Asia-Pasifik atau APAC ialah sebahagian kawasan di dunia di atau berhampiran Lautan Pasifik Barat. Kawasan ini termasuklah Asia Timur, Asia Tenggara, Australasia dan Oceania). Istilah Asia-Pasifik juga kadangkala termasuk Asia Selatan[perlu rujukan], Asia Tengah, Asia Barat walaupun India dan jiran-jirannya lebih dekat dengan Lautan Hindi berbanding Lautan Pasifik. Istilah ini juga termasuklah Rusia (di Pasifik Utara) dan negara-negara di Amerika Utara dan Selatan yang di persisiran Lautan Pasifik Timur.

Peta menunjukkan takrifan umum Asia-Pasifik

Walaupun merupakan suatu pemerihal geografi yang kurang tepat, istilah Asia-Pasifik menjadi amat popular dari akhir 1980-an apabila ekonomi-ekonomi di kawasan beraneka jenis ini mengembang kerana peningkatan aliran modal, perdagangan dan bentuk-bentuk interaksi ekonomi dan politik lain.

Dalam sesetengah konteks, kawasan ini mungkin meliputi negara Asia utama, serta negara di sekeliling Lingkungan Pasifik, dari Oceania, ke Rusia, hingga pantai barat Amerika. Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, contohnya, termasuklah Kanada, Chile, Rusia, Mexico, Peru, dan Amerika Syarikat.

Kawasan komponen sunting

Kawasan Asia-Pasifik termasuklah:

Kadangkala termasuk:[perlu rujukan]

Negara utama dan data wilayah sunting

Negara atau
Wilayah
Kawasan
km²
Jumlah penduduk Kepadatan penduduk
per km²
KDNK
Juta dalam Dolar AS (2009)
KDNK per kapita
dalam Dolar AS (2009)
Ibu negara
  Australia 7,617,930 22,462,842 3 920,000 41,500 Canberra
  Brunei 5,765 407,000 70 14,700 36,700 Bandar Seri Begawan
  Myanmar 676,578 50,496,000 74 26,820 500 Naypyidaw
  Kemboja 181,035 14,805,000 82 10,900 800 Phnom Penh
  Republik Rakyat China 9,671,018 1,339,530,000 138 4,911,000 3,700 Beijing
  Timor Leste 14,874 1,171,000 76 599 500 Dili
  Hong Kong 1,104 7,055,071 6,390 210,730 30,000 -
  Indonesia 1,904,569 237,556,363 126 514,900 2,200 Jakarta
  Jepun 377,944 127,470,000 337 5,073,000 39,700 Tokyo
  Laos 236,800 6,320,000 27 5,721 900 Vientiane
  Makau 29 541,200 18,662 21,700 39,800 -
  Malaysia 329,847 28,318,000 86 191,399 6,800 Kuala Lumpur
  Mongolia 1,564,116 2,736,800 2 4,212 1,500 Ulan Bator
  New Zealand 268,021 4,357,437 16 109,600 25,500 Wellington
  Korea Utara 120,540 23,906,000 198 27,820 1,200 Pyongyang
  Papua New Guinea 462,840 6,732,000 15 8,200 1,200 Port Moresby
  Filipina 299,764 91,983,000 307 158,700 1,700 Manila
  Singapura 710 4,987,600 7,023 177,133 35,500 Bandar Raya Singapura (Downtown Core)
  Korea Selatan 100,140 50,062,000 500 800,300 16,100 Seoul
  Taiwan 36,191 23,119,772 639 379,400 16,400 Taipei
  Thailand 513,120 67,764,000 132 263,510 3,900 Bangkok
  Vietnam 331,210 88,069,000 265 97,119 1,100 Hanoi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting