Kemerosotan demokrasi

Kemerosotan demokrasi, juga dikenali sebagai peautokrasian (autocratization) merupakan satu proses peralihan kerajaan ke arah autokrasi yang yang bersifat lebih menghalang penglibatan rakyat dalam pemilihan kerajaan. Kemerosotan demokrasi melibatkan keruntuhan institusi demokratik seperti peralihan kuasa secara aman, pilihan raya yang adil, pencabulan hak asasi manusia yang menegakkan demokrasi, terutamanya kebebasan bersuara.

Sejak s. 2010, bilangan negara yang mengautokrasi (biru) adalah lebih tinggi daripada negara yang mendemokrasikan (kuning).

Punca-punca kemerosotan demokrasi yang dicadangkan termasuklah kekurangan sokongan orang ramai terhadap demokrasi, ketidaksamaan ekonomi, budaya konservatif terhadap perubahan masyarakat, politik populisme atau personalisme, dan pengaruh luar daripada kuasa besar. Kemunduran juga berlaku apabila pemimpin negara mengenakan peraturan autokratik yang melampau dengan pengisytiharan darurat yang tidak setimpal dengan keadaan.

Walaupun rampasan kuasa tentera telah merosot sejak berakhirnya Perang Dingin, bentuk kemunduran yang lebih halus telah meningkat. Semasa gelombang ketiga pendemokrasian pada akhir abad ke-20, banyak demokrasi baru yang berinstitusi lemah telah ditubuhkan; rejim ini paling terdedah kepada kemunduran demokrasi. Gelombang ketiga autokrasi telah berterusan sejak 2010, apabila bilangan demokrasi liberal berada pada tahap tertinggi sepanjang masa.[15][16] Satu perempat daripada penduduk dunia hidup di bawah rejim hibrid yang mundur secara demokratik pada 2021.

Penunjuk sunting

Kemunduran demokrasi berlaku apabila komponen penting demokrasi terancam. Contoh kemunduran demokrasi termasuk: [1] [2]

  • Pilihan raya yang bebas dan adil dihina; [1]
  • Hak kebebasan bersuara, akhbar [3] dan persatuan liberal merosot, menjejaskan keupayaan pembangkang politik untuk mencabar kerajaan, mempertanggungjawabkannya, dan mencadangkan alternatif kepada rejim semasa; [1] [3]
  • Kedaulatan undang-undang (iaitu, sekatan kehakiman dan birokrasi ke atas kerajaan) menjadi lemah, [1] seperti apabila kebebasan badan kehakiman terancam, atau apabila perlindungan tempoh perkhidmatan awam dilemahkan atau dihapuskan. [4]
  • Penekanan yang berlebihan terhadap keselamatan negara sebagai tindak balas terhadap tindakan keganasan atau antagonis yang dianggap. [4]

Bentuk sunting

Kemerosotan demokrasi berlaku dalam beberapa situasi. Kemerosotan sering berlaku di bawah pemimpin demokrasi, tetapi menggunakan taktik "bertambah kuasa dan bukannya revolusioner". [5] Seperti yang ditekankan oleh Steven Levitsky dan Daniel Ziblatt, adalah sukar untuk menentukan sesuatu kerajaan tidak lagi demokratik pada satu tempoh, memandangkan proses kemerosotan ini mengambil alih secara "perlahan-lahan, dalam langkah-langkah sukar dikesan". [6] Ozan Varol menggunakan frasa 'autoritarianisme senyap' untuk menggambarkan amalan seorang pemimpin autoritarian (atau bakal pemimpin autoritarian) menggunakan "mekanisme undang-undang yang nampaknya sah untuk tujuan anti-demokrasi ... menyembunyikan sikap anti-demokrasi di bawah topeng undang-undang." [7] Bersama dengan Juan Linz (1996), [8] Levitsky dan Ziblatt membangun dan bersetuju dengan kajian yang merangkumi apa yang dipercayai oleh mereka sebagai empat petunjuk utama seorang autoritarian. Empat faktor ini ialah: penolakan (atau komitmen yang lemah terhadap) peraturan demokrasi, penafian kesahihan pembangkang, berkompromi atau mengalakkan keganasan, dan kesediaan untuk menyekat kebebasan penentang, termasuk media. Varol menerangkan manipulasi undang-undang liberal, undang-undang pilihan raya, atau undang-undang pencegahan keganasan sebagai alat untuk menentang pihak lawan politik, dan penggunaan retorik demokrasi sebagai gangguan daripada amalan anti-demokrasi, sebagai manifestasi autoritarianisme senyap. [7] Sebagai tambahan kepada tanda-tanda utama yang diperoleh daripada tingkah laku pemimpin, Samuel P. Huntington juga menyatakan budaya sebagai faktor utama kepada kemerosotan demokrasi, dan seterusnya berhujah bahawa terdapat budaya tertentu yang memusuhi demokrasi, tetapi mereka tidak semestinya melarang pendemokrasian. . [9]

