Kamāl al-Dīn al-Fārisī

Kamal al-Din Hasan ibn Ali ibn Hasan al-Farisi [1][2][3] atau Abu Hasan Muhammad ibn Hasan (1267– 12 Januari 1319,[4][5] telah lama dianggap menjadi 1320)[6]) (Parsi: كمال‌الدين فارسی) ialah ahli sains Muslim yang terkemuka. Beliau membuat dua sumbangan utama kepada sains, satu mengenai optik, satu lagi tentang teori nombor. Al-Farisi adalah anak murid ahli falak dan ahli matematik agung Qutb al-Din al-Shirazi, yang pula merupakan anak murid Nasir al-Din Tusi.

Kamal al-Din al-Fārisī
Kelahiran1265
Meninggal dunia12 January 1318 (19 Dhu l-Qa'dah 718 H.E.)
FalsafahPersian scholar
SekolahSains Parsi
Kepentingan utama
Optik, Fizik, Matematik, Sains
Manuskrip Tanqih al-Manazir, berautograf Kamal al-Din al-Farisi.

Optik sunting

Karya beliau mengenai optik disebabkan oleh satu soalan yang dilontarkan kepada beliau berkenaan pembiasan cahaya. Al-Shirazi menasihatkan beliau supaya merujuki Kitab Optik Ibn al-Haitham, dan al-Farisi mengkaji dengan mendalam karya ini sehinggakan al-Shirazi menyarankan agar beliau menulis apa yang pada dasarnya dipanggil semakan ke atas karya besar itu, yang dinamakan Tanqih. Qutb al-Din Al-Shirazi sendiri sedang menulis ulasan terhadap karya-karya Ibnu Sina pada masa itu.

Al-Farisi dikenali kerana memberikan penjelasan matematik pertama yang memuaskan tentang pelangi, dan penjelasan tentang sifat warna yang memperbaharui teori Ibn al-Haitham.[7] Al-Farisi juga "mencadangkan model yang sinar cahaya dari matahari dibiaskan dua kali oleh titisan air, satu atau lebih pantulan berlaku antara dua pembiasan itu." Beliau menentusahkan perkara ini menerusi pengujikajian terperinci menggunakan sfera lut sinar yang diisi dengan air dan sebuah kamera obskura.[8]

 
Manuskrip Tanqih al-Manazir, berautograf Kamal al-Din al-Farisi.

Kajian beliau berkenaan ini berdasarkan siasatan teori dalam dioptrik yang dijalankan pada kononnya Sfera yang terbakar (al-Kurrah al-muhriqah) menurut tradisi Ibn Sahl (m. sekitar 1000) dan Ibn al-Haitham (m. sekitar 1041). Sebagaimana yang disebutkan beliau di dalam Kitab Tanqih al-Manazir (Semakan Kitab Optik), al-Farisi menggunakan bekas kaca yang jernih dan besar berbentuk sfera, yang diisi dengan air, untuk membuat model ujikaji titisan hujan berskala besar. Beliau kemudian menempatkan model ini di dalam kamera obskura yang mempunyai bukaan yang dikawal bagi kemasukan cahaya. Beliau memancarkan cahaya ke atas sfera itu dan akhirnya menyimpulkan menerusi beberapa ujian dan pemerhatian teliti terhadap pantulan dan pembiasan cahaya bahawa warna-warna pelangi adalah fenomena penguraian cahaya. Kajian beliau bergema dengan kajian Theodoric of Freiberg yang sezaman dengannya (tanpa sebarang perhubungan antara mereka; meskipun kedua-dua mereka bergantung pada warisan Ibn al-Haitham), dan kemudiannya dengan ujikaji Descartes dan Newton dalam dioptrik (contohnya, Newton menjalankan ujikaji yang serupa di Trinity College, meskipun begitu dia menggunakan prisma berbanding sfera).[9][10][11][12]

 
Manuskrip Tanqih al-Manazir, berautograf Kamal al-Din al-Farisi.

