Ikonoklasme

Pemusnahan imej-imej keagamaan

Ikonoklasme (daripada bahasa Yunani: Bahasa Yunani Kuno: εἰκών 'ikon, gambar' + Bahasa Yunani Kuno: κλάω 'memecahkan')[i] ialah ialah kepercayaan memecahkan atau memusnahkan ikon, gambar atau monumen, biasanya atas sebab agama atau politik. Orang yang menyokong kepercayaan ini dipanggil ikonoklas, dan istilah ini digunakan secara kiasan kepada mana-mana individu yang mencabar "kepercayaan atau institusi yang dihormati atas alasan ia salah atau jahat."[1]

"Kemenangan Ortodoks " atas ikonoklasme di bawah Permaisuri Byzantium Theodora dan anaknya Michael III. Lewat ke-14 – ikon awal abad ke-15.

Sebaliknya, orang yang menghormati atau memuja gambar-gambar dalam agama dipanggil (oleh ikonoklas) seorang pemuja ikon; dalam konteks Byzantium, orang sedemikian dipanggil ikonodul atau ikonofil.[2] Ikonoklasme biasanya tidak melibatkan pemusnahan imej pemerintah selepas kematian atau kejatuhan mereka, yang dikenali sebagai damnatio memoriae.

Walaupun ikonoklasme mungkin dilakukan oleh penganut agama yang berbeza, ia biasanya berlaku apabila ada pertikaian antara mazhab daripada agama yang sama. Istilah ikonoklasme berasal daripada Ikonoklasme Byzantium, apabila terdapat perdebatan mengenai ikon-ikon keagamaan di Empayar Byzantine dari 726 hingga 842 TM. Setiap agama dan mazhab mempunyai toleransi terhadap ikon yang berbeza, tetapi ia paling kuat dalam agama-agama yang menentang penyembahan berhala, seperti agama samawi.[3] Ikonoklasme juga boleh merujuk kepada memusnahkan simbol ideologi atau perjuangan tertentu, bukan sahaja dalam konteks agama, seperti semasa Revolusi Perancis apabila simbol monarki dimusnahkan.

Ikonoklasme keagamaan dahulu sunting

Zaman purba sunting

 
Ukiran Horus dan Isis yang dirosakkan di Kuil Edfu, Mesir. Orang Kristian tempatan dahulu berkempen untuk menyebarkan agama mereka dan menghancurkan imej-imej dewa.

Pada Zaman Gangsa, kejadian ikonoklasme yang paling besar berlaku di Mesir semasa Zaman Amarna, apabila Akhenaten, yang berpangkalan di ibu kota barunya Akhetaten, memulakan perubahan gaya artistik Mesir serta penindasan dewa-dewa tradisional, menekankan agama negara yang hanya memuja satu dewa suria, Aten—banyak kuil dan tugu dimusnahkan akibat baginda:[4][5]

Memberontak terhadap agama lama dan pendeta-pendeta yang berkuasa Amun, Akhenaten menitahkan semua dewa adat Mesir dihapuskan. Baginda menghantar pegawai-pegawai kerajaan untuk memahat dan memusnahkan setiap rujukan kepada Amun dan nama-nama dewa lain pada makam, dinding kuil, dan kartusy untuk menanamkan dalam rakyat bahawa Aten adalah satu-satunya tuhan yang benar.

Semua rujukan kepada Akhenaten dimusnahkan tidak lama selepas kemangkatan baginda. Membandingkan orang Mesir purba dengan bani Israel, Jan Assmann menulis:[6]

Bagi Mesir, sungguh ngerinya imej-imej pemujaan dimusnahkan atau dirampas. Dalam mata bani Israel, mendirikan patung bererti musnahnya kehadiran ilahi; dalam mata orang Mesir, kesan yang sama dicapai dengan memusnahkan imej. Di Mesir, ikonoklasme adalah jenayah agama yang paling dahsyat; di Israel, jenayah agama yang paling dahsyat ialah penyembahan berhala. Dalam hal ini Osarsef atau Akhenaten, si ikonoklas, dan Anak Lembu Emas, contoh penyembahan berhala yang unggul, menyerupai satu sama lain secara songsang, dan aneh bahawa Harun berjaya mengelak dijadikan penjenayah agama dengan mudah. Ada kemungkinan bahawa kedua-dua tradisi ini muncul di bawah pengaruh bersama. Dalam hal ini, Musa dan Akhenaten amat berkait rapat nampaknya.

Agama Yahudi sunting

Menurut Alkitab Ibrani, Tuhan mengarahkan bani Israel untuk "musnahkan segala batu berukir [...] segala patung tuangan mereka dan punahkanlah segala bukit pemujaan" penduduk asli Kanaan sebaik sahaja mereka memasuki Tanah Dijanjikan.[7]

Dalam agama Yahudi, Raja Hizkia membersihkan Kuil Salomo di Baitulmuqaddis dan semua patung juga dimusnahkan di Tanah Israel, termasuk patung ular Nehusytan, seperti yang tercatat dalam Kitab Raja-raja 2. Pembaharuan baginda dibalikkan dalam pemerintahan putera baginda, Manasye.[8]

Ikonoklasme dalam sejarah Kristian sunting

 
Biarawan-biarawan St. Benedict memusnahkan imej Apollo, yang dipuja dalam Empayar Rom