Rampasan kuasa sunting

Rampasan kuasa dilaksanakan oleh pemimpin tentera untuk menggulingkan kerajaan rakyat kononnya ada penipuan berlaku dan ingin mempertahankan demokrasi. Dalam kes ini, pemimpin tentera kebiasaannya menekankan kepentingan mereka untuk mencampur tangan buat sementara bagi memastikan demokrasi pada masa hadapan, dan berjanji untuk mengadakan pilihan raya bagi memulihkan demokrasi. Terdapat juga rampasan kuasa tentera yang melaksanakan pilihan raya dengan cepat dan berusaha untuk memulihkan demokrasi.

Pengukuhan atau perluasan kuasa eksekutif sunting

Proses ini meliputi beberapa siri perubahan institusi oleh kerajaan, melemahkan keupayaan pembangkang untuk mencabar kerajaan. Salah satu cara perluasan kuasa eksekutif adalah melalui penggubalan undang-undang dengan agenda tersembunyi iaitu memperluas kuasa kerajaan supaya sukar dipegang akauntabiliti oleh pembangkang dan nampaknya berdemokrasi. [10] [6] Beberapa contoh perluasan kuasa eksekutif ialah kemerosotan kebebasan media dan kelemahan kedaulatan undang-undang seperti apabila kuasa kehakiman terancam. [10]

 
Hitler memberikan ucapan kepada Reichstag untuk menyokong Akta Pembolehan . Keruntuhan Republik Weimar kepada Nazi Jerman mungkin merupakan contoh kemunduran demokrasi yang paling terkenal. [11]

Dari masa ke masa, rampasan kuasa melalui penyingkiran kerajaan sedia ada ataupun menggantungkan penggunaan perlembagaan semakin berkurang. [10] Ahli sains politik Nancy Bermeo menyatakan bahawa perluasan kuasa eksekutif berlaku dari semasa ke semasa juga, tetapi melalui perubahan institusi yang disahkan melalui cara undang-undang, seperti malalui perhimpunan nasional, referendum kehakiman atau badan perundangan yang sedia ada di mana eksekutif mempunyai kawalan majoriti ke atas badan tersebut." [10] Bermeo menyatakan bahawa kaedah ini menjadikan perluasan kuasa eksekutif boleh dijadikan/dinampakkan sebagai hasil daripada mandat demokratik." [10]

Subversif pilihan raya sunting

Bentuk kemerosotan demokrasi ini mempelihatkan subversi dilakukan terhadap pilihan raya yang bebas dan adil dengan menyekat akses media, membatalkan kelayakan calon pembangkang, dan penindasan pengundi . Perkara ini biasanya berlaku sebelum hari pilihan raya dan kini cenderung dilakukan dengan lebih berperingkat dan lebih perlahan sehingga perubahan itu kelihatan tidak ketara. Ini menjadikan salah laku-salah laku itu sukar dikesan dan dikumpulkan oleh media.[10] Walaupun pengumpulan kuasa lebih berkemungkinan bermula dengan perkembangan linear yang lebih perlahan ini, ia boleh dipercepatkan apabila kuasa pengundi kelihatan terlalu berpecah atau lemah untuk membaiki semua kerosakan yang berlaku kepada institusi.