Teori nombor sunting

Al-Farisi membuat sebilangan sumbangan penting kepada teori nombor. Karya beliau paling hebat dalam teori nombor adalah tentang nombor sahabat. Di dalam Tadzkirah al-ahbab fi bayan al-tahabb ("Peringatan bagi kekasih mengenai bukti persahabatan"), beliau memperkenalkan pendekatan baru yang utama kepada keseluruhan kawasan teori nombor, dengan memperkenalkan idea-idea berkenaan pemfaktoran dan kaedah-kaedah kombinatorik. Pada hakikatnya pendekatan al-Farisi adalah berdasarkan pemfaktoran unik integer kepada kuasa nombor perdana.

Karya sunting

 
Kamal al-Din Farisi's autograph manuscript, Tanqih al-Manazir, Adilnor Collection.

1. Asas al-qawa'id fi usul al-fawa'id (Asas Kaedah bagi Usul Faedah) yang mengandungi pengenalan dan lima bab berkaitan aritmetik, peraturan notorial dan jualan, luas kawasan permukaan dan pepejal, dan dua esei terakhir adalah mengenai algebra. Buku tersebut merupakan ulasan terhadap karya al-Baha'i yang menggunakan peraturan aritmetik Al-Khawam al-Baghdadi.

2. Tanqih al-Manazir (Bahasa Arab: تنقيح المناظر ; Semakan terhadap Optik Ibn al-Haytham). Beliau menyiapkan penulisan buku ini pada Ramadan 708H (Feb-Mac 1309M).[13] Manuskrip berautograf karya ini baru ditemui. Sebelum penemuan itu, tarikh Tanqih disiapkan telah menjadi kontroversi, ditetapkan antara masa sebelum 1290 (M. Nazif)[14] dengan selepas 1302, tetapi sebelum kematian Quṭb al-Dīn Shīrāzī pada 710/1311 (Wiedemann).[15]

3. Tadhkirah al-ahbab fi bayan al-tahabb (Peringatan bagi kekasih mengenai bukti persahabatan)

4. Al-Basa'ir fi 'ilm al-manazir (Tinjauan mengenai Ilmu Optik), sebuah buku teks bagi pelajar optik, yang memaparkan kesimpulan Tanqih tanpa pembuktian atau ujikaji. Beliau menyiapkan penulisan buku ini pada tahun 708H (1309M).

 
Kolofon Al-Basa'ir fi ilm al-Manazir yang disalin pada tahun 731H daripadaa manuskrip al-Farisi yang asli, yang menyatakan bahawa nama sebenar al-Farisi adalah al-Hasan ibn Ali ibn al-Hasan dan beliau menyiapkan karya itu pada tahun 708H. Penyalin juga menyatakan bahawa al-Farisi meninggal dunia pada 19 Zulkaedah tahun 718H. (12 Januari 1319)

