Jujube
Ziziphus jujuba (dari bahasa Yunani ζίζυφον, zízyphon[2]), biasanya dipanggil jujube[3] (/ˈdʒuːdʒuːb/; sometimes jujuba), kurma merah, kurma Cina,[3] kurma Korea, kurma India, atau buah bidara ialah satu spesies Ziziphus dalam keluarga buckthorn (Rhamnaceae). Ia digunakan terutamanya sebagai pokok teduhan yang juga menghasilkan buah.
Ziziphus jujuba | |
---|---|
Ziziphus jujuba | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | Z. jujuba
|
Nama binomial | |
Ziziphus jujuba | |
Sinonim[1] | |
|
Buah jujube segar | |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 331 kJ (79 kcal) |
Karbohidrat | 20.23 g |
Lemak | 0.2 g |
Protein | 1.2 g |
Air | 77.86 g |
Vitamin A setara | 40 μg (5%) |
Tiamina (vit. B1) | 0.02 mg (2%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.04 mg (3%) |
Niasin (vit. B3) | 0.9 mg (6%) |
Vitamin B6 | 0.081 mg (6%) |
Vitamin C | 69 mg (83%) |
Kalsium | 21 mg (2%) |
Besi | 0.48 mg (4%) |
Magnesium | 10 mg (3%) |
Mangan | 0.084 mg (4%) |
Fosforus | 23 mg (3%) |
Kalium | 250 mg (5%) |
Natrium | 3 mg (0%) |
Zink | 0.05 mg (1%) |
Link to USDA Database entry Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Buah jujube secara semula jadi bertukar merah apabila mengering. | |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 1,201 kJ (287 kcal) |
Karbohidrat | 73.6 g |
Lemak | 1.1 g |
Protein | 3.7 g |
Air | 19.7 g |
Vitamin A setara | 0 μg (0%) |
Tiamina (vit. B1) | 0.21 mg (18%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.36 mg (30%) |
Niasin (vit. B3) | 0.5 mg (3%) |
Vitamin B6 | 0 mg (0%) |
Vitamin C | 13 mg (16%) |
Kalsium | 79 mg (8%) |
Besi | 1.8 mg (14%) |
Magnesium | 37 mg (10%) |
Mangan | 0.305 mg (15%) |
Fosforus | 100 mg (14%) |
Kalium | 531 mg (11%) |
Natrium | 9 mg (1%) |
Zink | 0.19 mg (2%) |
Link to USDA Database entry Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Ia boleh didapati dari Iran ke Selatan China dan juga tenggara Eropah dan namanya berbeza mengikut kawasan setermpat. Di India dan Pakistan ia dipanggil Inab dan di Asia timur dipanggil Kurma merah, Kurma Cina atau India. Dalam kawasan Iran, pokok kurma jujube ditanam di beberapa bahagian tanah tinggi seperti kawasan Khorasan, Iran. Kurma yang biasa boleh didapati di Afrika Utara, Eropah Selatan dan Mediterranean mempunyai rasa yang manis dan dianggap sebagai ubat herba. Kurma jujube ini mempunyai pelbagai khasiat termasuk pelbagai vitamin seperti C, A, B2 dan beberapa mineral seperti kalsium, fosforus, besi.
Kegunaan
suntingBuah jujube berfungsi sebagai pelawas, mencegah daripada sembelit, menguatkan jantung, melancarkan sistem penghadaman dan amat berguna untuk kesihatan buah pinggang. Selain itu, ia boleh menghilangkan serak, keletihan, bermanfaat bagi mereka yang mengalami penyakit asma, mengawal cirit-birit dan mengukuhkan pertumbuhan rambut.
Buah jujube sedikit sebanyak boleh membantu untuk mengawal berat badan. Daun pokok kurma jujube adalah kecil, cantik, dan buahnya berwarna merah serta berbentuk telur. Buah jujube juga berguna untuk meningkatkan tenaga fizikal dan menguatkan otot. Malah ia boleh diambil untuk rawatan degupan jantung yang tidak teratur dan peluh badan yang berlebihan .Ia juga adalah pembersih darah dan membantu melancarkan sistem penghadaman. Buah Kurma Jujube kering bersifat astringen, menenangkan dan boleh mencegah kanser. Cara pemakanan kurma jujube juga berbeza mengikut kawasan. Di Great Britain, ia dihidangkan sebagai buah-buahan kering atau gula-gula yang lazat bersama minuman teh pada waktu petang. Di Korea, China dan Taiwan biasanya buah jujube diambil dalam bentuk sirap manis. Malah terdapat di kawasan-kawasan tertentu yang menggunakannya untuk penghasilan cuka. Buah Kurma Jujube di dalam tin dan teh berperisa jujube juga boleh didapati di pasaran. Tetapi di Iran, Pakistan dan India, jujube kebanyakannya dimakan sebagai kurma yang kering.
Dalam kebanyakan negara di dunia, jujube dimakan sebagai kurma hijau segar yang juga lazat. Di Asia Timur, saiz pokok jujube sangat besar dengan pelbagai warna boleh didapati seperti warna merah dan hitam. Penemuan histologi menunjukkan, jujube mempunyai kesan perlindungan terhadap penyakit hati dan begitu berkesan untuk rawatan hati berlemak. Dalam perubatan tradisional Iran penggunaan jujube begitu disyorkan untuk merawat penyakit seperti batuk, selesema, dan sakit tekak. Tetapi perlu diingatkan bahawa pengambilan kurma jujube oleh orang yang cepat kesejukan boleh menyebabkan bengkak muka dan mereka harus mengambil kurma jujube dengan currant.
Rujukan
sunting- ^ The Plant List: A Working List of All Plant Species, dicapai pada 24 March 2016
- ^ ζίζυφον, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus Digital Library
- ^ a b "USDA GRIN Taxonomy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-25. Dicapai pada 2016-05-04.