Kanibalisme merupakan sebuah fenomena di mana satu makhluk hidup memakan makhluk sejenis yang lain (yakni anjing yang memakan anjing atau manusia yang memakan manusia).

Secara etimologinya kata "kanibal" merupakan kata pungutan Bahasa Belanda daripada akar Bahasa Sepanyol iaitu Caníbales, suatu nama untuk puak Carib[1] yang wujud dalam rantau Caribbean (juga asal nama ini) yang dketahui perilaku pemakanan sebegini oleh para peneroka Sepanyol yng memerhati.

Kelaziman dalam kalangan haiwan

sunting

Fenomena ini telah dicatat dalam sebanyak lebih 1,500 spesies haiwan yang diketahui.[2]

Akibat persaingan

sunting

Pemangsaan makhluk sejenis lazim diperhatikan berlaku dalam suatu taburan terbatas dalam suatu lingkungan setempat yang boleh tertimbulnya permasalahan akibat perebutan sumber yang sama sesama penghuni sehabitat dari segi perbilangan[3] atau hubungan dalam sesuatu kawan.[4] Fenomena ini biasa melibatkan anak hidupan yang masih bernyawa mahupun yang sudah lahir mati ataupun yang keguguran, malah juga semasa dalam peringkat telur yang dieram.[5] Ia juga lazim di habitat-habitat ekosistem laut.

Perilaku ini boleh menjejaskan perbezaan taburan yang ujud secara setempat dari serendah 8% (tupai spesies Urocitellus beldingi) sampailah sebanyak 95% (larva pepatung) di serata taksa hidupan.[6]

Semasa pembiakan

sunting

Pemangsaan dan pemakanan pasangan sering berlaku dalam kalangan labah-labah serta invertebrata lain termasuk gastropoda (misalnya mentadak dan kala jengking)[7] semasa tempoh menarik perhatian pasangan ataupun semasa kedua-dua pasangan mengawan. Perilaku ini lazim dilakukan pasangan betina ke atas pasangan jantan, namun ada juga situasi sebaliknya dalam pemerhatian terkawal dalam makmal.[7][8][9]

Kelaziman dalam kalangan manusia

sunting
 
Patung karya Leonhard Kern (1650) yang menggambarkan seorang wanita kanibal

Fenomena ini turut diberi nama anthropophagus (pinjaman Bahasa Yunani ανθρωποφαγία - gabungan anthrôpos, "manusia" dan phagein, "makan").

Pada zaman purba

sunting

Selain di Caribbean, di Benua Amerika, pada zaman dahulu kala kejadian ini banyak terjadi , misalnya di antara suku Anasazi, Bangsa Maya dan Aztek. Selain itu di Asia-Pasifik, kanibalisme juga pernah ditemui. Antara lain di antara suku Batak di Sumatera Utara, suku Dayak di Kalimantan, suku Asmat di Papua, beberapa suku lain di Papua Barat mahupun Timur, Fiji dan daerah Melanesia lainnya. Di Papua New Guinea di antara suku Fore, kanibalisme menimbulkan penyakit kuru.

Ada beberapa petunjuk bahawa kanibalisme secara ritual juga pernah muncul di beberapa tempat rangkuman Indonesia moden termasuk pulau Jawa, Bali dan Sulawesi.

Alfonso de Albuquerque mencatatkan semasa pemerhatiannya di Melaka bahawa kerajaan tersebut menjalankan hukuman mati terhadap pesalah laku berat secara dimakan sekumpulan kanibal yang ditangkap dari kerajaan Aru.[10][11]

Pada zaman moden

sunting

Kanibalisme semakin lama semakin tidak diamakan langsung lalu hanya dapat diperhatikan di persekitaran terpencil. Ia pernah muncul di Amerika Syarikat, pada kes Ekspedisi Donner, Ukraine pada tahun 1930-an, di Leningrad pada Perang Dunia II dan di Andes ketika ada kemalangan kapal terbang pada tahun 1972. Kes terakhir ini pernah difilemkan dengan judul Alive pada tahun 1992.

Kes-kes di atas ini merupakan kes keterpaksaan dengan kata lain, fenomena ini berlaku kerana mereka yang terlibat dalam kanibalisme kehabisan bahan makanan. Lain pula halnya dengan kematian anak leleki seoreng jutawan Rockefeller di Irian Barat atau Papua pada tahun 1965 di antara suku Asmat dan kes-kes kecelaruan jiwa di seluruh dunia yang dibincangkan di bawah ini.

Kes-kes kanibalisme moden

sunting

Selain kes kanibalisme kerana keadaan terpaksa, ada pula beberapa kes yang terjadi kerana pelakunya terkena pengaruh kelainan jiwa.

Beberapa nama:

Rujukan

sunting
  1. ^ "Cannibalism Definition". Dictionary.com.
  2. ^ Polis, G. A. (1981). "The evolution and dynamics of intraspecific predation". Annual Review of Ecology and Systematics (12): 225–251.
  3. ^ David Claessen, A. M. De Roos, and L. Persson, Population dynamic theory of size-dependent cannibalism. Proceedings of the Royal Society of London Series B-Biological Sciences 271 (1537), 333-340 (2004)
  4. ^ V. H. W. Rudolf, Consequences of stage-structured predators: Cannibalism, behavioral effects and trophic cascades. Ecology 88, 2991-3003 (2007)
  5. ^ Rohwer, S. (1978). "Parent Cannibalism of Offspring and Egg Raiding as a Courtship Strategy". American Naturalist (112): 429–440.
  6. ^ G. A. Polis, The evolution and dynamics of intraspecific predation. Annual Review of Ecology and Systematics 12, 225-251 (1981)
  7. ^ a b Elgar, M. A.; Crespi, B. J. (1992). Cannibalism: ecology and evolution among diverse taxa. Oxford [England]; New York: Oxford University Press.
  8. ^ Kenwyn Blake Suttle (1999). "The Evolution of Sexual Cannibalism". University of California, Berkeley.
  9. ^ Min-Li Tsai; Chang-Feng Dai (2003). "Cannibalism within mating pairs of the parasitic isopod Ichthyoxenus fushanensis" (abstract page). Journal of Crustacean Biology. 23 (3): 662–668. doi:10.1651/C-2343.
  10. ^ Brás de Albuquerque, 1557 The commentaries of the great Afonso Dalboquerque, second viceroy of India, edited by Walter de Grey Birch, 1875, ch. XVIII pg. 87
  11. ^ Brás de Albuquerque, 1557 Comentários do Grande Afonso de Albuquerque, edited by António Baião, 1923, part II ch. XVIII