Punca dan ciri-ciri sunting

Populisme sunting

Pippa Norris dari Harvard Kennedy School dan University of Sydney berhujah bahawa dua "kuasa" akan menimbulkan ancaman terbesar kepada demokrasi liberal Barat iaitu " serangan pengganas yang merosakkan perasaan keselamatan, dan juga kebangkitan populis-autoritarian yang mengeksploitasikan ketakutan dan kebimbangan awam." [12] Norris mentakrifkan populisme sebagai gaya pemerintahan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Penekanan kepada rhetorik "kuasa politik yang sah adalah berdasarkan kedaulatan rakyat dan pemerintahan majoriti";
  2. Menolak dan mencabar terhadap kesahihan, pemegang "kuasa politik, budaya, dan ekonomi" yang wujud;
  3. Kepimpinan oleh "maverick outsiders" yang mengetengahkan idea "bercakap untuk vox populi dan berkhidmat kepada rakyat biasa." [12]

Sebagai contoh, Norris berhujah bahawa Donald Trump memanfaat daripada ketidakpercayaan rakyat terhadap kumpulan elit dan dia sering melemahkan kesahihan media dan kebebasan mahkamah . [12]

Ketidaksamaan ekonomi dan ketidakpuasan masyarakat sunting

Ramai sarjana ekonomi politik, seperti Daron Acemoglu dan James A. Robinson, telah membuat kajian terhadap kesan ketidaksamaan pendapatan terhadap keruntuhan demokrasi. [13] Kajian keruntuhan demokrasi menunjukkan bahawa ketidaksamaan ekonomi adalah jauh lebih tinggi di negara-negara yang akhirnya bergerak ke arah model yang lebih autoritarian. [14] Sebagai contoh, Hungary mempunyai populasi besar yang menganggur dan berpendidikan rendah tidak berpuas hati dengan tahap ketidaksamaan yang tinggi, terutamanya selepas krisis kewangan 2007–2008 . Viktor Orbán melihat ketidakpuasan hati sebahagian besar penduduk ini sebagai peluang, dan menggunakan retorik nasional-populis untuk memenangi sokongan rakyat. [15]

Personalisme sunting

Sebuah kajian pada tahun 2019 mendapati bahawa personalisme mempunyai kesan negatif terhadap demokrasi di Latin Amerika. Berdasarkan kajian ini, "presiden yang memimpin part yang lemah dan tidak teratur lebih cenderung untuk menumpukan kuasa, melemahkan akauntabiliti, dan mengabaikan kedaulatan undang-undang berbanding presiden yang mengetuai parti yang mempunyai struktur yang jelas dan birokrasi yang kuat." [16]

Covid-19 sunting

Terdapat banyak kerajaan di seluruh dunia menangguhkan atau membatalkan pilihan raya disebabkan oleh Covid-19 dan ini mengakibatkan wabak COVID-19 melemahkan pengamalan demokrasi. [17] [18]

Menurut kepada Institut V-Dem, hanya 39% daripada semua negara

tidak melakukan sebarang atau melakukan pelanggaran kecil terhadap amalan demokrasi sebagai tindak balas kepada COVID-19. [19] Walaupun demokrasi telah mengalami kemerosotan sebelum pandemik Covid-19, namun, pandemik ini masih merupakan faktor ketara yang mengakibatkan kemerosotan demokrasi. [20]

Politik kuasa besar sunting

Peralihan kuasa besar telah menyumbang kepada kemerosotan demokrasi dengan penyebaran autoritarianisme dalam dua cara: "Pertama sekali, kebangkitan kuasa besar autokratik menyebabkan gelombang autokrasi yang didorong oleh pengaruh dan kepentingan diri negara lain mahupun kekaguman, seperti dalam gelombang fasis tahun 1930-an atau gelombang komunis pasca 1945. Kedua, kebangkitan hegemoni budaya demokrasi membawa kepada gelombang pendemokrasian secara mendadak, tetapi gelombang ini tidak dapat tidak berkekalan, kerana ia ideologi demokrasi tidak disemai secara mendalam." [21]

Ciri Autoritarian sunting

Profesor Jessica Stern dan ahli psikologi politik Karen Stenner mendapati bahawa "persepsi ancaman sosiobudaya" (seperti peningkatan kepelbagaian etnik, toleransi terhadap golongan LGBT ) adalah lebih ketara dalam menjelaskan bagaimana demokrasi berubah menjadi autoritarian berbanding dengan ketidaksamaan ekonomi (walaupun ia termasuk ancaman ekonomi seperti globalisasi dan peningkatan kemakmuran kumpulan etnik lain). [22] Mereka mengatakan bahawa kira-kira satu pertiga daripada penduduk di negara-negara Barat cenderung untuk memihak kepada homogeniti, ketaatan, dan pemimpin yang kuat berbanding kepelbagaian dan kebebasan.

