Khadijah Aam (1953 - 21 Oktober 2015) atau Ummu Jah ialah isteri kepada ustaz Asaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan Malaysia pada 1992. Beliau banyak membantu membangunkan pertubuhan Al-Arqam yang berpusat di Perkampungan Sungai Penchala, Damansara, Selangor, Malaysia. Al Arqam adalah pelupor perubahan umat Islam di Malaysia terutama di bidang dakwah & makanan halal yang sebelum ini bergantung kepada bukan Islam.

Ustaz Ashaari meninggal dunia di Ipoh, Perak pada 13 Mei 2010 kerana jangkitan paru-paru.

Kerajaan mengharamkan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 kerana ajaran Aurad Muhammadiah yang diamalkan kumpulan itu kononnya mengelirukan dan bertentangan dengan akidah Islam. Fatwa tersebut berbunyi 'boleh mengelirukan akidah'...

Al-Arqam dilihat mahu dibangunkan semula dengan nama baru seperti Rufaqa (2006) dan atas nama syarikat 'Global Ikhwan Sdn Bhd'. Beliau dilihat sebagai moderator dan 'speaker'nya.


Pengikut mereka dipercayai mencecah ribuan orang, di Malaysia, Thailand, Jordan, Mekah, Arab Saudi dan seluruh dunia. Kumpulan Rufaqa telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 2006, tapi tiada disabit atau didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah di Malaysia hingga sekarang.

Kumpulan mereka adalah gerakan yang paling berjaya dari sudut ekonomi , malah satu-satunya yang tidak dibantu oleh kerajaan atau mana-mana bank. Perniagaan mereka ada yang sudah melampaui taraf syarikat gergasi Asia pada tahun 2020 yang lalu...

Penulis buku sunting

Khadijah Aam adalah penulis utama semua buku-buku yang mengumpulkan buah fikiran Ustaz Ashaari yang berjumlah ratusan buah jumlahnya.

Ada diantara buku-buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan utama pelajar yang ingin mendapatkan PhD.

Beliau jugalah yang telah menghasilkan buku bertajuk 'Abuya Ashaari Muhammad - Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya' tahun 2006.

Buku itu adalah antara yang paling kontroversi dalam sejarah Al Arqam. Ia ditulis selepas 4 tahun Ustaz Ashaari Muhamad meninggal dunia pada 13 Mei 2010.

Kumpulan Rufaqa sunting

Kumpulan Rufaqa telah berapa kali telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 2006.[perlu rujukan] Kumpulan Rufaqa waktu itu kerana dituduh cuba menghidupkan pertubuhan haram Al-Arqam.

Namun suatu ketika timbul satu isu wujudnya konsert khas bertema kononnya bekas pemimpin utama Arqam itu tidak mati, tapi hanya ghaib...!

Dakwaan itu segera dinafikan oleh keluarga Ustaz Ashaari menafikan dakwaan tersebut. Tiada dakwaan ke mahkamah atas isu tersebut.

Sidang Parlimen Roh sunting

Khadijah Aam dan pengikutnya dituduh mengadakan ' “Sidang Parlimen Roh' pada 26 Januari 2011. Ini didakwa oleh Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin.

Namun penjelasan sebenarnya oleh pihak Rufaqa telah mencerahkan situasi sebenarnya.

Rupanya yg dimaksudkan parlimen roh itu adalah isu berkait tawasul yang banyak diamalkan oleh pengikut aliran sufi & tasauf. Ia bukan perkara baru bagi pengikut aliran sufi sejak berzaman. Terdapat banyak kitab muktabar membicarakannya. Bab Roh Muqaddasah wa Mutasarrif


.[1]

Kelab Taat Suami sunting

'Kelab Taat Suami' dipimpin oleh Khadijah Aam dan Fauziah Ariffin. Ketika kelab ini mengadakan aktivitinya di sebuah banglo mewah di Ipoh, Perak . Ia telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) setelah mendapat laporan daripada orang ramai kononnya membawa misi terpesong.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin menyatakan bahawa, "Jabatan Agama Islam Perak telah merampas poster kempen dan risalah selain memeriksa komputer riba yang terdapat di ruang pameran".

Seramai 50 orang pengikut kelab ini disiasat . Program bertema ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ yang dilihat sebagai seperti merendahkan martabat Nabi Muhammad walaupun baginda Nabi dalam program tersebut terang-terang dinisbahkan sebagai tokoh sebenar seks kerana mengajarkan tatacara seks halal lagi suci, menjauhi seks haram & zina termasuk berkait poligami.


Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada jam 7:45 malam di Kedah Medical Centre (KMC) pada 21 Oktober 2015 pada usia 62 tahun dipercayai serangan jantung. Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang.

Rujukan sunting