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-15. Dicapai pada 2015-09-19.
  2. ^ Library of the Madrasa Ali Shahid Mutahhari, Tehran: MS 554
  3. ^ Tanqih al-Manazir, autograph manuscript, Adilnor Collection, Sweden.
  4. ^ Library of the Madrasa Ali Shahid Mutahhari, Tehran: MS 554
  5. ^ Ahmad Fuad Basha, Ahammiyat al-Makhtutat al-Ilmiyyah al-Sharihah (Kitab Tanqih al-Manazir Namuzajan)
  6. ^ Sameen Ahmed Khan, "Arab Origins of the Discovery of the Refraction of Light", in Optics and Photonics News, October 2007, pp. 22–23
  7. ^ Nader El-Bizri, 'Ibn al-Haytham et le problème de la couleur', Oriens-Occidens: Cahiers du centre d'histoire des sciences et des philosophies arabes et médiévales, C.N.R.S. Vol. 7 (2009), pp. 201–226 .
  8. ^ O'Connor, J. J.; Robertson, E. F. (November 1999). "Kamal al-Din Abu'l Hasan Muhammad Al-Farisi". University of St. Andrews. Dicapai pada 2007-06-07.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ Nader El-Bizri, "Ibn al-Haytham", in Medieval Science, Technology, and Medicine: An Encyclopedia, eds. Thomas F. Glick, Steven J. Livesey, and Faith Wallis (New York — London: Routledge, 2005), pp. 237–240.
  10. ^ Nader El-Bizri, "Optics", in Medieval Islamic Civilization: An Encyclopedia, ed. Josef W. Meri (New York – London: Routledge, 2005), Vol. II, pp. 578–580
  11. ^ Nader El-Bizri, "Al-Farisi, Kamal al-Din," in The Biographical Encyclopaedia of Islamic Philosophy, ed. Oliver Leaman (London — New York: Thoemmes Continuum, 2006), Vol. I, pp. 131–135
  12. ^ Nader El-Bizri, "Ibn al-Haytham, al-Hasan", in The Biographical Encyclopaedia of Islamic Philosophy, ed. Oliver Leaman (London — New York: Thoemmes Continuum, 2006), Vol. I, pp. 248–255.
  13. ^ Tanqih al-Manazir, Farisi's Autograph manuscript, dated Ramadan 708 H.E./1309 A.D., Adilnor Collection.
  14. ^ M. Naẓīf, al-Ḥasan b. al-Hayṯam, 2 vols., Cairo, 1942–43.
  15. ^ E. Wiedemann, “Eine Zeichnung des Auges, ”Zentralblatt für Augenheilkunde 34, 1910a

Bacaan lanjut sunting

  • 'A G Agargün and C R Fletcher, al-Farisi and the fundamental theorem of arithmetic, Historia Math. 21 (2) (1994), 162–173.'
  • M. Naẓīf, al-Ḥasan b. al-Hayṯam, 2 vols., Cairo, 1942–43.
  • H G Topdemir, Kamal al-Din Explanation of the Rainbow, Humanity & Social Sciences Journal 2 (1): 75–85, 2007. ISSN 1818–4960. IDOSI Publications, 2007.
  • 'R Rashed, The development of Arabic mathematics : between arithmetic and algebra (London, 1994).'
  • 'R Rashed, Entre arithmétique et algèbre: Recherches sur l'histoire des mathématiques arabes (Paris, 1984).'
  • 'R Rashed, Materials for the study of the history of amicable numbers and combinatorial analysis (Arabic), J. Hist. Arabic Sci. 6 (1–2) (1982), 278–209.'
  • 'R Rashed, Nombres amiables, parties aliquotes et nombres figurés aux XIIIème et XIVème siècles, Arch. Hist. Exact Sci. 28 (2) (1983), 107–147.'
  • 'R Rashed, Le modèle de la sphère transparente et l'explication de l'arc-en-ciel : Ibn al-Haytham – al-Farisi, Revue d'histoire des sciences 22 (1970), 109–140.'
  • Moustafa Mawaldi, l' Algèbre de Kamal al-Din al-Farisi, présentée par Moustafa Mawaldi sous la direction de Monsieur le Professeur Roshdi Rashed. 1989, Université de la Sorbonne Nouvelle, Paris.
  • E. Wiedemann, “Eine Zeichnung des Auges, ”Zentralblatt für Augenheilkunde 34, 1910a.
  • Tanqīḥ al-manāẓer, MS Istanbul, Topkapı Kütüphanesi, Ahmet III 3340 (copied at Nīšāpūr, 15 Šaʿbān 716/1316)
  • ed. as Ketāb Tanqīḥ al-manāẓer le-ḏawī al-abṣār wa’l-baṣāʾer, 2 vols, Hyderabad (Deccan), 1347–48/1928–30 (this edition did not use the Topkapı manuscript and contains errors in both text and diagrams).

Pautan luar sunting

Templat:Islamic mathematics