Polarisasi, maklumat salah, perleluasaan dan pelbagai faktor sunting

Laporan Demokrasi Tahunan 2019 yang diterbit oleh Institut V-Dem di Universiti Gothenburg mengenal pasti tiga cabaran yang dihadapi oleh demokrasi sedunia: "(1) Manipulasi kerajaan terhadap media, masyarakat, undang-undang dan pilihan raya"; (2) peningkatan keregangan dalam hubungan antarabangsa ataupun "polarisasi", yang membahagikan masyarakat kepada kem-kem bermusuhan. Fenomena ini mengurangkan sikap saling menghormati antara negara, mengurangkan pengesahan maklumat dan penglibatan masyarakat dalam politik; dan (3) kempen penyebaran makluma palsu, terutamanya digital, dan kebanyakannya menjejaskan Taiwan, Amerika Syarikat, dan negara bekas blok Soviet seperti Latvia . [23]

Menurut Suzanne Mettler dan Robert C. Lieberman, empat faktor kemerosotan demokrasi ialah Polarisasi politik, perkauman dan nativisme, ketidaksamaan ekonomi, dan kuasa eksekutif yang melampau. [24] [25] [26] Stephen Haggard dan Robert Kaufman menyerlahkan tiga punca utama kemerosotan demokrasi: "kesan polarisasi yang memudaratkan; penggubalan undang-undang yang memanfaatkan kuasa autokratik; dan tindakan yang memecah belahkan pembangkang." [27] Sebuah kajian telah dijalankan pada tahun 2022untuk mengkaji hubungan antara polarisasi dan sokongan kepada ahli politik tidak berdemokratik. [28]

Kelaziman dan trend sunting

 
Negara autokratik (merah) atau negara yang mengalami pendemokrasian yang ketara (biru)(2010–2020), berdasarkanindeks 'V-Dem Democracy' . Negara-negara dalam kelabu tidak mengalami perubahan yang ketara. [29]

Kajian daripada indeks 'V-Dem Democracy' oleh Institut V-Dem di Universiti Gothenburg, menilai 174 negara pada akhir 2016, dan mendapati bahawa bilangan negara demokrasi di dunia merosot secara perlahan daripada 100 pada 2011 kepada 97 pada 2017. Terdapat beberapa negara bergerak ke arah demokrasi, manakala negara lain menjauhi demokrasi. [30]

Laporan Tahunan Demokrasi 2019 V-Dem mendapati bahawa trend autokrasi berlaku secara berterusan, di mana terdapat 24 negara kini terjejas oleh apa yang dikenali sebagai 'gelombang ketiga autokratisasi'" termasuk negara Brazil, Bangladesh dan Amerika Syarikat, serta beberapa negara Eropah Timur" (khususnya Bulgaria dan Serbia). [23] Laporan itu juga mendapati bahawa kadar jumlah populasi yang tinggal di negara yang berarah ke autokrasi semaking meningkat mencapai 2.3 biliion pada tahun 2018. [23] Laporan itu mendapati bahawa walaupun banyak negara merupakan negara demokrasi, bilangan negara demokrasi liberal menurun kepada 39 menjelang 2018 (turun daripada 44 sedekad sebelumnya). [23] Institusi penyelidikan Freedom House, dalam laporan pada 2017 dan 2019, mengenal pasti kemerosotan demokrasi di pelbagai rantau di seluruh dunia. [31] [32] Laporan Freedom House 2019 iaitu Freedom in the World, bertajuk Democracy in Retreat, membentangkan kebebasan bersuara merosot secara berterusan dalam tempoh 13 tahun, dengan penurunan yang ketara sejak 2012. [33]

