several Occasions', Jil. 2, Jackson, T. (eds.), London: J. Kershaw, 1825, m/s 314-315
  8. ^ Beale, G. K., We Become What We Worship: A Biblical Theology of Idolatry, InterVarsity Press, 2008, ISBN 978-0-8308-2877-7, m/s 41-42, 141-142
  9. ^ Romans 1:22-29; Dunn J. D. G. (11998), The Theology of Paul the Apostle, Grand Rapids: William B. Eerdmans, m/s 33–34, ISBN 0-8028-3844-8
  10. ^ Yosua 24:14-15, ulasan tentang Yosua 24:15, Adam Clarke's Commentary on the Holy Bible, Earle, Ralph (1967), Beacon Hill Press, ISBN 0-8010-2321-1, m/s 263
  11. ^ 2 Raja-raja 22-23; 2 Tawarikh 34; "Josiah", The Anchor Bible Dictionary, Jil. 3, Freedman, David Noel (ed.), Doubleday, 1992, ISBN 0-385-19361-0
  12. ^ Kisah Para Rasul 17:16; Walvoord and Zuck ()1983, The Bible Knowledge Commentary: New Testament,l, Colorado Springs: David C. Cook, m/s 402, ISBN 978-0-88207-812-0