Terdapat tentangan untuk menggunakan imej yang dilaporkan dalam sejarah: Dewan Gereja Elvira nampaknya menyokong ikonoklasme; Kanun 36 menyatakan, "Gambar tidak boleh ditempatkan di dalam gereja, supaya tidak menjadi objek penyembahan dan pemujaan."[9][10] Satu terjemahan alternatif ialah: "Tidak boleh ada gambar di dalam gereja, takut apa yang disembah dan dipuja akan digambarkan di dinding."[11] Tarikh kanun ini dipertikaikan.[12] Proskripsi berhenti selepas kuil-kuil berhala dimusnahkan. Walau bagaimanapun, penggunaan ikonografi Kristian secara meluas hanya bermula selepas agama Kristian semakin tersebar dalam kalangan orang bukan Yahudi selepas agama Kristian dibenarkan dari segi undang-undang oleh Maharaja Rom Constantinus (s. 312 Masihi). Semasa proses pengkristianan di bawah Constantinus, kumpulan-kumpulan Kristian memusnahkan imej-imej dan arca yang menggambarkan agama politeisme Empayar Rom.

Ikonoklasme dalam Islam sunting

Islam mempunyai tradisi yang lebih kuat dalam melarang tokoh-tokoh, terutamanya tokoh agama, digambarkan dengan Islam Sunah Wal-Jamaah lebih tegas melarangnya daripada Islam Syiah. Dalam sejarah Islam, pengeluaran berhala dari Kaabah di Makkah mempunyai kepentingan simbolik dan bersejarah yang besar bagi semua orang beriman.

Umumnya, umat Islam tidak menggambarkan makhluk hidup (haiwan ataupun manusia) di tempat-tempat suci seperti masjid dan madrasah. Larangan ini bukan daripada al-Quran tetapi daripada riwayat hadis. Akan tetapi larangan gambar ini tidak dilanjutkan ke tempat-tempat sekular dan pelbagai gambaran tokoh hadir dalam adat kesenian Islam.[13] Walau bagaimanapun, penulis-penulis Barat sering menyangka masyarakat Islam sentiasa mempunyai kelaziman ganas yang sudah lama berakar umbi untuk menghancurkan ikon-ikon tetapi itu tidak benar.[13]

Nota sunting

  1. ^ Daripada Bahasa Yunani Kuno: εἰκών + κλάω. Ikonoklasme boleh dikira sebagai terbitan songsang daripada ikonoklas (Yunani: εἰκοκλάστης). Perkataan Yunani yang sepadan untuk ikonoklasme ialah εἰκονοκλασία, eikonoklasia.

Rujukan sunting

  1. ^ "Iconoclast, 2," Oxford English Dictionary; lihat juga "Iconoclasm" dan "Iconoclastic."
  2. ^ "icono-, comb. form". OED Online. Oxford University Press. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  3. ^ Crone, Patricia. 2005. "Islam, Judeo-Christianity and Byzantine Iconoclasm Diarkibkan 2018-11-11 di Wayback Machine." m/s 59–96 dalam From Kavād to al-Ghazālī: Religion, Law and Political Thought in the Near East, c. 600–1100, (Variorum). Ashgate Publishing.
  4. ^ H. James Birx, Encyclopedia of Anthropology, Volume 1, Sage Publications, US, 2006, p. 802
  5. ^ "Akhenaten." Encyclopedia of World Biography. 20 Jun 2020. via Encyclopedia.com.
  6. ^ Assmann, Jan. 2014. From Akhenaten to Moses: Ancient Egypt and Religious Change. American University in Cairo Press, ISBN 977-416-631-0. m/s 76.
  7. ^ Alkitab, Bilangan 33:52 dan juga Alkitab, Ulangan 7:5
  8. ^ "2 Kings 21 / Hebrew–English Bible / Mechon-Mamre". mechon-mamre.org. Dicapai pada 2022-02-21.
  9. ^ Elvira canons, Cua, diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-16, Placuit picturas in ecclesia esse non debere, ne quod colitur et adoratur in parietibus depingatur.
  10. ^ The Catholic Encyclopedia, Kanun ini digunakan untuk membantah pemujaan imej seperti yang diamalkan dalam Gereja Katolik. Binterim, De Rossi dan Hefele menafsirkan larangan ini bertujuan untuk menghalang orang kafir daripada mempersendakan adegan dan idea-idea suci di gereja di atas tanah; Von Funk, Termel dan Henri Leclercq berpendapat bahawa majlis tidak menyatakan boleh atau tidak imej digunakan, tetapi hanya melarangnya sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan mualaf yang baru dan lemah daripada kembali menyembah berhala atau diganggu oleh amalan khurafat yang tidak disokong oleh gereja.
  11. ^ Grigg, Robert (1976-12-01). "Aniconic Worship and the Apologetic Tradition: A Note on Canon 36 of the Council of Elvira". Church History. 45 (4): 428–433. doi:10.2307/3164346. ISSN 0009-6407. JSTOR 3164346.
  12. ^ "The Council of Elvira, ca. 306". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-29. Dicapai pada 2023-04-17.
  13. ^ a b Flood, Finbarr Barry (2002). "Between cult and culture: Bamiyan, Islamic iconoclasm, and the museum". The Art Bulletin. 84 (4): 641–659. doi:10.2307/3177288. JSTOR 3177288.

Bacaan lanjut sunting