Sebuah laporan pada tahun 2020 daripada 'Varieties of Democracy Institute' mendapati bahawa bahagian global demokrasi merosot daripada 54% pada 2009 kepada 49% pada 2019, dan bahagian yang lebih besar daripada populasi global tinggal di negara autokratik (6% pada 2009, 34% dalam 2019). [34] 10 negara yang mempunyai tahap pendemokrasian tertinggi dari 2009 hingga 2019 ialah Tunisia, Armenia, Gambia, Sri Lanka, Madagascar, Myanmar, Fiji, Kyrgyzstan, Ecuador dan Niger ; 10 negara yang mempunyai tahap autokratisasi tertinggi dari 2009 hingga 2019 ialah Hungary, Turki, Poland, Serbia, Brazil, Bangladesh, Mali, Thailand, Nicaragua dan Zambia . [34]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "How democratic backsliding happens". Democracy Digest. 21 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2020. Dicapai pada 23 June 2017.
  2. ^ Waldner, David; Lust, Ellen (11 May 2018). "Unwelcome Change: Coming to Terms with Democratic Backsliding". Annual Review of Political Science (dalam bahasa Inggeris). 21 (1): 93–113. doi:10.1146/annurev-polisci-050517-114628. ISSN 1094-2939.
  3. ^ a b Diamond, Larry (15 September 2020). "Democratic regression in comparative perspective: scope, methods, and causes". Democratization. 28: 22–42. doi:10.1080/13510347.2020.1807517. ISSN 1351-0347.
  4. ^ a b Huq, Aziz; Ginsburg, Tom (21 February 2017). "How to lose a constitutional democracy". Vox'. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2021. Dicapai pada 5 September 2017.
  5. ^ Kyle, Jordan; Mounk, Yascha (December 2018). "The Populist Harm to Democracy: An Empirical Assessment" (PDF). Tony Blair Institute for Global Change. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 30 January 2021. Dicapai pada 17 May 2019.
  6. ^ a b Levitsky, Steven; Ziblatt, Daniel (2018). How Democracies Die. United States: Crown. m/s. 76–78. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ a b Stealth Authoritarianism in Turkey. Oxford University Press. 23 August 2018. m/s. 339–354. ISBN 978-0-19-088898-5. OCLC 1030444422. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2021. Dicapai pada 29 May 2020.
  8. ^ "Linz, J. and Stepan, A., 1998. Problems of democratic transition and consolidation. Baltimore: Johns Hopkins Univ. Press, p.38."
  9. ^ Huntington, Samuel P. (2005). Democracy's Third Wave. University of Oklahoma Press. m/s. 23. ISBN 9780806125169. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2021. Dicapai pada 23 February 2021.
  10. ^ a b c d e f Bermeo, Nancy (January 2016). "On Democratic Backsliding" (PDF). Journal of Democracy. 27 (1): 5–19. doi:10.1353/jod.2016.0012. ISSN 1086-3214. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 March 2021. Dicapai pada 26 April 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":02" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  11. ^ Levitsky, Steven; Ziblatt, Daniel (2018). How Democracies Die. New York: Crown. m/s. 95. ISBN 978-1-5247-6293-3.
  12. ^ a b c Norris, Pippa (April 2017). "Is Western Democracy Backsliding? Diagnosing the Risks" (PDF). Journal of Democracy (Scholarly response to column published online). Online Exchange on "Democratic Deconsolidation" (dalam bahasa Inggeris). Johns Hopkins University Press. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 April 2018. Dicapai pada 28 August 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Norris" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  13. ^ Walder, D.; Lust, E. (2018). "Unwelcome Change: Coming to Terms with Democratic Backsliding". Annual Review of Political Science. 21 (1): 93–113. doi:10.1146/annurev-polisci-050517-114628. Backsliding entails a deterioration of qualities associated with democratic governance, within any regime. In democratic regimes, it is a decline in the quality of democracy; in autocracies, it is a decline in democratic qualities of governance.
  14. ^ Huq, Aziz; Ginsburg, Tom (2018). "How to Lose a Constitutional Democracy". UCLA Law Review. 65: 78–169. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 May 2023. Dicapai pada 15 May 2023.
  15. ^ Greskovitz, Béla (2015). "The Hollowing and Backsliding of Democracy in East-Central Europe". Global Policy. 6 (1): 28–37. doi:10.1111/1758-5899.12225.
  16. ^ Rhodes-Purdy, Matthew; Madrid, Raúl L. (27 November 2019). "The perils of personalism". Democratization. 27 (2): 321–339. doi:10.1080/13510347.2019.1696310. ISSN 1351-0347.
  17. ^ "Global overview of COVID-19: Impact on elections". www.idea.int. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2021. Dicapai pada 28 January 2021.
  18. ^ Lewkowicz, Jacek; Woźniak, Michał; Wrzesiński, Michał (2022). "COVID-19 and erosion of democracy". Economic Modelling. 106: 105682. doi:10.1016/j.econmod.2021.105682. PMC 8571542 Check |pmc= value (bantuan). PMID 34776576 Check |pmid= value (bantuan). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2021. Dicapai pada 25 November 2021.
  19. ^ B. Edgell, A., Grahn, S., Lachapelle, J., Lührmann, A. and F. Maerz, S. (2021). "An Update on Pandemic Backsliding: Democracy Four Months After the Beginning of the Covid-19 Pandemic". V-dem.net. Accessed 31 January 2021.
  20. ^ Keilitz, Ingo (10 August 2020). "Illiberalism Enabled by the Coronavirus Pandemic: An Existential Threat to Judicial Independence". International Journal for Court Administration. 11 (2): 2. doi:10.36745/ijca.339.
  21. ^ Gunitsky, Seva (2021), Bartel, Fritz; Monteiro, Nuno P. (penyunting), "Great Powers and the Spread of Autocracy Since the Cold War", Before and After the Fall: World Politics and the End of the Cold War, Cambridge University Press: 225–243, doi:10.1017/9781108910194.014, ISBN 978-1-108-90677-7, diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2022, dicapai pada 17 December 2021
  22. ^ Karen Stenner; Jessica Stern (February 11, 2021). "How to Live With Authoritarians". Foreign Policy. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2022. Dicapai pada 17 January 2022.
  23. ^ a b c d (Laporan). Diarkibkan daripada yang asal |archive-url= requires |url= (bantuan) pada 5 June 2019. Missing or empty |title= (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "2019VDem" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  24. ^ Mettler, Suzanne (2020). Four Threats: The Recurring Crises of American Democracy. New York: St. Martin's Press. ISBN 978-1-250-24442-0. OCLC 1155487679. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 March 2021. Dicapai pada 14 August 2020.
  25. ^ Farrell, Henry (14 August 2020). "History tells us there are four key threats to U.S. democracy". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2021. Dicapai pada 14 August 2020.
  26. ^ Lieberman, By Suzanne Mettler and Robert C. (10 August 2020). "The Fragile Republic". Foreign Affairs (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2020. Dicapai pada 15 August 2020.
  27. ^ Haggard, Stephan; Kaufman, Robert (2021). Backsliding: Democratic Regress in the Contemporary World. Cambridge University Press (dalam bahasa Inggeris). doi:10.1017/9781108957809. ISBN 9781108957809. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2021. Dicapai pada 21 January 2021.
  28. ^ Orhan, Yunus Emre (2022). "The relationship between affective polarization and democratic backsliding: comparative evidence". Democratization. 29 (4): 714–735. doi:10.1080/13510347.2021.2008912. ISSN 1351-0347.
  29. ^ Nazifa Alizada, Rowan Cole, Lisa Gastaldi, Sandra Grahn, Sebastian Hellmeier, Palina Kolvani, Jean Lachapelle, Anna Lührmann, Seraphine F. Maerz, Shreeya Pillai, and Staffan I. Lindberg. 2021. Autocratization Turns Viral. Democracy Report 2021. University of Gothenburg: V-Dem Institute. https://www.v-dem.net/media/filer_public/74/8c/748c68ad-f224-4cd7-87f9-8794add5c60f/dr_2021_updated.pdf Diarkibkan 14 September 2021 di Wayback Machine
  30. ^ Mechkova, Valeriya; Lührmann, Anna; Lindberg, Staffan I. (2017). "How Much Democratic Backsliding?". Journal of Democracy (dalam bahasa Inggeris). 28 (4): 162–169. doi:10.1353/jod.2017.0075. ISSN 1086-3214.
  31. ^ (Laporan). Diarkibkan daripada yang asal |archive-url= requires |url= (bantuan) pada 15 February 2019. Missing or empty |title= (bantuan)
  32. ^ Esther King (31 January 2017). "Democratic backsliding threatens international order". Politico. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2017. Dicapai pada 23 June 2017.
  33. ^ (Laporan). 2020. Diarkibkan daripada yang asal |archive-url= requires |url= (bantuan) pada 15 February 2019. Missing or empty |title= (bantuan)
  34. ^ a b Autocratization Surges–Resistance Grows: Democracy Report 2020 Diarkibkan 30 Mac 2020 di Wayback Machine, V-Dem Institute, University of Gothenburg (March 2020).